12 April 2023

Rupanya Dah Genap Setahun Tak Bekerja

Rupanya dah genap setahun aku tak bekerja. Bulan lepas, tergeraklah hati ni nak buat resume dan try jawatan kosong. Kalau difikirkan balik, sayang kot kerja dah 8 tahun dan terkubur macam tu je.

Kadang tu, sampai termimpi-mimpi kerja kat site. Hahahaha. Aku cubalah apply 4-5 tempat, tak sangka semua panggil untuk datang interview. Aku pulak tak bagi tahu suami yang aku ni tengah apply kerja.

Kononnya, nanti dah dapat interview baru nak bagi tahu. Bila dah dapat, sekali suami kata tak yahlah kerja. Dia masih lagi mampu nak bayar komitmen dan sebagainya.

Tapi, bagi aku yang dah biasa pegang duit 3-4 ribu sebulan ni, rasa macam betul-betul kehilangan semuanya. Kiranya, macam kau berpuasa dan tahan nafsu daripada beli apa yang kemahuan kau nak.

Rupanya Dah Genap Setahun Tak Bekerja

Rupanya Dah Genap Setahun Tak Bekerja

$ads={1}

Kau faham tak? Perasaan menahan nafsu ni.

Asal nak beli je, hmm tak payah kot. Baik beli pampers dan susu Luth. Begitulah tiap kali nak beli sesuatu untuk diri sendiri. Melainkan, dah betul betul nekad, barulah beli. Tapi end up, kecewa sebab kenapa beli benda kemahuan berbanding keperluan. 

Bukan tak rindu kat kerja lama tapi dah tak boleh nak kerja, terpaksalah pendam hasrat dan rasanya mungkin terkubur untuk selamanya. 

So far, sepanjang setahun ni, macam-macam aku alami. Aku percaya, rezeki tuhan ni kat mana mana aje, yang penting kita usaha untuk mencarinya. 

Mungkin ada sebab kenapa aku diberhentikan dan salah satunya, aku nampak perubahan Luth. Dulunya dia merangkak nak bercakap, sekarang ni sampai letih nak melayan celoteh murai dia. Hahahahha.

Dulu, memang tak ada masa nak spent time dengan Luth. Sekarang ni, pantang start kereta confirm mengejarlah si budak Luth ni. Tak boleh berenggang sikit pun. 

Awal berhenti kerja tu, memang risau sangat aku ni tak boleh nak bayar komitmen sendiri. Sampai sesak dada, fikir cara macam mana nak bayar komitmen tu.

Rupanya Dah Genap Setahun Tak Bekerja

$ads={2}

Tapi kan, lama lama aku faham. Sebenarnya selagi mana kita percaya yang Allah ni pemberi rezeki, untuk apa kita bimbang? 

Yang ada hanyalah berapa kuat kita berusaha dan berapa tinggi kita yakin. Allah itu adil. Rezeki tidak lambat dan tidak cepat tapi sampai tepat pada waktunya. 

Jadi salahkan diri sendiri, kalau kita tak upgrade ilmu atau kita tak berusaha macam orang lain. Semuanya pada kita sendiri. Begitulah juga kalau sikit usaha, sikitlah kita dapat.

Banyak usaha banyaklah kita dapat. Kalau tak dapat, walaupun dah berusaha, sabar dan yakinlah, rezeki tu tetap ada walaupun lambat.

Sejak dari tu, aku teruskan lapangkan dada. Insha Allah, rezeki tu ade. Jangan risau. Begitulah setiap hari aku alami. Takpe, sambil urut dada. Rezeki aku ada nanti.

Satu lagi, yang paling aku pegang. "Kita kalau tak ada duit, buat cara tak ada duit." Bersederhana aje, beli yang perlu. Selagi mana boleh tahan diri, tahanlah dulu.

Alhamdullilah, setahun ni tak pernah putus rezeki untuk review produk atau food review. Mesti ade 1-2 slot per bulan, cukuplah untuk bayar komitmen. Macam tak percaya, tapi aku survive juga untuk setahun ni.

Dua bulan ni, rezeki review lebih daripada yang sepatutnya. Sehinggalah hari ni, tak berhenti rezeki review masuk. Syukur sangat-sangat. 

Aku harap, aku ni masih kekal dengan keadaan sekarang. Tetap berlapang dada dengan rezeki yang Allah bagi. 



Psst:/ Rajin rajinlah korang tengok IG atau Tiktok aku. 


5 Comments

kalau suami mampu tanggung, bagi abe kie la...bagus je isteri berhenti kerja n jaga anak. tp mcm abe kie kalau boleh nak gak isteri kerja sbb gaji sbg cikgu sek ni bknnya tinggi sgt. jika gaji rm20K memang la abe kie suruh isteri jd surirumah je...

awalnya rasa susah tapi lama-lama dah dapat rentak insyallah ok tu

Bagusnya awak sis. Semoga Luth membesar jadi anak yang soleh

Semoga dimurahkan rezeki selalu om.. tak sangka dah setahun.. mcm baru semalam baca om berhenti kerja..

Samalah kita sis, saya pun dah setahun lebih berhenti kerja sebab nak fokus dengan anak2 dan keluarga sbb sebelum ni dua2 busy dengan kerja sampai anak2 terabai. Saya pegang dan yakin yang rezeki saya bukan dari majikan tapi dari Allah. Alhamdulillah, setakat ni masih bertahan dengan satu income je (suami) dengan gaya hidup yg sama macam sebelum ni. Tips nya sebelum berhenti kerja memang dah stop bernafsu dengan benda2 mahal dan berjenama 🤭

Sila tinggalkan comment korang disini!