Apa khabar para pembaca sekalian? Eh lama juga kan, tak menulis tentang skincare. Busy sikit sibuk uruskan hal emak, jadi tak sempat nak menulis. Kadang tu sampai seminggu tak update blog. Risau juga bila tak update, nanti larilah pembaca setia blog ni.
Sebenarnya kan, seronok bila kulit muka kita ni nampak cantik, lembap dan sihat. Kunci agar nampak kulit muka sihat ialah dengan menggunakan moisturizer. Tetapi, ramai je perempuan sibuk dengan bersolek dan mencuci muka, sehinggakan mereka terlupa memakai moisturizer setiap hari sangatlah penting.
Aku sendiri pun bila muka dah tak breakout tetap akan pakai moisturizer. Kiranya macam dah jadi satu kewajipan untuk pakai setiap hari. Tapi korang tahu tak, kenapa kena pakai moisturizer? Moisturizer apa yang bagus untuk kulit? Nak pakai something di wajah ni kena tahu juga apa fungsinya, jangan hentam keromo.
Semenjak aku guna Moisturizer Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni banyak perubahan di kulit muka aku. Kulit muka nampak lebih sihat dan lembap je. Susah juga nak cari moisturizer yang jenis ringan dan water based. Bila dah jumpa, sampai 2 botol aku guna. Sebab tu lah, korang kena betul betul pilih moisturizer terbaik yang sesuai dengan kulit korang.
Fungsi Utama Krim Moisturizer / Pelembap Muka
Fungsi utama moisturizer adalah untuk melembapkan kulit, membantu menghidratkan kulit serta lock moisture daripada escape daripada kulit. Sebab tulah, wajib untuk pakai setiap hari. Kalau tak nak, kulit kusam dan berminyak, adalah lagi baik untuk memakai moisturizer.
Kiranya, tanpa memakai moisturizer, ia boleh menyebabkan lembapan dalam kulit akan dehidrasi dari dalam kulit ke lapisan luar. Jadi, bila kulit tak cukup hidrate, itu yang jadi kering dan mengelupas. Selain itu, boleh buatkan kulit anda nampak tua sebelum usia dan kusam.
Oleh itu, korang kena bijak memilih moisturizer tau. Korang pilih moisturizer mengikut skin type korang. Aku lebih suka pakai moisturizer water based sebabnya lagi cepat menyerap dan inilah hydrating moisturizer yang sesuai dengan kulit aku.
1. Kulit kering - cream, balm. Jenis yang lebih likat untuk moisturize kulit kering dengan lebih lama.
2. Kulit Berminyak - jenis water based, light cream dan mudah menyerap terus ke dalam kulit. Inilah moisturizer yang sesuai untuk kulit berminyak.
Pelembap muka water based terbaik yang moisturizing dan hydrating |
Cara Pakai Moisturizer Dengan Betul
Bila dah tahu jenis moisturizer yang sesuai dengan kulit, korang kena tahu juga cara guna moisturizer dengan betul supaya kulit muka jadi cepat glowing. Mari ikut sini skincare tips muka glowing.
Pakai Moisturizer Berapa Kali Sehari
Ramai yang tanya pakai moisturizer berapa kali sehari dan moisturizer pakai waktu bila? Jawapannya 2 kali sehari, waktu pagi dan malam sebelum tidur. Pakai pada waktu pagi lepas pakai moisturizer pakai sunscreen sebelum keluar.
Pada waktu malam pulak, pakai moisturizer sebelum tidur, percayalah lepas hari keesokan kulit rasa lembut dan fresh, tidak berminyak lagi! Jangan sesekali pakai moisturizer dengan kadar yang lebih, dikhuatiri akan memudaratkan kulit.
Diingatkan juga jangan pakai moisturizer atau pelembap muka lebih daripada 2 kali per hari. Pakai moisturizer lebih dari 2 kali sehari ni akan menyebabkan muka menghasilkan lebih banyak minyak. Bila lebihan minyak tadi ni tersumbat, itu yang menyebabkan jerawat tumbuh dengan dengan cepat.
Moisturizer pakai waktu bila ni, korang apply je di awal pagi dan sebelum tidur. Jangan lebih dari 2 kali pakai, nanti cepat rosak kulit tu.
Jadi, korang boleh ikut step dan cara pakai moisturizer dengan betul di bawah ni. Inilah cara yang selalu apply dan juga merupakan basic skincare routine yang wajib ada pada setiap hari. Barulah muka cepat glowing dan sihat. Korang ikut step cara pakai pelembap wajah di bawah ni ya.
1. Pastikan muka dah bersih
First sekali, korang kena bersihkan wajah terlebih dahulu supaya bila apply moisturizer ni akan terus tembus ke dalam lapisan kulit yang paling dapat. Korang boleh guna teknik double cleansing tau. Mula-mula, bersihkan muka dengan permbersih muka lepas tu barulah cuci muka dengan pencuci muka. Guna teknik ni yang pastinya akan membuang segala sisa kotoran dan minyak yang ada di muka.
2. Boleh guna Toner, Essence dan Serum
Lepas je cuci muka, korang bolehlah pakai produk lain seperti toner, essence dan serum terlebih dahulu. Bila pakai toner ni, boleh menghilangkan semua kotoran dari kulit. Sebaiknya pilih toner, essence dan serum yang sesuai dengan jenis kulit supaya terhindar dari masalah iritasi.
3. Gunakan moisturizer dengan secukupnya
Moisturizer ni pakainya tak perlu banyak, ambil sikit je lepas tu letak di dagu, dahi, hidung dan pipi. Pastu, korang sapu sampai rata ke kulit. Jangan pakai banyak-banyak sebabnya susah nanti nak apply then akan buatkan muka korang terasa berat.
Pelembap muka ni yang akan lock segala produk yang korang guna. Sebab tulah pentingnya pakai moisturizer. Aku pakai Moisturizer Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature untuk lock dan bagi hydrate kan kulit aku yang mudah kering ni. Aqua Whitening Cream ni lah krim siang terbaik dan sejenis krim water based yang pernah aku pakai.
Kulit akan terasa sejuk dan lembut selepas apply Aqua Whitening Cream di wajah. Krim ini akan berubah menjadi titisan air selepas diletakkan di atas kulit. Ini kerana, titisan air ini memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit selepas menggunakannya.
4. Apply moisturizer dengan cara memutar
Nak apply ni, tak perlu pun terlalu menekan atau menggosok muka dengan keras. Bila buat macam tu, lagi cepat kulit rosak. Korang cuma putarkan moisturizer tu dengan lembut sahaja. Putarkan secara lembut supaya tu cepat meresap ke dalam kulit.
Aku suka guna Aqua Whitening cream ni kerana tekstur krim yang ringan, watery dan tidak berminyak sesuai juga dijadikan skincare untuk kulit berminyak. Moisturizer water based ini ringan dan membuatkan wajah menjadi smooth dan kekal lembap apabila memakainya. Bila tekstur pelembap muka water based ini ringan, jadi ianya mudah untuk disapu rata dan cepat meresap ke dalam kulit muka.
Di atas nilah, teknik dan tips penjagaan muka yang betul bila pakai moisturizer. Cara pakai skincare ni tak boleh sesuka hati je nak pakai, kena ada cara dan juga teknik. Salah pakai, habislah rosak muka tu.
Moisturizer Aqua Whitening Cream ini boleh juga dijadikan primer makeup. Makeup akan lebih pigmented dan tahan lama.
Akhir Kata
Sebelum tahu cara pakai moisturizer dengan betul, lagi baik jika korang tahu fungsi dan jenis jenis moisturizer yang berkesan untuk kulit korang. Bila guna moisturizer yang sesuai dengan kulit, lagi cepat kulit korang nak glowing dan sihat.
Aku pilih Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature sebagai moisturizer dan juga skincare routine. Ini adalah botol kedua aku guna, aku memang suka dengan teksturnya yang sangat ringan dan langsung tidak melekit. Selepas apply, aku rasa muka aku ni lembut dan langsung tidak berat muka bila guna moisturizer.
Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut pelembap skincare online Malaysia, anda boleh ke website Hansaegee Nature ya! Di sana lagi banyak informasi yang boleh anda dapat.
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
moisturuzer ni best. lepas pakai ada water drop lagi kan
ردحذفyezza... MA pun pakai ni sekarang memang best sgt
ردحذف