Zaituna Buffet Ramadhan akan menyajikan anda hidangan yang menarik sempena buffet Ramadhan mereka di Persada Buffet Ramadhan. Siapa yang stay kat Johor ni, mesti dah kenal kedai Nasi Arab ni ha. Yang pernah datang makan kat sini, tau laaa macam mana suasana di restorannya. Penuh dan padat dengan orang ramai.
Tahun lepas, aku sempatlah makan makan di Zaituna Restaurant ni. Teringat-ingat sampai sekarang kesedapan nasi arab mereka. Make sure sebelum nak datang zaituna ni, kenalah sesiap buat booking. Nanti beratur panjang pula menunggu orang kat dalam habis makan.
3 hari lepas, aku ajak mak dan abah berbuka di sini. Niatnya memang nak sambut birthday mak dengan berbuka diluar. Memandangkan tahun ini zaituna buat di persada buffet ramadhan, lagilah tak perlu nak bersesak di tempat sempit.
Masa aku datang tu, memang baguslah mereka hidangkan menu 10 minit before berbuka. Bila aku tanya, memang nak makanan tu panas-panas, tak nak sejuk nanti tak sedap, katanya. Sempat jugalah aku amik gambar makanan.
Zaituna Restaurant Buffet Ramadhan di Persada Johor
Untuk tahun ni, kalau anda sedang mencari buffet ramadhan yang murah dan harga berpatutan, aku cadangkan anda datang ke Buffet Ramadhan Zaituna Restaurant ni. Mereka ni tak buat di kedai tau, mereka buka di Persada Johor. Fuhhh besar dan luas! Puas hati
Kat sana nanti, 1000 pax boleh muat dalam dewan di Persada tu. Fuuhhh! Memang ramai, 1000 orang dalam satu-satu masa, memang dah cukup ramai dah. Lagi bagus mereka buat di Persada Buffet Ramadhan, so tak risaulah kan sold out je voucher. So senanglah nak datang, anytime je boleh datang berbuka puasa.
Jadi, Zaituna Restaurant menawarkan lebih daripada 55 hidangan, termasuk Nasi Arab Ayam & Kambing, Nasi Arab Seafood, Arab BBQ, Pizza, hidangan pembuka selera, buah-buahan segar, dan pelbagai jenis pencuci mulut seperti Baklava dan Kunafa yang dihasilkan secara homemade.
Zaituna Restaurant Menu |
Hidangan Kambing BBQ juga disediakan untuk dinikmati. Apa yang pastinya, harga buffet ramadhan yang istimewa ini ditawarkan untuk pelanggan yang ingin menikmati pelbagai hidangan tanpa had.
Bagi dewasa, bufet berharga RM79 Nett, manakala kanak-kanak berumur 6-12 tahun boleh menikmati bufet dengan harga RM39 Nett. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun makan secara percuma, dan ia menjadikan bufet pilihan yang sempurna untuk keluarga.
Sertai mereka pada Ramadan ini bersama keluarga tersayang. True Arabian Ramadan Buffet Terbesar di Malaysia by Zaituna boleh didapati dari 25 Mac hingga 21 April 2023, dari 6.00 petang hingga 9.00 malam setiap hari. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah. So apa tunggu lagi, buat tempahan sekarang sebelum fullhouse date!! Joooommmmm !!
Untuk sebarang tempahan;
1 Comments
Memang full house la cerita dia nanti kan, sebab ramai peminat makanan arab berkumpul.
Sila tinggalkan comment korang disini!