River Cruise Melaka sudah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang utama di Melaka. Tiap kali aku datang bercuti ke Melaka, aku akan bawa Luth untuk menaiki bot dan menikmati pemandangan sungai Melaka. Cuma, aku tak pernah lagi pergi river cruise ni pada waktu malam.
Sejarah Kesultanan Melaka bermula ketika kedatangan Parameswara datang ke Melaka pada tahun 1400 hingga 1424. Melaka memperoleh namanya sempena dengan nama pohon tempat Parameswara berteduh.
Sejarah Sungai Melaka
Kini, Melaka digelar sebagai bandaraya bersejarah kerana ia sememangnya merupakan sebuah negeri yang kaya dan penuh dengan sejarah. Sungai Melaka merupakan sungai yang paling penting semasa Kesultanan Melayu Melaka.
$ads={2}
Ianya mempunyai nilai sejarah yang unik dan tersendiri. Oleh itu, keputusan kerajaan negeri Melaka, iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri yang mengindahkan Sungai Melaka dan menjadikan destinasi pelancongan serta pernah mendapat gelaran 'Venice of the East' ini merupakan satu keputusan yang sangat tepat.
Baca ini: Daytrip Pulau Mersing
Pernah juga suatu ketika dulu, Sungai Melaka pernah dilabelkan antara sungai paling tercemar di negara Malaysia. Tetapi, kini kerajaan negeri membangunkan kembali zaman kegemilangan Sungai Melaka.
Sedikit sebanyak, wajah Sungai Melaka ini berjaya ditransformasi melalui peruntukkan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan nyatanya, usaha ini tidak sia-sia dan ianya memberikan hasil yang cukup lumayan.
Cara Menuju Ke Destinasi
Peta Ke River Cruise
Ada dua kaunter tiket yang boleh korang pergi dan beli di sana iaitu Jeti Taman Rempah atau Jeti Dataran Muara Sungai Melaka. Aku kongsikan peta di bawah ni ya.
Jeti Taman Rempah
Jeti Dataran Muara Sungai Melaka
Harga Tiket
- Dewasa (12 tahun ke atas) - RM25
- Kanak-kanak (2 - 12 tahun) - RM15'
- Kanak-kanak (bawah 2 tahun) - Percuma
- OKU Dewasa - RM15
- OKU Kanak-kanak - RM10
- Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM20
- Super Gold Warga Emas (70 tahun ke atas) - RM10
- Pelajar IPTA / IPTS Malaysia (di dalam negara sahaja / Kad Pelajar disertakan) - RM20
- Penyewaan Bot (40 penumpang) - RM1100
- Pelancong Dewasa (12 tahun ke atas) - RM30
- Pelancong Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) - RM25
3. 1 Hari Unlimited Ride (Pit-Stop Pakej untuk Pemegang MyKad)
- Pelancong Dewasa TEMPATAN (12 tahun ke atas) - RM40
- Pelancong Kanak-kanak TEMPATAN (Bawah 12 tahun) - RM25
- Warga Emas Malaysia (60 tahun ke atas) - RM30
- Pelajar IPTA / IPTS Malaysia (di dalam negara sahaja / Kad Pelajar disertakan) - RM30
- Pelancong LUARNEGARA Dewasa (12 tahun ke atas) - RM50
- Pelancong LUARNEGARA Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) - RM40
Sumber: melakarivercruise.my |
Laluan Perjalanan Bot
- Bangunan Merah
- Stadthuys
- Jonker Street
- Mural
- Kincir Air
- Gereja St. Francis Xavier (Seni bina yang neo-gothik yang dibina semasa zaman penjajahan Portugis.)
- Kampung Morten (Kampung Melayu tertua di Malaysia, di mana penghormatan diberikan kepada aspek seni bina Melayu, sambil mengekalkan budaya dan cara hidup mereka.)
- Bastion Middleburg
- Bangunan Pra-Perang
- Panggung Bangsawan
- Masjid Kampung Hulu
- Eye on Melaka
- Air Pancut Berirama (waktu malam sahaja)
- Laluan Melaka
Sumber: melakarivercruise.my |
- Jambatan Tan Kim Seng (1862) - Penghormatan yang diberikan kepada seorang peniaga Melaka yang kaya dengan nama yang sama. Jambatan ini telah dimusnahkan pada tahun 1942 oleh pihak British dan dibina semula kepada keadaan semasa.
- Jambatan Chan Koon Cheng (1908) - Mengganti jambatan imbang yang dibina pada tahun 1930 yang dahulunya membolehkan kapal melalui Sungai Melaka.
- Jambatan Kg. Jawa (1714) - Kepala manusia yang telah dipancung lalu digantung dari tiang jambatan semasa zaman penjajahan Jepun. Juga dikenali sebagai 'Ghost Bridge' (Jambatan Hantu).
- Jambatan Pasar (1500-an atau 1600-an) - Menghubungkan Kampung Hulu ke Pasar Tua Lama, jambatan kayu ini dibina semasa zaman pemerintahan Portugis.
- Jambatan Old Bus Station - Gerbang kecil indah yang kini menghiasi jambatan ini dahulu cuma sebuah rangka besi sebelum dinaik tarafkan dan ia juga memberi akses ke stesen bas yang kini dipindahkan.
- Jambatan Hang Jebat - (dibina semula pada 2008) Teknologi styrofoam yang unik menyokong asas jambatan ini.
Tarikan di River Cruise Melaka
Kini, Sungai Melaka telah dilebarkan dan alat mekanikal telah dipasang untuk mengawal kedalaman air. Ideanya adalah untuk menjadikan sungai bebas dari pencemaran dan membuka jalan pejalan kaki menuju kesempurnaan.
Antara tempat menarik lain yang berdekatan dengan River Cruise Melaka adalah seperti:
- Menara Taming Sari
- Muzium Samudera
- Jonker Walk
- Muzium Maritim
- Bukit St Paul (A Famosa)
- Dataran Pahlawan Mall
- Mahkota Parade Shopping Mall
- Christ Church Melaka
- The Stadthuys
- Istana Museum Melaka
Sumber: Awani.com |
Akak dah pernah naik river cruise ni waktu malam. Cantik pemandangannya dengan lampu2 berwarna-warni sepanjang sungai Melaka tu.
ردحذفCuti Wesak - Cuti-cuti Melaka
OM naik siang je, tak pernah lagi naik waktu malam. Kena naik ni nanti.
حذفWalaupun Cuya org Melaka, naik river cruise sekali je seumur hidup. Tak terasa nak naik lagi, yalah kita memang duduk Melaka tak terasa excitement ..kekeke
ردحذفTapi Cuya suka jalan kaki di tepi laluan river cruise..syok malam2 jalan situ amik angin. Malam-malam cantik sangat pemandangan dikelilingi lampu berwarna warni.
Kalau jalan area sana, disyorkan untuk jalan kaki supaya boleh perlahan-lahan teroka sana. Tak disyorkan naik beca. Kalau untuk kenangan takpe. Cuya naik beca sekali je seumur hidup, lepastu dah taknak lagi. Rugiii .... hahaha
Ini aku tak pernah naik walaupun dulu belajar kat Melaka... Sampailah sekarang...hihi
ردحذفdatang melawat Melaka belum kesempatan lagi nak naik river cruise..nanti pergi Melaka nak cuba naik lah hehe
ردحذفdah naik juga sekali... tapi teringin nak naik waktu malam pulak
ردحذف