Emas ni dah menjadi aset yang paling dihargai dan diwarisi dari generasi ke generasi. Baru-baru ni sempatlah juga, aku menjengah kedai emas ni. Terkejut juga sebabnya aku baru tahu Kedai Emas Merchant 9 telah berkhidmat selama bertahun-tahun dalam industri perhiasan emas di Malaysia. Kiranya kedai emas ni, ada peminat emas mereka yang tersendiri.
$ads={1}
Apa yang aku tahu, kedai emas Merchant 9 ni mereka memahami kepentingan kualiti, nilai, dan kehormatan dalam perniagaan emas. Itu sebablah mereka ni menjadi penjual emas yang dipercayai dan dihormati di seluruh negara. Aku niatnya datang nak survey sahaja, memandangkan nak mencari sebentuk cincin untuk bakal adik ipar.
Perkhidmatan Kedai Emas Merchant 9
Rupanya, kat sini ada jual barang kemas untuk "Batal Air Sembahyang". Biasanya orang yang baru nak mendirikan rumahtangga ni, mesti tercari-cari barang kemas untuk pertunangan mahupun pernikahan. Kiranya, kat sini emas-emasnya memang sesuai untuk pasangan yang nak bernikah dan harganya pula mengikut bajet pelanggan.
Bukan apa, emas ni juga berfungsi sebagai perhiasan yang cantik untuk pengantin wanita. Jadi, ia melengkapkan penampilan pengantin pada hari bersejarah mereka. Tak gitu?
Selain dijadikan barang kemas, emas juga boleh dijadikan sebagai pelaburan untuk masa depan. Kedai emas Merchant 9 ni juga menyediakan dinar emas dan bar emas 9999. So korang boleh jadikan sebagaikan pelaburan dan simpanan tau.
Lagi pun, emas ni memang dah lama orang kenali sebagai aset pelaburan yang makin hari makin meningkat. Aku ingat lagi, 2 tahun lepas aku beli 1 gram emas 999 dengan harga RM180 tetapi bulan ni, emas 999 harganya dah mencecah RM320 per gram tau.
$ads={2}
Sebab itu lah, berbaloi kalau beli dan simpan emas ni. Harga emas akan
meningkat dari hari ke hari. Dengan adanya pelaburan emas, korang boleh
jadikan sebagai mas kahwin dan boleh bayar zakat juga. Kalau nak buat hadiah
pun boleh. Mana tahu nak hadiahkan pasangan dengan emas, kan?
Mungkin ada yang dah lama beli emas, dan nak Trade In atau BuyBack, korang jangan risau Kedai emas Merchant 9 ni ada menyediakan servis tukar emas lama kepada emas baru atau tukar emas kepada tunai.
Korang boleh tukar emas lama kepada emas baru dengan harga trade in tertinggi. Nak lagi mudah, korang boleh je tengok jual emas, siap ada harga tau. Ini sebab kenapa korang kena jual kepada mereka:
- Pembelian tulen - Kedai mereka kini dikenali ramai.
- Selamat - Setiap transaksi dilakukan di dalam premis.
- Wang Tunai Segera - Mereka menawarkan wang tunai atau secara instant transfer.
- Harga Emas Tertinggi - Mereka menawarkan harga tertinggi kepada korang.
- Cepat - Transaksi mengambil masa 5-15 minit.
Mungkin ada yang terdesak nak jual emas, pastu korang nak harga trade in tinggi, korang tak salah dah pilih Kedai emas Merchant 9 ni. Korang boleh je jual emas lama bagi dapatkan tunai. Jangan risau. Sebelum nak jual emas, korang kena make sure harga trade in tu tinggi dan berbaloi dengan pulangan emas korang.
Barulah rasa nikmatnya ada emas!
Memandangkan zaman sekarang semuanya di sosial media, korang boleh je beli emas Merchant 9 hanya di hujung jari. Korang pergi ke website dan buat pembelian di sana. Setiap pembelian RM300 ke atas korang akan dapat penghantaran percuma di seluruh Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak).
Penghantaran emas tu pula, dah siap ada perlindungan insurans lagi tau. Ha, tak payah dah nak pening kepala kalau hilang. Kita mintak semua urusan pembelian selamat kepada pelanggan semua.
Kesimpulan
Kedai Emas Merchant 9 adalah destinasi yang sempurna bagi sesiapa yang mencari perhiasan emas berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang dipercayai. Dengan penekanan pada kualiti, integriti, dan nilai, mereka telah mendapat tempat istimewa dalam hati pelanggan mereka.
Sekiranya korang mencari perhiasan emas untuk diri sendiri atau sebagai hadiah istimewa, kunjungi Kedai Emas Merchant 9 hari ini. Korang akan menemui kualiti dan layanan yang akan membuat pengalaman membeli emas korang menjadi luar biasa.
Oh ya! Bagi korang yang jauh tu, korang boleh ajer join live session mereka di Facebook, Instagram dan Tiktok. Aku serta laman sosial mereka di bawah ya.
tgok emas mmg boleh jadi kurang kewarasan...hihihih
BalasPadamsalam kenal ya
Setujuuuu. Saya dah mulai rutin beli Gold bar sejak 2014 sampai skr. Tiap bulan beli 2-5 gr saja. Kalo ada bonus beli yg lebih besar. Dan hasilnya memang bisa sangat utk emergency fund di saat butuh. Walaupun skr belum terpakai. Tapi mungkin bisa saya gunakan di saat pensiun nanti.
BalasPadamGold ini dah macam asset heaven. Menjaga asset dari inflasi. Kalo perhiasan saya kurang suka, Memang LBH memilih gold bar.