19 Ogos 2024

River Cruise Melaka | Tarikan Utama Di Negeri Sang Kancil

River Cruise Melaka sudah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang utama di Melaka. Tiap kali aku datang bercuti ke Melaka, aku akan bawa Luth untuk menaiki bot dan menikmati pemandangan sungai Melaka. Cuma, aku tak pernah lagi pergi river cruise ni pada waktu malam. 

Sejarah Kesultanan Melaka bermula ketika kedatangan Parameswara datang ke Melaka pada tahun 1400 hingga 1424. Melaka memperoleh namanya sempena dengan nama pohon tempat Parameswara berteduh.

Sejarah Sungai Melaka

Kini, Melaka digelar sebagai bandaraya bersejarah kerana ia sememangnya merupakan sebuah negeri yang kaya dan penuh dengan sejarah. Sungai Melaka merupakan sungai yang paling penting semasa Kesultanan Melayu Melaka.

river cruise melaka

$ads={2}

Ianya mempunyai nilai sejarah yang unik dan tersendiri. Oleh itu, keputusan kerajaan negeri Melaka, iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri yang mengindahkan Sungai Melaka dan menjadikan destinasi pelancongan serta pernah mendapat gelaran 'Venice of the East' ini merupakan satu keputusan yang sangat tepat. 

Baca ini: Daytrip Pulau Mersing

Pernah juga suatu ketika dulu, Sungai Melaka pernah dilabelkan antara sungai paling tercemar di negara Malaysia. Tetapi, kini kerajaan negeri membangunkan kembali zaman kegemilangan Sungai Melaka. 

Sedikit sebanyak, wajah Sungai Melaka ini berjaya ditransformasi melalui peruntukkan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan nyatanya, usaha ini tidak sia-sia dan ianya memberikan hasil yang cukup lumayan.

Cara Menuju Ke Destinasi

Untuk ke destinasi, korang boleh menaiki kenderaan sendiri. Bagi korang yang dari Kuala Lumpur mahupun Johor Bahru, perjalanan mungkin mengambil masa selama 1 jam 50 minit untuk sampai kedua-dua jeti ini, dan ianya bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Korang perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan susur keluar ke Exit 231 Ayer Keroh. Kadar tol dari plaza tol Skudai ke plaza tol Ayer Keroh adalah RM20.34 sehala.

Ada dua jeti utama yang boleh korang beli tiket iaitu Jeti Dataran Muara Sungai Melaka dan Jeti Taman Rempah. Aku lebih gemar membeli di Jeti Dataran Muara kerana ia dekat sahaja dengan Muzium Samudera dan Menara Taming Sari. 

river cruise melaka
Sumber: Traworld.com

Lebih kurang 5 minit sahaja jika korang berjalan kaki dari arah Muzium Samudera. Tetapi, jika korang menaiki kenderaan sendiri dan mahukan tempat parking yang mudah, korang boleh ke Jeti Taman Rempah.

Baca ini juga: Cuti-Cuti Melaka

Di sana, menyediakan tempat meletakkan kenderaan yang luas dan terjamin keselamatannya. Aku kongsikan alamat dua jeti yang memudahkan korang untuk pergi ke sana.

Jeti Dataran Muara Sungai Melaka
Alamat: 5, Banda Hilir, 75000 Malacca
Waktu Operasi: 9 pagi - 11 malam (setiap hari)

Jeti Taman Rempah
Alamat: Jeti Taman Rempah, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka
Waktu Operasi: 9 pagi - 11 malam (setiap hari)

Peta Ke River Cruise 

Ada dua kaunter tiket yang boleh korang pergi dan beli di sana iaitu Jeti Taman Rempah atau Jeti Dataran Muara Sungai Melaka. Aku kongsikan peta di bawah ni ya.

Jeti Taman Rempah

Jeti Dataran Muara Sungai Melaka


Harga Tiket

Bagi memelihara dan membangunkan tarikan utama ini, River Cruise Melaka mengenakan bayaran tiket kepada setiap pengunjung yang hadir. Jika korang nak beli tiket river cruise melaka secara online, boleh ke laman web River Cruise Melaka. 

river cruise melaka
Sumber: https://urijahct.blogspot.com/

Pastikan juga untuk membawa MyKad ketika membeli tiket bot ya, supaya korang boleh dapat harga untuk orang tempatan. 

1. Warganegara (Pemegang MyKad)
  • Dewasa (12 tahun ke atas) - RM25
  • Kanak-kanak (2 - 12 tahun) - RM15'
  • Kanak-kanak (bawah 2 tahun) - Percuma
  • OKU Dewasa - RM15
  • OKU Kanak-kanak - RM10
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM20
  • Super Gold Warga Emas (70 tahun ke atas) - RM10
  • Pelajar IPTA / IPTS Malaysia (di dalam negara sahaja / Kad Pelajar disertakan) - RM20
  • Penyewaan Bot (40 penumpang) - RM1100

2. Bukan Warganegara
  • Pelancong Dewasa (12 tahun ke atas) - RM30
  • Pelancong Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) - RM25

3. 1 Hari Unlimited Ride (Pit-Stop Pakej untuk Pemegang MyKad)
  • Pelancong Dewasa TEMPATAN (12 tahun ke atas) - RM40
  • Pelancong Kanak-kanak TEMPATAN (Bawah 12 tahun) - RM25
  • Warga Emas Malaysia (60 tahun ke atas) - RM30
  • Pelajar IPTA / IPTS Malaysia (di dalam negara sahaja / Kad Pelajar disertakan) - RM30
  • Pelancong LUARNEGARA Dewasa (12 tahun ke atas) - RM50
  • Pelancong LUARNEGARA Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) - RM40
River Cruise Melaka
Sumber: melakarivercruise.my


Laluan Perjalanan Bot

Semasa korang melalui Sungai Melaka, korang akan diperlihatkan sejarah dan warisan Melaka yang amat kaya dengan keindahan nuansa kontempori di sepanjang sungai. 

Jadi, ketika korang naiki bot dan korang akan nikmati pemandangan yang mengujakan seperti:
  • Bangunan Merah
  • Stadthuys
  • Jonker Street
  • Mural
  • Kincir Air
  • Gereja St. Francis Xavier (Seni bina yang neo-gothik yang dibina semasa zaman penjajahan Portugis.)
  • Kampung Morten (Kampung Melayu tertua di Malaysia, di mana penghormatan diberikan kepada aspek seni bina Melayu, sambil mengekalkan budaya dan cara hidup mereka.)
  • Bastion Middleburg
  • Bangunan Pra-Perang
  • Panggung Bangsawan
  • Masjid Kampung Hulu
  • Eye on Melaka
  • Air Pancut Berirama (waktu malam sahaja)
  • Laluan Melaka
River Cruise Melaka
Sumber: melakarivercruise.my

Jangan lupa untuk memberikan tumpuan kepada jambatan yang menarik di sepanjang Sungai Melaka:
  • Jambatan Tan Kim Seng (1862) - Penghormatan yang diberikan kepada seorang peniaga Melaka yang kaya dengan nama yang sama. Jambatan ini telah dimusnahkan pada tahun 1942 oleh pihak British dan dibina semula kepada keadaan semasa.
  • Jambatan Chan Koon Cheng (1908) - Mengganti jambatan imbang yang dibina pada tahun 1930 yang dahulunya membolehkan kapal melalui Sungai Melaka.
  • Jambatan Kg. Jawa (1714) - Kepala manusia yang telah dipancung lalu digantung dari tiang jambatan semasa zaman penjajahan Jepun. Juga dikenali sebagai 'Ghost Bridge' (Jambatan Hantu).
  • Jambatan Pasar (1500-an atau 1600-an) - Menghubungkan Kampung Hulu ke Pasar Tua Lama, jambatan kayu ini dibina semasa zaman pemerintahan Portugis. 
  • Jambatan Old Bus Station - Gerbang kecil indah yang kini menghiasi jambatan ini dahulu cuma sebuah rangka besi sebelum dinaik tarafkan dan ia juga memberi akses ke stesen bas yang kini dipindahkan. 
  • Jambatan Hang Jebat - (dibina semula pada 2008) Teknologi styrofoam yang unik menyokong asas jambatan ini.

Tarikan di River Cruise Melaka

Kini, Sungai Melaka telah dilebarkan dan alat mekanikal telah dipasang untuk mengawal kedalaman air. Ideanya adalah untuk menjadikan sungai bebas dari pencemaran dan membuka jalan pejalan kaki menuju kesempurnaan.

Antara tempat menarik lain yang berdekatan dengan River Cruise Melaka adalah seperti:

  • Menara Taming Sari
  • Muzium Samudera
  • Jonker Walk
  • Muzium Maritim
  • Bukit St Paul (A Famosa)
  • Dataran Pahlawan Mall
  • Mahkota Parade Shopping Mall
  • Christ Church Melaka
  • The Stadthuys
  • Istana Museum Melaka
River cruise melaka
Sumber: Awani.com


Kesimpulan

Kalau korang berkunjung Melaka, jangan lupa untuk singgah ke River Cruise Melaka dan rasai sendiri pengalaman menyelusuri Sungai Melaka yang penuh dengan sejarah ini. 

Semoga perkongsian River Cruise Melaka ini dapat memudahkan korang untuk berkunjung ke Melaka, semoga bermanfaat.








6 Comments

Akak dah pernah naik river cruise ni waktu malam. Cantik pemandangannya dengan lampu2 berwarna-warni sepanjang sungai Melaka tu.

Cuti Wesak - Cuti-cuti Melaka

OM naik siang je, tak pernah lagi naik waktu malam. Kena naik ni nanti.

Walaupun Cuya org Melaka, naik river cruise sekali je seumur hidup. Tak terasa nak naik lagi, yalah kita memang duduk Melaka tak terasa excitement ..kekeke

Tapi Cuya suka jalan kaki di tepi laluan river cruise..syok malam2 jalan situ amik angin. Malam-malam cantik sangat pemandangan dikelilingi lampu berwarna warni.

Kalau jalan area sana, disyorkan untuk jalan kaki supaya boleh perlahan-lahan teroka sana. Tak disyorkan naik beca. Kalau untuk kenangan takpe. Cuya naik beca sekali je seumur hidup, lepastu dah taknak lagi. Rugiii .... hahaha

Ini aku tak pernah naik walaupun dulu belajar kat Melaka... Sampailah sekarang...hihi

datang melawat Melaka belum kesempatan lagi nak naik river cruise..nanti pergi Melaka nak cuba naik lah hehe

dah naik juga sekali... tapi teringin nak naik waktu malam pulak

Sila tinggalkan comment korang disini!