Apa khabar para pembaca sekalian? Salam Ramadhan semua. Pejam celik pejam celik dah berpuasa. Hari pun makin panas bahang, kan. Aku ni kalau hari panas confirm kulit muka jadi kering dan agak berminyak sedikit. Sebabnya kulit aku agak sensitif dengan cuaca dan habuk, itu yang kena apply moisturizer 2-3 kali sehari.
Semenjak aku pakai Aqua Cream Whitening dari Hansagee Nature ni memang nampaklah perubahan kulit wajah aku. Lagi pun, aku suka dengan texture water based. Bila apply kat muka, keluar titisan air dan muka rasa sejuk je. Water based moisturizer ni sangat sesuai untuk anda yang jenis kulit kering mahupun kulit berminyak dan kulit kombinasi.
So far aku pakai, memang best dan aku rasa inilah moisturiser terbaik yang pernah aku guna. Tapi kan, anda tahu tak, kulit kita ni ada beberapa jenis kulit dan tak semestinya kulit muka seorang adalah normal. Jarang ea nak jumpa kulit yang normal dan tiada masalah.
Moisturizer Water Based Terbaik Untuk Kulit Berminyak Dan Kulit Kering Serta Dapat Menyerikan Wajah
Pelembap terbaik |
$ads={1}
Kulit berminyak ini sejenis kulit yang banyak mengeluarkan sebum tetapi bila dah terlebih sebum itu yang menjadi punca kulit naik jerawat. Selain itu, ada juga kulit berjenis kulit kering, kulit kering ini pula kulit yang tidak mendapat kelembapan yang cukup manakala kulit kombinasi ialah gabungan dua jenis kulit iaitu kulit berminyak dan kulit kering.
Baca sini: Bio Essence Rose Gold Water
Sebab itu betapa pentingnya untuk memakai moisturizer supaya kulit kekal lembap sepanjang hari. Jadi, Aqua Whitening Cream ini sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti di bawah:
1. Moisturizer Aqua Whitening Cream untuk Kulit Berminyak
2. Moisturizer Aqua Whitening Cream untuk Kulit Kering
Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature adalah Moisturizer water based yang elok dijadikan pelembap make up. Tekstur ringan, cepat absorb ke kulit sangat seusai digunakan sebelum mekap dan ia boleh mengawal sebum yang berlebihan, so minyak keluar dari skin berkurang dan juga dapat dikawal. Even cuaca tengah panas sekalipun, make up tetaplah maintain dan nampak sentiasa fresh.
Tips Penjagaan Muka
$ads={2}
Cara Make up Tahan Lama Guna Aqua Whitening Cream
Aku sendiri cukup sakit hati bila make up bercapuk dan tak tahan lama. Kening dan on point tapi bila tengok make up jadi crack teruk, itu yang terus moody sepanjang hari. Lagi stress nak touch up balik tu memang makan masa.
Awal-awal pakai makeup, rasa muka macam flawless je. Malangnya lepas dah pakai dua ke tiga jam macam tu, mulalah muka bercapuk atau bertompok-tompok. Aku pulak jenis cepat dan mudah penat asyik nak kena touch up. Itu yang mula nak cuci make up.
Aku rasa mesti ada antara kita yang mengalami situasi macam ni, betul tak? Untuk yang jenis kulit bermasalah, lagilah kena pastikan make up tahan lama untuk kulit berminyak. Seronok bila tengok muka orang lain yang makeup flawless dan langsung tak bercapuk. Tapi kena kat muka kita, aduhhh bertambah stress. Itu yang end up tak nak pun pakai make up.
3 Sebab Make Up Bercapuk dan Tak Tahan Lama
Sebenarnya cuaca panas adalah benda yang tak boleh kita nak elakkan. Bila cuaca terlalu panas atau hujan, itu yang boleh menjadi punca makeup tak tahan lama dan bercapuk. Asyik nak kesat je muka. Sebolehnya, korang kena elakkan untuk terkena direct cahaya matahari yang berlebihan dan pakai payung sekiranya hujan.
Apa yang paling best, moisturizer ni buatkan kulit glowing. Jadi sebelum nak pakai makeup, pastikan anda menggunakan pelembap muka terbaik iaitu Aqua Whitening Cream supaya makeup meresap cepat, nampak pigmented, cantik dan tahan lama.
Make up jadi pigmented bila apply Aqua Whitening Cream |
Memandangkan pelembap ini sangat melembapkan dan ia boleh menyerap dengan pantas ke dalam kulit lalu menjadikan kulit anda berseri. Disebabkan hal itu, warna solekan dapat menyerap dengan baik ke dalam kulit dan berpigmen serta mengawal minyak pada kulit dan solekan akan nampak cantik.
Aku sendiri aku, tak semestinya make up tu kena make up yang heavy. Make up yang simple powder, lipstick blusher je pun sesuai guna Aqua Whitening cream dan boleh nampak cantik, malah tahan lama pulak tu. So kalau untuk make up yang formal sikit punya pun ok, macam pergi dinner, wedding, event dan sebagainya. Confirm make up jadi smooth dan cantik je.
Ada juga kenalan aku pakai simple make up untuk pergi kerja, once guna Aqua ni katanya seharian tak risau make up bercapuk. Bukan setakat kenalan, aku sendiri pakai untuk event food review, langsung tak bercapuk.
Make up jadi smooth |
Ada Mua kata pengantin mereka juga customers of Hansaegee, jadi guna Aqua ni sebelum make up, katanya make up tu more pigmented dan tahan lama sangat sesuai untuk wedding dinner, tak payah touch up banyak kali. Aku yakin salah satu cara make up tahan lama, dengan menggunakan Aqua Whitening Cream.
1 Comments
sy pulak tak sesuai guna aqua ni.
kena guna safi youth baru sesuai hehe
Sila tinggalkan comment korang disini!