17 مارس 2023

Sajian Dari Dapur Ayahanda di Fraser Place Puteri Harbour

Ramadhan bakal datang lagi, makanya akan ada banyaklah promosi buffet ramadhan sana sini yang di tunggu-tunggu oleh semua orang, termasuklah aku. Ye laa mana taknya time buffet ramadhan laa kita dapat nikmati makanan bermacam jenis juadah yang jarang-jarang kita jumpa.

Jadi, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menikmati keenakan di Fraser Place Puteri Harbour Buffet Ramadhan sempena promosi early bird mereka yang sudah pun mula di jual dengan harga yang sangat istimewa. Yang tak pernah pergi atau makan di sini, anda boleh cuba untuk tahun ni ya.

Sajian Dari Dapur Ayahanda di Fraser Place Puteri Harbour

Fraser Place Puteri Harbour

Bertemakan 'Sajian Dari Dapur Ayahanda', Fraser Place Puteri Harbour menjanjikan sesuatu yang pasti akan meninggalkan kesan di hati anda. Antara menu yang di sajikan adalah: Siput Sedut Batang Keladi, Kulit Lembu Sambal, Daging Kari Makassar, Siput Gonggong Masak Sambal, Belangkas Masak Sambal dan banyak lagi menu yang akan di hidangkan mengikut pusingan. 

Semuanya sangat menyelerakan, sampai aku pun tak tau nak makan mana satu hahaha. Apa yang pasti, menu siput gonggong yang menarik perhatian aku untuk mencuba. Siput gonggong ni makanan rare dan jarang dijumpai kat Johor ni, tapi tak tahulah tempat yang selalu ade stok siput ni.

Fraser Place Puteri Harbour

Aku kalau nak makan sangat siput ni, memang balik kampung abah di Indonesia. Besar-besar siputnya, puas hati makan dengan cicah sambal belacan! Arghhh jadi teringin nak balik kampung. 

Tapi kalau dah kata Sajian Dari Dapur Ayahanda, macam tak lengkap pula kalau tak cuba Belangkas. Kampung mak aku memang terkenal dengan belangkas dan tempat telur belangkas ni siap masuk Majalah 3, tapi sayangnya aku memang tak reti nak makan.

Mungkin satu hari nanti, aku boleh makan belangkas tu. Selain belangkas, menu Rendang Arnab juga dihidangkan disini. Rare bukan? Sangat jarang hotel nak sediakan menu menu yang susah dijumpai ni. Jadi, inilah penarik untuk anda makan dan rasai menu menu rare di Fraser Place Puteri Harbour.

Fraser Place Puteri Harbour


Dan macam biasa di setiap buffet ramadhan memang tak sah kalau takde Nasi Pelangi Senja dan Kambing Golek. Mak siap puji, eh sedap betul nasi tu eak! Makan ratah macam tu dah sedap dah, kalah nasi hujan panas. Memang sedap!

Dan tak lupa juga aneka salad dan sosnya..macam-macam ado. Sesudah makan, andaboleh mencuba pencuci mulutnya juga, pelbagai hidangan kuih-muih dan juga beraneka jenis bubur seperti Pengat Pisang, Bubur Cha Cha dan juga Koktail di hidangkan berserta dengan buah-buahan beraneka jenis yang boleh korang makan. 

Fraser Place Puteri Harbour

Lebih dari 100 jenis menu yang boleh korang makan dengan hanya satu kali bayaran yang pasti berbaloi. So apalagi, buat tempahan awal untuk dapatkan harga istimewa untuk keluarga, rakan dan orang tersayang korang. 

Ajak kawan-kawan semua berbuka puasa di sini ya. Yela makan berjemaah ramai-ramai tu kan afdol..hehehehe. Kalau ko nak tengok lagi menu menu, ko beleklah page blog aku ni.

Sajian Dari Dapur Ayahanda
📍 Swatches Restaurant, Fraser Place Puteri Harbour
🗓️ 27 Mac - 20 April 2023
🕡 6:30pm -  10:00pm

🐦 Harga Early Bird (sehingga 26 Mac 2023)
RM128+ per Dewasa First Come First Serve

🤑 Harga Biasa
🎉 RM158+ per Dewasa
🎉 RM88+ per Kekanak (6-12 tahun) dan
Warga Emas (60 tahun ke atas)

✨ Harga tertakluk kepada 6% SST

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 6013 778 6821 / https://wa.link/vsrtes


Sila tinggalkan comment korang disini!