10 ديسمبر 2024

Sawi: 5 Jenis Dan Cara Untuk Menanamnya

Sawi merupakan sayur hijau yang sering digunakan di dalam masakan. Sayur sawi ini banyak terjual di pasar termasuk pasar tani dan pasar malam. Ia juga banyak di tanam di perkarangan rumah dan kebun sayur. 

Pelbagai cara yang boleh korang masak dengan sayur ni. Ada yang masak sayur air, sayur tumis dan juga dijadikan bahan sampingan dalam mee goreng dan sebagainya.


Setiap kali nak masak mee goreng, macam tak lengkap je kalau tiada sayur ini kan. Aku memang tak makan sayur ni, entahlah. Aku tak suka dengan rasa sayur ni, mungkin tekak aku rasa kelat dan tidak pada tekak orang lain. 


Baca sini: Cara Simpan Sayur Tahan Lama


sawi


Jenis-jenis


Sebenarnya, sawi ini juga mempunyai jenisnya dan cara nak memasaknya pun agak berbeza. Jadi, untuk para suami dan juga isteri di luar sana, korang kena tahu jenis sayur ni tau. Perbezaan bentuk dan rasa pun berbeza-beza. Korang kena ambil tahu sebelum beli di pasar atau supermarket.


#1 Kai Choy

Di Malaysia, salah satu jenis sayur yang terkenal ialah Kai Choy, atau sayur sawi pahit. Daun hijau menghiasi batang dari bawah ke atas. Batang mempunyai warna putih kehijauan.


Kai Choy pahit ini biasanya dimasak sebagai perasa tambahan untuk mee goreng, tumis, sup untuk orang berpantang atau dijadikan jeruk.


#2 Choy Sam

Choy Sam, juga dikenali sebagai sayur sawi hijau, mempunyai banyak manfaat. Choy Sam ini mempunyai daun tegak berwarna hijau dan berukuran kira-kira dua puluh hingga dua puluh lima sentimeter. 


Bahagian putih kehijauan batang berkembang ke hujung dan daunnya mengecil. Selalunya, Choy Sam hijau ini dimasak untuk mee goreng atau hidangan sup.


Baca ini juga: Tanam Sayur Kangkung


sawi



#3 Sawi Putih

Sayur ini, seperti namanya menunjukkan, mempunyai banyak warna putih, tetapi tidak sepenuhnya. Satu bahagian batang berwarna putih sahaja. 


Daun berwarna hijau gelap yang melebar dan mengembang. Satu kajian 2016 mendapati bahawa khasiat tumbuhan ini boleh menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 15% dan melembutkan najis.


Baca sini lagi: Kebaikan Kacang Buncis


#4 Pak Choy 


Rakyat Malaysia sering menyukai makanan sampingan seperti sayur Pak Choy, juga dikenali sebagai Pak Choy. Jika anda ingin tahu, ciri-ciri daun Pak Choy termasuk urat putih dan daun hijau tua yang tebal dan melebar. 


Bahagian bawahnya berbentuk bulat dan berwarna putih. Selalunya orang Cina membuat Pak Choy Sos Tiram, tetapi orang Melayu suka menumis.


#5 Choy Sum Fa

Jika anda masih tidak tahu bagaimana untuk membezakan sayur Choy Sum Fa, ia sangat mudah. Bunga berwarna kuning terletak pada bahagian pucuk daun. Ada khasiat dalam bunga, jadi jangan dibuang. Masukkan sekali semasa masak.


Sayur ini juga dikenali sebagai Choy Sum Fa, mempunyai mineral, vitamin B6, A, dan C serta antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. 


Jangan lupa baca: Aneka Masakan Sayur


Cara Untuk Menanam


Korang boleh cuba menanam sayur sawi ini di rumah dan tekniknya ada pelbagai jenis. Salah satunya, menggunakan teknik nutripot.


Nutripot ini sejenis teknik yang kita bagi baja bersama air semasa melakukan siraman. Siraman ini korang hanya buat 1 minggu 1 kali sahaja bagi pokok yang masih kecil.


Apabila menjangkau usia 3 minggu, barulah korang siram sebanyak 2 kali seminggu. 

Bahan-bahan yang diperlukan:


  • Pasu
  • Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu.
  • Span 
  • Cocopeat 
  • Air baja AB

sawi


Cara-cara untuk menanam:

1. Pertama sekali, korang pilih pasu dan tong yang bersesuaian. Pastikan juga 1/3 daripada pasu masuk ke dalam tong.

2. Korang pastikan mengguna pasu yang mempunyai lubang. Jika tak ada, wajib buat lubang pada dasar pasu.

3. Masukkan pasu tadi tu ke dalam tong, kemudian ukur paras kedalaman pasu yang masuk dalam tong. Nak lagi mudah, tanda dengan marker pen untuk paras tersebut.

4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.

5. Ukur pula tong atau baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.

6. Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti. Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.

7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium.

sawi

8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong atau baldi.

9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.

10. Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci. Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS.

11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut.
  • Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5
  • Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8
  • Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0
  • Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5
*Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”

12. Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.

Kesimpulan

Semoga perkongsian tentang jenis dan cara untuk menanam sawi dapat membantu korang semua yang masih keliru dengan jenis jenis tumbuhan dan tak tahu untuk menanamnya. Moga bermanfaat.


Sila tinggalkan comment korang disini!