Gerbang laut Pulau Mawar Mersing dah jadi tumpuan untuk pencinta photograph.
Minggu lepas, sempatlah aku ke sini, bertiga dengan suami dan anak. Dalam
tahun ni juga, ada kes seorang remaja lelaki hilang di dalam Pulau Mawar dan
sehingga kini masih tak jumpa lagi.
Aku nasihatkan sebelum nak masuk dalam ni, tolong cari guide dulu dan jangan
masuk sorang-sorang! Kita tak nak kejadian yang sama berulang lagi. Make sure
tanya dekat kaunter depan sekali sebelum masuk tu, ada tak guide untuk tolong
bawa ke Pulau Mawar. Aku sertakan sekali no telefon guide tu ya, bayaran cuma
seorang RM10 sahaja.
Aku datang dah lewat sebenarnya, waktu sesuai datang dalam jam 3 petang
macam tu dan air kena surut dulu tau. Kalau air pasang, memang tak boleh pergi
ke Pulau Mawar sebabnya pulau ni bersambung dengan daratan.
Cara Ke Pulau Mawar
Pulau Mawar ni tak lah terkenal macam Pulau Rawa tapi kalau korang
berkunjung ke Mersing, bolehlah datang ke pulau ni. Pulau ni
berada di mukim Penyabong dan jaraknya lebih kurang 30 minit dari bandar
Mersing.
Cuma baru-baru ni jadi bualan hangat disebabkan kes hilangnya seorang lelaki
dan pulau ni tutup selama 3 bulan dan kini telah beroperasi kembali.
Aku suka ke sini sebabnya tempat ni tidaklah padat dan lebih privasi daripada
pengunjung. Nak masuk sini, kena bayar RM10 per orang ya. Kena bayar
dulu dekat pondok depan sekali sebelum masuk pulau. Bayaran ni bagi menjaga
kebersihan dan kelestarian pulau ni.
Pulau ni sangat mudah diakses tak sama macam kebanyakan pulau terkenal yang
lain di Mersing. Sebabnya, tiada permit diperlukan untuk memasuki kawasan
pulau, tidak perlu menaiki bot dan korang hanya perlu berjalan untuk sampai ke
sini.
Aktiviti Menarik
Disebabkan masa aku datang tu, air dah nak pasang dan aku tak sempat nak
teroka kesemua tempat menarik di dalam Pulau Mawar. Aku cuma sempat ke Gerbang
Laut sahaja. Kalau cukup masa, aku boleh ke Batu Tingkap, Batu Kristal, Batu
Rahsia, Batu Mawar dan macam-macam lagi.
Gerbang Laut aje dah cukup cantik, belum lagi ke tempat lain. Gerbang
Laut ni terbayang seperti Heaven's Gate gua gitulah. Pernahlah Gerbang Laut ni
viral kan? Cuba korang search kat tiktok, memang cantik tempatnya. Korang kena
jalan kaki dari Taman Rhu ke Pulau Mawar ni, penat sikitlah tapi bila sampai
situ, confirm puas hati!
Seelok-eloknya kena ada tour guide supaya korang tak sesat dan ada tour guide
ni boleh pantau dan bagi tahu korang bila air pasang dan surut agar korang tak
terperangkap dalam pulau ni. Sambil berjalan kaki tu, korang boleh snap gambar
di kawasan pokok bakau. Memang cantik tau! Masa nilah nak buat video healing
tu ha.
Selain itu, korang juga berkelah dan berkhemah di Taman Rhu, kat sini
tak boleh bermalam tau. Hanya sampai jam 7 petang sahaja. Kalau tak sempat nak
berkhemah, jangan risau korang boleh bermalam di chalet yang berdekatan.
Tandas, kerusi dan meja rehat ada disediakan di sini. Kalau nak mandi manda
kat sini, korang dah tak perlu risau dengan kemudahan asas, ada disediakan kat
sini. Cuma makanan sahajalah tak ada yang jual lagi, make sure juga sebelum
balik korang kena kemas sampah sarap yang korang bawa dan buang di pintu
masuk.
Lokasi Pulau
Kesimpulan
Bagi korang yang tengah mencari destinasi percutian yang tenang, indah, dan
nak healing serta menyatukan diri dengan alam semula jadi, Pulau Mawar Mersing
adalah pilihan yang sempurna. Dengan pantai yang menakjubkan, kehidupan bawah
laut yang pelbagai, dan budaya tempatan yang kaya, pulau ini menawarkan
pengalaman yang sukar ditandingi.
Jadi, apabila merancang perjalanan korang berikutnya, pertimbangkanlah untuk
datang ke Pulau Mawar Mersing sebagai destinasi percutian korang. Ia adalah
tempat yang mengajak korang menikmati keindahan alam semula jadi Malaysia
dalam suasana yang damai dan membebaskan.
3 Comments
first time nie dgr...boleh masuk dalam cheklist...
Baru saja balik dr bercuti di Mersing... murah ja rupanya
kat mersing ni banyak tempat cantik-cantik sebenarnya kan
Sila tinggalkan comment korang disini!