Bila sebut nama JIBRIL, aku teringat satu restoran yang tersembunyi disebalik
premis aiskrim Sangkaya SS15 Subang Jaya yang terkenal dengan masakan Salted
Egg Butter Chicken dan air-air mocktails unik mereka.
Rupanya, JIBRIL sudah buka cawangan baru mereka di Johor. JIBRIL JB
ini disebalik rak buku yang berada pada dinding ‘entrance’, ada pintu
tersembunyi untuk membolehkan pelanggan masuk ke dalam premis tersebut.
Satu idea yang sangat brilliant sebenarnya! Lagi tertarik pelanggan untuk
mencari pintu masuk restoran ni, aku sendiri pun blur juga, eh macam mana nak
masuk ni? Kiranya macam restoran yang tersembunyi, tapi jangan terkejut jika
korang boleh lihat orang beratur untuk makan di sini. Bila masuk je ke dalam,
memang penuh dengan orang.
$ads={1}
Kisahnya petang semalam, excited sangat sebab nak makan petang di restoran ni,
sampai je depan restoran. Otak jadi blank, macam mana nak masuk? Kena cari
pintu rahsia dulu baru boleh masuk dalam restoran. Kalau tak, kena tunggulah
customer dari dalam keluar. Hehehehe gurau.
Aku pun fikir, restoran ke library ni? Buat tertanya-tanya kan, padahal
restoran. Patutlah ramai pelanggan yang excited dengan restoran ni.
Konsep JIBRIL
Untuk pengetahuan semua, JIBRIL merupakan sebuah restoran yang
berkonsepkan bar, tetapi JIBRIL ini menghidangkan makanan halal dan bebas
daripada minuman keras. Jadi ia merupakan restoran pertama di Malaysia dengan
konsep bar mesra Muslim. Mereka juga terkenal dengan 'butter based foods' dan
juga unique mocktails.
Restoran ini sudah mendapat halal dari JAKIM ya dan pemiliknya adalah Melayu
Islam. Tak percaya? Boleh check di website mereka. Waktu ni lah kena support
orang kita betul tak?
Aku suka dengan konsep restoran ni, cukup mewah dan eksklusif. Apa kata korang
cuba pula? Oh ya, jomlah kita tengok menu yang aku cuba hari tu. Mana tahu
memikat hati korang untuk mencubanya.
JIBRIL Restaurant Group ini terletak berhadapan dengan Terminal Bus Larkin, di
deretan kedai berhadapan dengan jalan besar. Ketika aku datang, sudah ramai
pelanggan kerana waktu itu sudah petang dan aku rasa di waktu malam mesti
lebih ramai orang.
JIBRIL JB ini adalah cawangan keempat mereka di seluruh Malaysia dan ini
merupakan cawangan di luar Klang Valley. Antara cawangan mereka ialah di
Publika, Bangi dan SS15. Buat korang yang berada di Klang Valley, boleh
singgah di 3 cawangan tersebut.
Untuk tempat makannya ada dua tempat yang anda boleh pilih sama ada untuk
duduk di bahagian bawah, dan juga duduk di bahagian atas restoran yang lengkap
dengan pendingin hawa. Aku sudah semestinya memilih untuk duduk di bahagian
atas, lebih senyap dan tenang. Mungkin masa aku hadir, ramai pelanggan yang
memilih untuk duduk di bahagian bawah.
Menu Yang Di Cuba
$ads={2}
Asam Thai Butter Clams & Mantou - RM29.90
Untuk menu ni ada dua saiz dengan harga yang berbeza, aku makan saiz kecik dan
untuk saiz besar harganya RM59.90. Mantou ban ni tak include dalam menu ni ya,
untuk Mantou 6 pcs RM6.90. Ikut selera koranglah sama ada nak makan dengan
nasi putih atau mantou ban.
Untuk menu ni, bagi aku yang paling penting adalah kuahnya. Kuah bagi Asam
Thai Butter ini memang sedap, penuh dengan perisa dan tidak cair. Boleh
dikatakan sesedap rasa.
Aku makan dengan Mantou, selera betul makan masa tu. Tak expect pun rasanya
sedap sebab aku bukanlah peminat clams. Sekali makan, tak berhenti-henti tau.
Ni bukan puji melangit eah! Memang sedap dan kena dengan citarasa aku.
Clamsnya pula penuh dengan rasa Asam Thai Butter, lagi sedap makan dengan
nasi. Saiz clams pun besar-besar dan banyak, kenalah dengan harga. Menyesal
eak tak order nasi masa tu.
Salted Egg Croissant - RM9.90
Croissant ni makan time panas-panas memang sedap. Bila menu ni sampai, terus
aku ngap dulu! Risau juga kelembutan croissant tu menghilang. Rasa salted
egg tak kuat sangat, rasa lebih mcm buttermilk, tak cepat muak jugak. Saiz
menu ni pun not bad juga. Pekena dengan ice lemon tea pun dah sedap. Next
time, memang nak order lagi menu ni.
Pisang Goreng XL - RM13.90
Bila menu ni sampai di atas meja, terkejut gila dengan saiznya patutlah nama
menu ni pisang goreng XL. Besar rupanya. Anak aku suka betul makan pisang
ni, bukan sebab ada ice cream tu, tapi pisang ni rangup dan rasa gula melaka
yang umpphh kan lagi menu ni.
Memang lain daripada yang lainlah, kat JIBRIL je ada pisang goreng
bersaiz XL. Kalau nak datang lepak petang, makan aje menu ni. Confirm
kenyang.
Nasi Lemak Butter Combo - RM29.90
Dah sampai JIBRIL takkan tak order main course? Aku order Nasi Lemak
Butter Combo, big portion tau! Menu ni korang akan dapat ayam, udang dan
sotong yang dimasak bersama dengan sambal tumis.
Nasinya penuh dengan rasa santan, berlemak! Nasi lemak kalau kurang rasa
santan, memang bukan nasi lemak. Jujur cakap! Harga dan juga portion memang
berbaloi untuk korang cuba. Saiznya memang besar dan jika aku pesan untuk diri
sendiri sahaja memang tidak akan habis. Aku perhatikan, hampir setiap meja
mesti akan cuba Nasi Lemak Butter Combo ni.
$ads={2}
Untuk minuman pula, aku mencuba 4 jenis minuman. Dari kiri, Mango Cheesecake
Mocktail, Lychee Pink Lemonade, Onde-Onde Mocktail & Potter 2.0. Tamak
betul sampai order 4 minuman. Disebabkan restoran ni terkenal dengan keunikan
mocktail, itu yang aku nak cuba.
Mango Cheesecake Mocktail - RM11.90
Lychee Pink Lemonade - RM15.90
Onde-Onde Mocktail - RM11.90
Potter 2.0 - RM9.90
Aku paling suka dengan Onde-Onde Mocktail, rasa macam onde-onde melaka tu ha.
Sedap juga bila dijadikan minuman. Korang kena cuba tau. Potter 2.0 pula,
sekali minum rasa manis tapi hujung hujung sedikit pahit dan rasa kayu manis.
Sedap!
Mango Cheesecake Mocktail ni, mati-mati aku ingatkan cheesecake mango
hahahahha. Padahal air tau, silap silap. Rasa manis dari Mango memang
blendlah, sedap dan tak rasa melekat di tekak. Lychee Pink Lemonade ni sesuai
untuk korang yang tak suka air yang bersusu.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, untuk sebuah restoran di kawasan bandar yang mempunyai
menu sebegini pastinya menjadi tarikan bagi mereka yang mencari lokasi tempat
makan menarik. Dengan saiz yang besar, memang aku berpuas hati dengan
makanannya. Kenyang itu sudah semestinya. Selain itu dengan suasana restoran
yang tenang, memang selesa makan di sini.
Melihat kepada harganya bagi aku sangat berpatutan untuk saiz hidangannya.
Memang besar dan aku sangat berpuas hati. Mungkin selepas ini aku akan datang
dengan keluarga aku dan menikmati menu-menu lainnya pula.
Oh ya, kepada korang yang mungkin teringin atau tiba-tiba berada di kawasan
sekitar Larkin dan sebagainya, bolehlah singgah terlebih dahulu ke JIBRIL JB.
JIBRIL Johor Bahru (@jibriljohor)
Status: Halal certified by JAKIM & 100% Muslim-owned
Phone no: +6012-743 0350
Address:
No. 51, 51-01 & 51-02, Jalan Garuda 2/1, Pusat Perdagangan Larkin,
Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor.
Operating Hours: 12pm - 12am (Daily), last order at 11.30pm.
What a nice sharing, thanks for your sharing...
BalasPadamnanti akak ke JB boleh laa singgah makan disini
BalasPadamMenarik betul konsep restoran dia. Sangat unik. Makanan pun sedap2 nampak tu.
BalasPadamby the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)
Melihat menu clam dan mantao saya langsung pengiiiiin 😍😍😍. Browsing tempatnya dan ternyata ada beberapa di KL yaa. Bisalah nanti bulan depan saat saya ke KL coba makan di sini ❤️
BalasPadam