Sebut sahaja Nasi Arab mesti terbayangkan nasinya yang panjang dan mengurai. Sekali makan pastinya nak berkali-kali dan tak pernah rasa bosan ketika memakannya.
Nasi Arab merupakan hidangan paling popular yang berasal dari negara Timur
Tengah. Nasi Arab juga dikenali sebagai Nasi Mandy yang dimasak dengan
pelbagai rempah ratus. Hidangan ini juga terkenal kerana digandingkan dengan lauk sama ada kambing
atau ayam panggang.
Menu ini berkonsepkan makan dalam dulang dan makan secara beramai-ramai bersama orang yang tersayang. Bolehlah, korang nikmati dengan kawan-kawan dan sesuai untuk berkongsi cerita setelah penat bekerja.
5 Kedai Nasi Arab Di Johor Bahru
Di bandar Johor Bahru ini, terdapat banyak restoran nasi Arab yang boleh
korang kunjungi. Kebanyakan kedai Arabic restaurant ini mempunyai sijil halal
dan chefnya juga biasanya terdiri daripada orang Muslim yang datang dari Timur
Tengah.
Ada juga yang menggemari roti Arab yang dimakan dengan mencicah daging cincang
ataupun kari. Selain itu, Shawarma atau Kebab Arabic juga menjadi salah satu
makanan pilihan ketika mengunjungi restoran Timur Tengah ini.
Baca sini:
Zoo Negara
Kali ini, aku kongsikan beberapa kedai Nasi Arab Johor Bahru yang paling
popular dan mendapat rating yang tinggi. Jom semak!
#1 Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
Restoran Zaituna
ini sangat terkenal di kalangan peminat makanan Timur Tengah bukan sahaja di
sekitar kawasan tersebut bahkan dari Singapura juga meminati makanan ini.
Mereka juga menjadikan suasana kedai makan ini kelihatan seperti restoran
hotel yang bertaraf lima bintang. Jadi, sudah tiba masanya untuk korang
mendapat pengalaman makan di tempat ini.
Jangan lupa untuk nikmati hidangan Nasi Mandy Kambing yang sangat memuaskan di
sini.
Waktu Operasi: Sunday - Thursday (11.30 pagi - 11.00 malam) Friday (2 petang - 11.00 malam)
Alamat: 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek 80200 Johor BahruNo telefon: 013-7356645
Kredit : Trip Advisor |
#2 Restoran Wadi Hana Elarabi
Restoran Wadi Hana Elarabi hidangan Arab sememangnya dapat menarik minat para
pelanggan yang tidak suka akan masakan Timur Tengah untuk mencubanya. Korang
akan terkejut dengan konsep restoran makan Mesir mereka.
Nasi Maklobah dan Nasi Mandy bersama daging lembu atau ayam menjadikan satu
padan yang sempurna dengan Kambing Panggang, Pizza Daging Lembu dan Gril
Makanan Laut.
Kemudahan surau dan WiFi percuma serta ruang makan warna-warni dapat menarik
pelanggan dan pastinya mereka akan menikmati makanan mereka dengan suasana
yang selesa.
Waktu Operasi: Rabu - Isnin (11 pagi - 9.30 malam) Selasa (Cuti)
Alamat: No 1 & 1A, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat 81200 Johor BahruNo telefon: 017-7377352
Nasi Arab Star Hadramout |
#3 Restoran Star Hadramout
Apa yang menariknya ketika hadir ke restoran ini ialah hiasan luaran kedai ini
yang cukup meriah, sebenarnya memukau mata sesiapa sahaja yang lalu di hadapan
kedai ini terutama pada waktu malam.
Hidangan disini semuanya dari negara Yaman dan aku cadangkan untuk korang
semuan mencuba Mandi Chicken, Maqlubah Lamb, Muluwah Bread dan Maqlubal
Special. Jangan lupa juga untuk mencuba Adani Tea Pot yang cukup melegakan
tekak korang yang tengah kehausan tu.
Oh ya, di sini juga menyediakan pelbagai jenis manisan seperti Kunafa dan
Baklava yang boleh korang bungkus dan bawa balik ke rumah.
Waktu Operasi: Setiap hari (11 pagi - 2 pagi)
Alamat: No 3a, Tebrau Highway, Wadi Hana, 80300 Johor Bahru Johor
Kredit: Trip Advisor |
#4 Dallah Restoran
Jika korang teringin nak makan tengahari bersama rakan kerja, boleh singgah di
Restoran Dallah. Restoran ini menggunakan resepi dari negara asal mereka iaitu
Yaman.
Tidak lengkap jika hadir ke sini tanpa mencuba Kabsah Kambing, Kabsah Daging
Lembu atau Ayam, dan Nasi Mandy Kambing. Selain itu, korang boleh juga mencuba
Appetizer Hummus, Kebab, Shawarma dan banyak lagi hidangan Timur Tengah yang
menarik yang ada disini.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad) 2:00 petang – 10:00 malam (Jumaat)
Alamat: No 25,25 A &25 B, Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor
Kredit: Trip Advisor |
#5 Arabian Nights
Di sini merupakan pilihan tepat untuk korang yang tengah bajet tapi rasa nak
makan nasi Arab. jangan lupa untuk datang dan nikmati makanan arab di Restoran
Arabian Nights.
Selain itu, restoran ini menyediakan makanan dengan harga yang berpatutan dan
sangat memuaskan seperti Grilled Chicken Biryani, Lamb Kebab, Lamb Handi,
Samosa Pakistan, dan Cheesy Meatballs.
Arabian Nights mempunyai kemudahan yang sangat meriah dan juga suasana yang
selesa untuk menjadikan restoran ini sentiasa dalam ingatan pelanggan untuk
datang lagi menjamu selera.
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)Alamat: 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Akhir Kata
Diharap perkongsian senarai restoran Nasi Arab yang terdapat di negeri Johor
Bahru ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk berkunjung ke sana
serta turut memudahkan semua urusan korang. Semoga bermanfaat dan selamat
menjamu selera bersama orang tersayang, keluarga tercinta atau sahabat handai.
In syaa Allah ada rezeki sampai ke Johor Bahru, bolehlah cari tempat makan nasi arab ni.
BalasPadamTq for sharing.
Terima kasih kongsi.
BalasPadam