Pada sabtu lepas bersamaan 28 Oktober, aku berpeluang menyertai Keedsflix Tour with Astronout di Mydin Mall Mutiara Rini Johor Bahru, Johor. Aku juga tidak lepaskan peluang untuk turut serta tour tersebut bersama keluarga dan anak-anak.
Tak rugi untuk ikut serta Keedsflix Tour with Astronout sebab kita berpeluang untuk berjumpa dengan angkasawan negara Malaysia, iaitu Dato Dr Sheikh Muszapphar Shukor. Lagipun, di sana terdapat banyak aktiviti yang dilaksanakan melibatkan anak-anak kita dan juga ibu bapa.
Aku sendiri pun baru tahu tentang kewujudan KeedsFlix ni. Baru sedar, rupanya DSM ade tadika rupanya. Sepanjang tour tu, ada macam-macam aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan mewarna, persembahan coral speaking, demo pembelajaran anak-anak Keedsflix, persembahan anak-anak Keedsflix, bacaan surah al-Quran dan hafazan.
Lagi bestnya, kehadiran Angkawasan pertama ini telah menggamatkan lagi keadaan dengan kemeriahan. Aku sendiri pun suka dengan DSM ni sejak aku tingkatan 3 lagi, means dah 13 tahun lepas tau. Gila tak teruja bila berjumpa dengan beliau. Bagi aku, itulah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Mungkin ada yang tertanya, apa itu KeedsFlix? Meh aku nak explain sedikit sebanyak berkaitan dengan tadika angkawasan ini.
Apa Itu KeedsFlix?
KeedsFlix Tour with Astronout
Ini merupakan tour yang kedua setelah Kelantan tau. Syu rasa berpuas hati sebabnya dapat berpeluang menyertai program yang melibatkan anak, lagi-lagi bila ia berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Semasa di sana, DSM juga menyampaikan perkongsian berkenaan dengan pengalamannya di angkasa lepas dan juga pendidikan awal kanak-kanak. Terpegun dan sangat kagum dengan apa yang DSM lakukan kepada ketujuh orang anaknya.
Tujuan dan misi program ini bertujuan untuk memberi awareness kepada masyarakat kewujudan Keedsflix adalah menyediakan satu pendidikan pra-sekolah dan peringkat taska secara kolektif dan holistik.
Aku sendiri pun baru tahu kewujudan KeedsFlix ni, selama ni langsung tak pernah tahu. Heheheheh
4 Modul Utama Program
Tadika Keedsflix ini terbahagi kepada dua program iaitu Preschools dan Playschools. Keedsflix Playschool ialah tadika yang menggunakan cara interaktif dalam membangunkan anak-anak kita dari segi emosi, sosial dan juga akademik. Keedsflix playschool bermula dari umur 1 hingga 4 tahun. Jumlah Keedsflix playschool adalah kini sebanyak 46 buah.
Manakala untuk Keedsflix Preschool ialah merupakan satu pertubuhan pendidikan atau ruang pembelajaran yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak kepada anak-anak kita. Ia bermula dari usia 4 tahun sehingga 6 tahun. Jumlah Keedsflix preschool adalah sebanyak 73 buah.
Keedsflix menawarkan pembelajaran yang holistik bermula dari usia 1 hingga 4
tahun akan ditempatkan di playschool dan 4 hingga 6 tahun di preschool. Dengan
memperkenalkan modul yang direka khas hasil daripada gabungan ilmu agama dan
sains bagi memastikan anak-anak mendapat ilmu yang seimbang iaitu ilmu dunia
dan akhirat.
Meh sini aku huraikan lagi setiap satu program dan
modul yang disediakan di Keedsflix tadika angkasawan ini. Empat modul
utama yang diperkenalkan oleh keedsflix ialah:
Keed Quranic - Modul yang disusun oleh Guru yang mengajar
anak Dr Shekh Muzaphar sendiri. Kaedah yang sangat bersesuaian dengan
peringkat umur 1 hingga 6 tahun.
Keed Hafiz - Disusun dengan 4 kaedah utama iaitu hafazan tracker, video interaktif
, thematic surah dan quran rhyme.
Keed Space - Satu
modul yang disusun untuk memberi pendedahan awal berkaitan dengan Alam sekitar
dan alam semesta mengikut acuan Al quran dan Assunnah.
Keed Robotic
- hasil gabungan 4C iaitu Creative thinking, Critical thiking, Ccomputational
thiking dan Collaboration& communication.
MashaAllah, menarik bukan tadika terbaik di Malaysia ni? Aku tak sabar nak daftar anak di tadika angkasawan ni. Biar anak expose banyak benda terutama agama dan juga sains.
Kesimpulan
Pemilihan tadika amat penting sebelum anak memulakan sesi persekolahan pada usia 7 tahun. Ini kerana tadika terbaik mampu memberikan kesan positif dalam diri anak-anak apatah lagi ianya berkaitan agama dan juga sains.
Aku rasa amat bangga dan seronok melihat pencapaian cilik Keedsflix yang lancar dan fasih dalam membaca serta menghafaz al-quran seawal usia lima enam tahun. Inilah hasil dan keberkesanan pembelajaran Keedsflix, kehebatan para pendidik dan tenaga pengajar dalam mendidik anak-anak kita.
Jika ibu bapa berminat dengant tadika angkasawan ini, aku sertakan link di bawah ini ya.
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Website: www.keedsflix.com
Facebook:
www.facebook.com/KeedsflixOfficialHQ
Instagram:
www.instagram.com/keedsflixhq
Email: keedsflix@gmail.com
Whatsapp: +60196600114
2 Comments
Setuju, pemilihan tadika itu penting. Krn mempersiapkan mereka utk terbiasa belajar di sekolah lanjutannya.. Anak saya dulu juga masuk tadika sebelum sekolah dasar (elementary school) . Dan itu memupuk rasa confident dia saat masuk sekolah dasar.
Pernah dengar Keedsflix ni. Sistem pembelajaran yang bagus balance, Preschools dan Playschools. Tengoklah founder²nya pun berilmu kan.
Sila tinggalkan comment korang disini!