Minggu lepas, aku dan juga Luth berkesempatan berbuka puasa di Thistle Johor Bahru. Awalnya memang takut nak pergi dengan Luth, sebabnya takut Luth ni terlebih lasak bila tak ada penjaga yang lain. Kami pergi berdua aje masa tu, dalam hati tawakkal ajelah.
$ads={1}
Thistle Johor Bahru menyajikan buffet ramadan yang bertemakan "Citarasa Warisan Kampung" dengan menghidangkan lebih daripada 200 hidangan. Hidangan ini terdiri daripada pelbagai jenis aneka pilihan lauk-pauk sehinggalah menu pembuka selera dan juga termasuk dengan pencuci mulut.
Mari Berbuka Puasa Di Thistle Johor Bahru
Menu lauk pauk |
Aku suka betul dengan menu itik salai. Walaupun aku tak makan itik, tapi aku tetap nak cuba telur itik. Bila rasa tu, macam nak makan lagi. Ohhh baru tahu, sedap rupanya telur itik ni. Selama ni harap makan telur masin aje.
Menu pencuci mulut |
$ads={2}
Selain itu, di sini juga menyediakan live stall yang menyajikan menu bakar-bakar, Sate Ayam & Daging, Ayam Percik, Kibas Panggang 30 Hari, Mee Goreng Stall dan banyak lagi.
Bila datang Thistle Johor Bahru ni memang aku cari dulu bahagian bakar-bakar. Terutama Kibas Panggang 30 Hari tu, eh sedap betul bila dicicah dengan black pepper sauce. Jadi teringat ingat pulak eak. Siap ada Fresh Durian Kampung lagi tau, fuhhh!
Live stall |
Akhir Kata
Pasti ramai yang nak tahu tentang harga kan? Jangan risau tentang harga, sebab bagi aku harga yang ditawarkan sememangnya sangat berpatutan. Untuk buffet ramadhan di kawasan tengah-tengah bnadar Johor Bahru ini, harga yang ditawarkan benar-benar berpatutan melihat kepada senarai menu yang tersedia.
8 April & 15 April 2023 | 6.30pm – 10.00pm
RM198 nett (Dewasa)
RM119 nett (Kanak-kanak berumur 6-12)
Ramadan Stay & Dine with the Stars 8 April & 15 April 2023
Penginapan Satu Malam Deluxe Room
Termasuk Sahur dan Berbuka Puasa untuk 2 orang
Tempahan atas talian boleh dilakukan melalui:
www.thistle.com.my/johorbahru reservations-malaysia@thistle.com.my
07-267 8999 012-789 2092 (WhatsApp)
1 Comments
Sesekali bawa keluarga berbuka puasa di luar memang best kan.
Sila tinggalkan comment korang disini!