Ayam goreng merupakan hidangan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara. Ia adalah hidangan daging ayam yang dicelup dalam adunan rempah ratus, kuning telur dan tepung sebelum digoreng dalam minyak panas sehingga kecoklatan dan renyah.
Rasa rangup dan rempah yang lazat menjadikan ayam yang digoreng ini kegemaran semua dalam pelbagai acara, dari jamuan ringan hingga hidangan utama. Tekstur kulitnya yang rangup dan daging yang lembut menjadikan hidangan ini istimewa.
Ayam ini sering disajikan dengan nasi atau hidangan sampingan seperti sambal, kuah kacang, atau acar. Ia adalah simbol kelezatan dan keanekaragaman rasa dalam kulinari tempatan. Lagi-lagi kalau ayam goreng mamak, perghh lagi sedap makan dengan nasi putih.
Di bawah ini, aku senaraikan resepi ayam yang boleh digoreng mengikut selera masing-masing. Jom semak resepi di bawah ini ya.
1. Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
- 3 inci Halia
- 3 labu bawang putih
- 8 batang serai
- 3 sb jintan manis
- 3 sb ketumbar
- 2 sb tepung jagung
- Telur sebiji
- Garam secukup rasa
- Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
- Daun kari secukupnya
- Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir
Cara Membuatnya:
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur. Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman. Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari. Ok dah siap angkat dan toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Siap.
2. Ayam Goreng Lada Hitam
Bahan-bahan:
- Bawang merah dua biji
- Bawang putih 3 ulas
- Isi ayam
- Serbuk lada hitam
- tepung jagung sesudu besar, bancuh dgn air suam.
- tepung bestari untuk celup ayam
- sos tiram
- kicap pekat manis
3. Ayam Goreng Ala KFC
Bahan-bahan untuk ayam perap:
- 1 ekor ayam
- 2 ulas bawang putih
- ½-1 inci halia
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk kari
- 1 sudu kecil serbuk paprika
- ½ sudu besar serbuk seasoning
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk lada putih
- ½ cawan air
- 3 ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil garam halus
- 1 sudu besar serbuk seasoning
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
Cara-cara untuk perap ayam:
Dalam mangkuk besar masukkan ayam, parutan bawang putih (boleh ganti serbuk bawang putih 2 sudu kecil), halia, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk kari daging, serbuk paprika, gula, serbuk seasoning, garam dan serbuk lada sulah. Tuang sedikit air dan gaul sekata 1-2 minit kemudian perap dalam peti ais. Lagi lama perap lagi sedap bila goreng
Cara-cara untuk tepung salutan:
Dalam mangkuk yang besar masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, serbuk cili, garam, serbuk seasoning, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk ketumbar dan baking soda. Gaul sebati.
Masukkan ayam perap ke dalam tepung dan gaul sekata (letak anggaran 3-4 ketul sekali gaul). Celup dalam air (sekali sahaja) kemudian masukkan balik dalam tepung dan gaul lagi sekali. Boleh guna penapis utk celup ayam dlm air.
Cara ini akan menghasilkan tekstur ala2 ayam KFC. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai keperangan. Minyak perlu dalam sepenuhnya untuk goreng. Angkat ayam dan hidangkan bersama coleslaw, mashed potato dan sos perang.
4. Ayam Goreng Kunyit Che Nom
- 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
- sedikit garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu kecil serbuk kari
- sedikit serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang holland
- Karot
- kacang panjang
- 1 biji cili merah
5. Ayam Goreng Seringgit
Bahan-bahan:
- Ayam sekor potong 22-24
- Bawang putih 5 ulas
- Bawang besar saiz kecik (1)
- Halia 1 inci
- Lada hitam
- 1 sudu kecil Lada putih
- 1 sudu kecil Serbuk kari
- 1 sudu besar Garam dan serbuk perasa adabi
- 1 cawan tepung bestari pedas
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu tepung ubi/beras
Cara-caranya;
Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung. Masukkan ayam dalam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit). Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas. Jika nak lebih rangup, boleh salutkan 2 kali ataupun lebih.
Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye (utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik). Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam. Hidangkan panas-panas.
6. Ayam Goreng Berlada
- ayam sebelah ptong kecik ikut selera anda
- 4 tangkai cili merah bsr buang biji
- 10 tangkai cili padi hijau
- 1 sudu mkn sos tiram
- 1 sudu mkn sos ikan
- 1 biji bwang bsr
- 1 sudu mkn gula
- secubit garam dan ajinomoto
Cara masak:
7. Ayam Goreng Mamak
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 6 sudu makan tepung jagung
- 6 sudu makan tepung beras
- 3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak
8. Ayam Goreng Pedas Korea
Bahan-bahan:
- Ayam 10 ketul
- Kicap cair
- 4 sudu Sos tiram
- 2 sudu Serbuk cili adabi
- 2 sudu Gula
- 1 sudu Setengah cawan air
- Bijan putih 1 sudu kecil
Cara-cara:
Goreng ayam bersalut telur dan tepung terlebih dahulu. Angkat dan sebatikan sos tiram, kicap, air, serbuk lada merah dan gula. Tumis bawang putih dan lada kemudian tuang sos sehingga mendidih dan masukkan ayam. Gaul dan matikan api. Sedia untuk dihidang
Saya tertarik dengan resep terakhir. Sukaaa sangat ayam pedas Korea macam tu. Biasa saya selalu beli di restoran Korea dekat rumah. Tapi terkadang boros juga kaan 😄. Memang lebih baik bikin
ردحذف