6 Mei 2024

JIBRIL JB Restoran Tersembunyi Unik Di Larkin

Bila sebut nama JIBRIL, aku teringat satu restoran yang tersembunyi disebalik premis aiskrim Sangkaya SS15 Subang Jaya yang terkenal dengan masakan Salted Egg Butter Chicken dan air-air mocktails unik mereka. 


Rupanya, JIBRIL sudah buka cawangan baru mereka di Johor. JIBRIL JB ini disebalik rak buku yang berada pada dinding ‘entrance’, ada pintu tersembunyi untuk membolehkan pelanggan masuk ke dalam premis tersebut. 

Satu idea yang sangat brilliant sebenarnya! Lagi tertarik pelanggan untuk mencari pintu masuk restoran ni, aku sendiri pun blur juga, eh macam mana nak masuk ni? Kiranya macam restoran yang tersembunyi, tapi jangan terkejut jika korang boleh lihat orang beratur untuk makan di sini. Bila masuk je ke dalam, memang penuh dengan orang.

Jibril

$ads={1}

Kisahnya petang semalam, excited sangat sebab nak makan petang di restoran ni, sampai je depan restoran. Otak jadi blank, macam mana nak masuk? Kena cari pintu rahsia dulu baru boleh masuk dalam restoran. Kalau tak, kena tunggulah customer dari dalam keluar. Hehehehe gurau. 

Aku pun fikir, restoran ke library ni? Buat tertanya-tanya kan, padahal restoran. Patutlah ramai pelanggan yang excited dengan restoran ni. 

Konsep JIBRIL

Untuk pengetahuan semua, JIBRIL merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan bar, tetapi JIBRIL ini menghidangkan makanan halal dan bebas daripada minuman keras. Jadi ia merupakan restoran pertama di Malaysia dengan konsep bar mesra Muslim. Mereka juga terkenal dengan 'butter based foods' dan juga unique mocktails. 

Restoran ini sudah mendapat halal dari JAKIM ya dan pemiliknya adalah Melayu Islam. Tak percaya? Boleh check di website mereka. Waktu ni lah kena support orang kita betul tak? 

Aku suka dengan konsep restoran ni, cukup mewah dan eksklusif. Apa kata korang cuba pula? Oh ya, jomlah kita tengok menu yang aku cuba hari tu. Mana tahu memikat hati korang untuk mencubanya.

Jibril


JIBRIL Restaurant Group ini terletak berhadapan dengan Terminal Bus Larkin, di deretan kedai berhadapan dengan jalan besar. Ketika aku datang, sudah ramai pelanggan kerana waktu itu sudah petang dan aku rasa di waktu malam mesti lebih ramai orang. 

JIBRIL JB ini adalah cawangan keempat mereka di seluruh Malaysia dan ini merupakan cawangan di luar Klang Valley. Antara cawangan mereka ialah di Publika, Bangi dan SS15. Buat korang yang berada di Klang Valley, boleh singgah di 3 cawangan tersebut.

Jibril


Untuk tempat makannya ada dua tempat yang anda boleh pilih sama ada untuk duduk di bahagian bawah, dan juga duduk di bahagian atas restoran yang lengkap dengan pendingin hawa. Aku sudah semestinya memilih untuk duduk di bahagian atas, lebih senyap dan tenang. Mungkin masa aku hadir, ramai pelanggan yang memilih untuk duduk di bahagian bawah. 

Menu Yang Di Cuba

Jibril

$ads={2}
Asam Thai Butter Clams & Mantou - RM29.90

Untuk menu ni ada dua saiz dengan harga yang berbeza, aku makan saiz kecik dan untuk saiz besar harganya RM59.90. Mantou ban ni tak include dalam menu ni ya, untuk Mantou 6 pcs RM6.90. Ikut selera koranglah sama ada nak makan dengan nasi putih atau mantou ban.

Untuk menu ni, bagi aku yang paling penting adalah kuahnya. Kuah bagi Asam Thai Butter ini memang sedap, penuh dengan perisa dan tidak cair. Boleh dikatakan sesedap rasa.

Aku makan dengan Mantou, selera betul makan masa tu. Tak expect pun rasanya sedap sebab aku bukanlah peminat clams. Sekali makan, tak berhenti-henti tau. Ni bukan puji melangit eah! Memang sedap dan kena dengan citarasa aku. 

Clamsnya pula penuh dengan rasa Asam Thai Butter, lagi sedap makan dengan nasi. Saiz clams pun besar-besar dan banyak, kenalah dengan harga. Menyesal eak tak order nasi masa tu.

Jibril

Salted Egg Croissant - RM9.90

Croissant ni makan time panas-panas memang sedap. Bila menu ni sampai, terus aku ngap dulu! Risau juga kelembutan croissant tu menghilang. Rasa salted egg tak kuat sangat, rasa lebih mcm buttermilk, tak cepat muak jugak. Saiz menu ni pun not bad juga. Pekena dengan ice lemon tea pun dah sedap. Next time, memang nak order lagi menu ni.

Jibril Menu

Pisang Goreng XL - RM13.90

Bila menu ni sampai di atas meja, terkejut gila dengan saiznya patutlah nama menu ni pisang goreng XL. Besar rupanya. Anak aku suka betul makan pisang ni, bukan sebab ada ice cream tu, tapi pisang ni rangup dan rasa gula melaka yang umpphh kan lagi menu ni. 

Memang lain daripada yang lainlah, kat JIBRIL je ada pisang goreng bersaiz XL. Kalau nak datang lepak petang, makan aje menu ni. Confirm kenyang.

Jibril



Nasi Lemak Butter Combo - RM29.90

Dah sampai JIBRIL takkan tak order main course? Aku order Nasi Lemak Butter Combo, big portion tau! Menu ni korang akan dapat ayam, udang dan sotong yang dimasak bersama dengan sambal tumis. 

Nasinya penuh dengan rasa santan, berlemak! Nasi lemak kalau kurang rasa santan, memang bukan nasi lemak. Jujur cakap! Harga dan juga portion memang berbaloi untuk korang cuba. Saiznya memang besar dan jika aku pesan untuk diri sendiri sahaja memang tidak akan habis. Aku perhatikan, hampir setiap meja mesti akan cuba Nasi Lemak Butter Combo ni. 

Jibril

$ads={2}

Untuk minuman pula, aku mencuba 4 jenis minuman. Dari kiri, Mango Cheesecake Mocktail, Lychee Pink Lemonade, Onde-Onde Mocktail & Potter 2.0. Tamak betul sampai order 4 minuman. Disebabkan restoran ni terkenal dengan keunikan mocktail, itu yang aku nak cuba.

Mango Cheesecake Mocktail - RM11.90 
Lychee Pink Lemonade - RM15.90 
Onde-Onde Mocktail - RM11.90 
Potter 2.0 - RM9.90

Aku paling suka dengan Onde-Onde Mocktail, rasa macam onde-onde melaka tu ha. Sedap juga bila dijadikan minuman. Korang kena cuba tau. Potter 2.0 pula, sekali minum rasa manis tapi hujung hujung sedikit pahit dan rasa kayu manis. Sedap!

Mango Cheesecake Mocktail ni, mati-mati aku ingatkan cheesecake mango hahahahha. Padahal air tau, silap silap. Rasa manis dari Mango memang blendlah, sedap dan tak rasa melekat di tekak. Lychee Pink Lemonade ni sesuai untuk korang yang tak suka air yang bersusu. 

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, untuk sebuah restoran di kawasan bandar yang mempunyai menu sebegini pastinya menjadi tarikan bagi mereka yang mencari lokasi tempat makan menarik. Dengan saiz yang besar, memang aku berpuas hati dengan makanannya. Kenyang itu sudah semestinya. Selain itu dengan suasana restoran yang tenang, memang selesa makan di sini.

Jibril

Melihat kepada harganya bagi aku sangat berpatutan untuk saiz hidangannya. Memang besar dan aku sangat berpuas hati. Mungkin selepas ini aku akan datang dengan keluarga aku dan menikmati menu-menu lainnya pula.

Oh ya, kepada korang yang mungkin teringin atau tiba-tiba berada di kawasan sekitar Larkin dan sebagainya, bolehlah singgah terlebih dahulu ke JIBRIL JB. 

JIBRIL Johor Bahru (@jibriljohor)


Status: Halal certified by JAKIM & 100% Muslim-owned

Phone no: +6012-743 0350

Address: No. 51, 51-01 & 51-02, Jalan Garuda 2/1, Pusat Perdagangan Larkin, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor.

Operating Hours: 12pm - 12am (Daily), last order at 11.30pm.

Link: Tiktok (@Jibrilss15) | Facebook (@Jibriljohor) | Instagram (@Jibriljohor) | 
Twitter (@Jibrilss15)

Official Website: www.jibrilss15.com


4 Comments

What a nice sharing, thanks for your sharing...

nanti akak ke JB boleh laa singgah makan disini

Menarik betul konsep restoran dia. Sangat unik. Makanan pun sedap2 nampak tu.

by the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)

Melihat menu clam dan mantao saya langsung pengiiiiin 😍😍😍. Browsing tempatnya dan ternyata ada beberapa di KL yaa. Bisalah nanti bulan depan saat saya ke KL coba makan di sini ❤️

Sila tinggalkan comment korang disini!