18 يونيو 2024

Taman Tasik Taiping, Taman Tertua di Malaysia

Taman Tasik Taiping dah jadi satu tempat persinggahan setiap kali balik kampung. Aku sendiri suka dengan suasana di kawasan tasik ni. Dulu pernah datang sini, masa tu aku ikut rombongan sekolah tapi itulah tak sangka pulak berjodoh dengan orang di kawasan tasik ni. 

Bila datang je Taiping, aku terpesona dengan keindahan bangunan lama yang ada di pekan Taiping. Rasa macam berada di zaman dulu, memang patutlah bandar Taiping dinobatkan sebagai 'Bandar Paling Bahagia Tahun 2019'.

Baca ini: Night Safari Zoo Taiping


Selain itu, bandar Taiping juga dikenali sebagai Bandar Warisan kerana menyimpan banyak warisan sejarah di sini, antaranya muzium, penjara dan landasan keretapi pertama di Malaysia.

Taman Tasik Taiping, Taman Tertua di Malaysia

Biasanya lepas jam 3, mesti ramai pengunjung yang datang. Kat sini juga, tiap kali datang mesti ramai pengantin yang photoshoot gambar kahwin. Background nature memang cantik bila bergambar. 

Bila bawa anak kecil, korang kenalah hati-hati sikit sebabnya taman tasik ni menyediakan sewaan basikal. Jadi, kita tak naklah anak cedera bila beriadah disini. 

Sebelum tu, tahu tak sejarah taman tasik ni? Teruskan baca di bawah ni ya. 

Sejarah Taman Tasik Taiping

Mungkin ada yang belum tahu sejarah Taman Tasik Taiping ni. Sebenarnya, tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia dan telah berusia lebih dari 130 tahun. Kawasan ini pernah dikuasai oleh pemimpin Hai San, iaitu Chung Keng Kwee. 

Baca ini juga : Tempat Menarik di Taiping

Jadi apabila Residen Perak, Frank Swettenham mendapati kawasan ini strategik untuk pembangunan, kerja-kerja membaik pulih dimulakan sehingga ia dibuka untuk orang awam pada 17 November 1893. Kirannya dah beratus tahun jugalah tasik Taiping ni.

Taman Tasik Taiping
Port yang cantik untuk bergambar

$ads={1}


Lagi satu, pembangunan ditasik ini juga dibantu oleh penguasa perlombongan, William Scott sebagai peneraju yang menyusun pelan pembangunan untuk kawasan tasik Taiping.

Kawasan ini juga terletak di antara Bukit Larut dan Zoo Taiping yang merupakan tarikan utama bagi penduduk sekitar serta pelancong. Keluasan asal taman ini adalah 61.93 hektar serta diperbesarkan sehingga mencapai keluasan 96.44 hektar oleh Majlis Perbandaran Taiping. 

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah menganggarkan terdapat 113 pokok hujan-hujan dan 1,300 jenis pokok lain di dalamnya. Itulah yang nampak vibes healing tau bila datang kat sini.

Aktiviti Menarik di Taman Tasik Taiping

Selain menjadi tempat untuk berkelah dan rekreasi, korang juga boleh buat beberapa aktiviti yang menarik di sekitar Taman Tasik Taiping. Antara aktiviti yang korang boleh buat ialah:

Taman Tasik Taiping
Cantik tak pemandangan?

$ads={2}

1. Port Lawa Untuk Bergambar

Taman tasik ini sentiasa menerima kunjungan pengunjung samaada pada hari bekerja mahupun semasa hujung minggu dan juga cuti umum. Suasana di sini bukan sahaja tenang malah banyak port lawa untuk bergambar.

Port untuk gambar di sini memang cantik-cantik. Rimbunan pokok-pokok yang menyebabkan kawasan tasik ni jad cantik bila bergambar. Untuk pengetahuan, pokok disini sudah berusia lebih 100 tahun tau! Lama juga tu, Alhamdullilah masih kukuh berdiri lagi. 

2. Taman Permainan Kanak-Kanak

Selain port gambar, di taman tasik ini juga menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak. Pastinya anak anak akan seronok bila datang ke tasik ni. Dengan suasana dan pemandangan yang indah, akan membuatkan anak teruja untuk melakukan aktiviti riadah bersama dengan keluarga. 

Dinasihatkan juga untuk tidak meninggalkan anak bermain sendiri bagi mengelakkan sebarang kecuaian yang akan berlaku. Pastikan kekal bersama anak ya. 

Taman Tasik Taiping
Sewaan Basikal


3. Perkhidmatan Sewa Bot & Basikal

Apa yang menariknya, di Taman Tasik Taiping ini juga menyediakan perkhidmatan sewa bot untuk mengelilingi tasik. Ada bermacam jenis bentuk bot yang boleh korang naiki, seperti Bot Angsa. Harganya RM12 per bot. Ada pilihan untuk Duck Boat sama ada untuk 2 orang atau 4 orang.

Bolehlah korang pusing-pusing disekitar tasik. Korang bebas untuk berkayuh sendiri dan jangan lupa tau bergambar di signboar Taman Tasik Taiping. Sebelum balik, korang juga boleh menyewa bermacam jenis basikal dengan harga yang berpatutan.

Taman Tasik Taiping
Naik bot angsa dengan anak


Akhir Kata

Kalau anda berkunjung ke Taiping dan tidak tahu nak berjalan kemana, disarankan korang ke Taman Tasik Taiping yang disebutkan kerana korang akan berpuas hati dari suasanan dan perkhidmatan yang ada di sini. 

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan korang untuk berkunjung ke tempat pilihan, semoga bermanfaat. 





هناك 4 تعليقات:

  1. cantik tasiknya, yang terkenal dengan pokok2 yg cantik kan... tapi tak pernah sampai sini lagi

    ردحذف
  2. Besar dan luas taman tasik taiping ni ye.

    ردحذف
  3. Seronoknya.. naik duck boat nanti saya suruh husband je la kayuh haha

    ردحذف
  4. Saya ni nama saya anak orang Perak, tapi tak sempat lagi jelajah seluruh negeri Perak. Belum lagi sampai Taiping.

    ردحذف

Sila tinggalkan comment korang disini!