2 Mei 2024

5 Restoran Nasi Arab Terbaik di Johor Bahru

Sebut sahaja Nasi Arab mesti terbayangkan nasinya yang panjang dan mengurai. Sekali makan pastinya nak berkali-kali dan tak pernah rasa bosan ketika memakannya. 

Nasi Arab merupakan hidangan paling popular yang berasal dari negara Timur Tengah. Nasi Arab juga dikenali sebagai Nasi Mandy yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus. Hidangan ini juga terkenal kerana digandingkan dengan lauk sama ada kambing atau ayam panggang.

Menu ini berkonsepkan makan dalam dulang dan makan secara beramai-ramai bersama orang yang tersayang. Bolehlah, korang nikmati dengan kawan-kawan dan sesuai untuk berkongsi cerita setelah penat bekerja.

5 Kedai Nasi Arab Di Johor Bahru 

Di bandar Johor Bahru ini, terdapat banyak restoran nasi Arab yang boleh korang kunjungi. Kebanyakan kedai Arabic restaurant ini mempunyai sijil halal dan chefnya juga biasanya terdiri daripada orang Muslim yang datang dari Timur Tengah.

Ada juga yang menggemari roti Arab yang dimakan dengan mencicah daging cincang ataupun kari. Selain itu, Shawarma atau Kebab Arabic juga menjadi salah satu makanan pilihan ketika mengunjungi restoran Timur Tengah ini.

Baca sini: Zoo Negara

Kali ini, aku kongsikan beberapa kedai Nasi Arab Johor Bahru yang paling popular dan mendapat rating yang tinggi. Jom semak!

Nasi Arab
Zaituna Restaurant Nasi Arab

$ads={1}

#1 Zaituna Restaurant Ù…طعم زيتونة


Restoran Zaituna ini sangat terkenal di kalangan peminat makanan Timur Tengah bukan sahaja di sekitar kawasan tersebut bahkan dari Singapura juga meminati makanan ini.

Mereka juga menjadikan suasana kedai makan ini kelihatan seperti restoran hotel yang bertaraf lima bintang. Jadi, sudah tiba masanya untuk korang mendapat pengalaman makan di tempat ini. 

Jangan lupa untuk nikmati hidangan Nasi Mandy Kambing yang sangat memuaskan di sini.

Waktu Operasi: Sunday - Thursday (11.30 pagi - 11.00 malam) Friday (2 petang - 11.00 malam)

Alamat: 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek 80200 Johor Bahru

No telefon: 013-7356645

Nasi arab
Kredit : Trip Advisor


#2 Restoran Wadi Hana Elarabi

Restoran Wadi Hana Elarabi hidangan Arab sememangnya dapat menarik minat para pelanggan yang tidak suka akan masakan Timur Tengah untuk mencubanya. Korang akan terkejut dengan konsep restoran makan Mesir mereka. 

Nasi Maklobah dan Nasi Mandy bersama daging lembu atau ayam menjadikan satu padan yang sempurna dengan Kambing Panggang, Pizza Daging Lembu dan Gril Makanan Laut. 

Kemudahan surau dan WiFi percuma serta ruang makan warna-warni dapat menarik pelanggan dan pastinya mereka akan menikmati makanan mereka dengan suasana yang selesa.

Waktu Operasi: Rabu - Isnin (11 pagi - 9.30 malam) Selasa (Cuti)

Alamat: No 1 & 1A, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat 81200 Johor Bahru

No telefon: 017-7377352

nasi arab
Nasi Arab Star Hadramout


#3 Restoran Star Hadramout

Apa yang menariknya ketika hadir ke restoran ini ialah hiasan luaran kedai ini yang cukup meriah, sebenarnya memukau mata sesiapa sahaja yang lalu di hadapan kedai ini terutama pada waktu malam.

Hidangan disini semuanya dari negara Yaman dan aku cadangkan untuk korang semuan mencuba Mandi Chicken, Maqlubah Lamb, Muluwah Bread dan Maqlubal Special. Jangan lupa juga untuk mencuba Adani Tea Pot yang cukup melegakan tekak korang yang tengah kehausan tu.

Oh ya, di sini juga menyediakan pelbagai jenis manisan seperti Kunafa dan Baklava yang boleh korang bungkus dan bawa balik ke rumah.

Waktu Operasi: Setiap hari (11 pagi - 2 pagi)

Alamat: No 3a, Tebrau Highway, Wadi Hana, 80300 Johor Bahru Johor



Nasi Arab
Kredit: Trip Advisor

$ads={2}

#4 Dallah Restoran

Jika korang teringin nak makan tengahari bersama rakan kerja, boleh singgah di Restoran Dallah. Restoran ini menggunakan resepi dari negara asal mereka iaitu Yaman.

Tidak lengkap jika hadir ke sini tanpa mencuba Kabsah Kambing, Kabsah Daging Lembu atau Ayam, dan Nasi Mandy Kambing. Selain itu, korang boleh juga mencuba Appetizer Hummus, Kebab, Shawarma dan banyak lagi hidangan Timur Tengah yang menarik yang ada disini. 

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad) 2:00 petang – 10:00 malam (Jumaat)

Alamat: No 25,25 A &25 B, Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor


Nasi Arab
Kredit: Trip Advisor

#5 Arabian Nights

Di sini merupakan pilihan tepat untuk korang yang tengah bajet tapi rasa nak makan nasi Arab. jangan lupa untuk datang dan nikmati makanan arab di Restoran Arabian Nights. 

Selain itu, restoran ini menyediakan makanan dengan harga yang berpatutan dan sangat memuaskan seperti Grilled Chicken Biryani, Lamb Kebab, Lamb Handi, Samosa Pakistan, dan Cheesy Meatballs. 

Arabian Nights mempunyai kemudahan yang sangat meriah dan juga suasana yang selesa untuk menjadikan restoran ini sentiasa dalam ingatan pelanggan untuk datang lagi menjamu selera. 

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 9:00 malam (Setiap hari) 

Alamat: 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Akhir Kata

Diharap perkongsian senarai restoran Nasi Arab yang terdapat di negeri Johor Bahru ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk berkunjung ke sana serta turut memudahkan semua urusan korang. Semoga bermanfaat dan selamat menjamu selera bersama orang tersayang, keluarga tercinta atau sahabat handai.



2 Comments

In syaa Allah ada rezeki sampai ke Johor Bahru, bolehlah cari tempat makan nasi arab ni.
Tq for sharing.

Sila tinggalkan comment korang disini!