24 فبراير 2024

Senarai Cawangan Kedai Eco Plus (RM5/RM10) Di Seluruh Malaysia - Updated

Senarai Cawangan Kedai Eco Plus (RM5/RM10) Di Seluruh Malaysia - Updated

Kalau korang dah biasa dengan kedai eco shop RM2 tapi kali ni kedai eco shop plus pulak. Barang-barangnya pula berharga RM5 & RM10. Eco plus kedai dia tema merah, eco plus pulak tema kuning, jangan tersilap nanti. 


Baru baru ni aku balik kampung, rupanya dah ada cawangan eco plus di Parit Buntar. Aku pulak dok jakun sebab baru-baru ni kedai eco plus parit buntar viral dalam facebook.

Bila aku masuk dalam tu, agak nampaklah kelainan barang-barang yang ada dalam kedai eco plus ni. So far, barang yang aku beli lagi berkualiti. Baldi besar tu RM5 je, besen untuk basuh baju RM10, sakan juga dok shopping, tapi tulah kat sini duit boleh habis hehehe.

Baca sini: Ikea Damansara

So hari ni aku nak kongsikan senarai cawangan kedai eco plus di seluruh Malaysia. Tak silap eco plus ni baru lagi, so tak banyak cawangan yang eco rm5 buka. Jom cek, mana tahu tempat korang ada cawangan eco plus. 

Kedai Eco Plus (RM5/RM10) Di Seluruh Malaysia


eco plus

$ads={1}

Di bawah ini aku senaraikan cawangan kedai eco plus di seluruh Malaysia: 

1. Johor

Kedai Eco Plus Pekan Nanas, Johor
Pusat Perdagangan, PTD 13971, No.1, PTD13972, No.2, PTD13973 No.3, PTD13974 No. 4 & No.5 PTD13975 (Ground & 1st Floor Jalan Permata 3, Pekan Nanas, 81500 Johor

Kedai Eco Plus Puteri Mart, Ulu Tiram, Johor
Lot S75, Puteri Mart, Jalan Beladau 17, Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor

Kedai Eco Plus Mersing, Johor
No. 16, 17, 18, 19 (Grd, 1st & 2nd), Jalan Sri Mersing 1, Pusat Perdagangan Sri Mersing, 86800 Mersing, Johor

2. Kuala Lumpur

Kedai Eco Plus Desa Petaling
1st Floor, No.47, 49, 51, 53 (Ground & 1st Floor) & No.55, Jalan 1/125d, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur

3. Pahang

Kedai Eco Plus Triang, Pahang
No.12, 16 & 18 (Ground Floor), No 20 & 22 (Ground & First Floor), No 26, 28, 30, 32 & 36 (Ground Floor) 11 Jalan sentral Triang 28300 Pahang

Kedai Eco Plus Temerloh, Pahang
B4, No.12A & No.12 (Ground Floor), No.6 B9, No. 2A & B10 No.2 (Ground Floor) 9, Jalan Sudirman 28000 Temerloh Pahang

Kedai Eco Plus Kuantan, Pahang
A53, A55, A57, A59 & A61 (Ground, first & Second Floor) Jalan Kurnia Jaya 3, 25150 Kuantan Pahang

4. Terengganu

Kedai Eco Plus Chukai, Terengganu
Lot 51362 - 51364 (Ground & 1st Floor) & Lot 51365 (Ground, 1st 2nd & 3rd Floor) Bangunan Kedai/Pejabat Rayhar, Jalan Jakar, Kampung Dusun Nyior 24000 Chukai, Terengganu

5. Perak

Kedai Eco Plus Parit Buntar, Perak
No.9 (Ground & 1st Floor) Medan Hentian, Pusat Bandar Baru, 34200 Parit Buntar, Perak

6. Negeri Sembilan

Kedai Eco Plus Seremban
No.419 - 422 (Ground, 1st & 2nd floor), Jalan Dato Abdul Rahman Seremban 70000 Seremban Negeri Sembilan

7. Selangor

Plaza Metro Kajang, Selangor
Lot No. S128-S136 (2nd Flr Plaza Metro Kajang, Seksyen 7, Jalan Tun Abdul Razak, 43000 Kajang Selangor

8. Kelantan

Kedai Eco Plus Pasir Puteh, Kelantan
PT3033 - PT3039 (Grd & 1st Flr) Jalan Pasir Puteh 2/4, 16800 Pasir Puteh Kelantan

Kedai Eco Plus Pasir Mas, Kelantan
Pt 603, Pt 604, Pt 609 & Pt 610 (Grd & 1st Flr), Bandar Tasek Raja, Jalan Pasir Mas Rantau Panjang, 17070 Pasir Mas Kelantan

Kedai Eco Plus Tumpat, Kelantan
Lot 14, 15, 16, 17, 18,19 & 20 (Grd Flr), Jalan Setia 4, Taman Bentara Tumpat, 162000 Tumpat, Kelantan

9. Sarawak 

Kedai Eco Plus Eco-Mall Kuching Sarawak
Lot No. G11 (Grd Flr), Eco Mall Petra Jaya, Lot 13967, Section 65, KTLD, Jalan Semariang, 93050 Kuching, Sarawak

Kedai Eco Plus Bintulu Centre, Sarawak
Sublot 92, 93, 94 & 95 of Parent Lot 7668 Grd, 1st & 2nd Flr, Block 31, Kemena Land District, Bintulu Sentral, Jalan Tg Kidurong, 97000 Bintulu Sarawak

10. Terengganu

Kedai Eco Plus Kemaman, Terengganu
Lot 51362, 51363, 51364 (Grd & 1st Flr) & Lot 51365 (Grd, 1st, 2nd & 3rd Flr), Bangunan Kedai/Pejabat Rayhar, Jalan Jakar, Kg. Dusun Nyior, 24000 Kemanan Terengganu

11. Pulau Pinang

Kedai Eco Plus Pulau Pinang
G24 (Ground Floor), No. 1720, Persiaran Mutiara 4, Pusat Komersial Bandar Tasik Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Akhir Kata

Nanti aku update lagi cawangan eco plus ni, mana tahulah kan korang cari eco plus near me betul betul dekat dengan kawasan korang. Setakat ni yang aku tahu eco plus johor ada satu cawangan je, itupun bukan dekat bandar johor. Kalau korang yang mencari kedai eco plus johor bahru, memang tak jumpa. 

InshaAllah aku update lagi, kedai eco plus ni ye. 

Pssst: Sekarang ni macam annoying nak masuk eco plus, sebab barang yang boleh dapat RM5 or RM10 dah tak sama harga macam dulu. 
















Makan Malam di Desa Permata Ikan Bakar Langkawi

Makan Malam di Desa Permata Ikan Bakar Langkawi

Bulan lepas, sempatlah bercuti di Langkawi dan baru hari ni nak tulis entri. Kami masa tu dah buntu dan tak tahu nak makan malam kat mana. Cari kat Tiktok, rupanya ada ikan bakar. Tak lengah dari Cenang terus melaju ke pekan Kuah.



Jauh jugalah kalau naik moto, dalam 25 minit macam tu. Tapi kami okay je, dah nama bercuti jangan rasa penat pulak. Nanti rugilah bercuti, masa bercuti nilah kena betul-betul enjoy.


desa permata ikan bakar langkawi 

Kami makan malam di Desa Permata Ikan Bakar Langkawi, gerai no 5&6. Sebelah kedai ni pun kedai ikan bakar juga, cuma kami tak sempat nak mencuba kedai sebelahnya. Kami hanya mencuba kedai Desa Permata.


Masa kami masuk kedai, mata dah melilau ke arah susunan ikan yang dah siap dengan harga. Harga ikan ni dah termasuk dengan masak tau. Jadi lumayan murahlah juga. Ke aku ni jenis bantai je harga murah mahal?


desa permata ikan bakar langkawi


Pelbagai jenis ikan ada seperti Ikan Siakap, Kerapu, Lolong, Talapia, Pari dan sebagainya. Selain itu, ada juga sotong, udang, ketam, kerang, lala dan lain-lain. Macam macam jenis haiwan laut ada. 


Ulam-ulaman juga turut tersedia dengan mengikut harga yang ditetapkan. Petai 1 papan RM2, bendi 3 biji RM1 dan macam-macam lagi. Sedap juga pekena ulam-ulaman dengan ikan bakar.


desa permata ikan bakar langkawi


Tetapi, jika korang nak makan makanan panas pun ada disediakan. Dah nama kedai Ikan Bakar, jadi menu ikan bakar lah kami cuba. Katanya sedap dan murah. Harga dah murah jadi mehlah kita order pulak.


Kami order makan untuk 3 orang, Luth ni kadang kami pesan lebih nasi. Luth suka makan nasi kosong, kadang ikut mood dia juga bila makan. So kami order:

  • 3 nasi putih - RM6
  • Kangkung masak belacan - RM5
  • Ikan Siakap Bakar - RM35
  • Petai Bakar - RM2
  • 3 ekor Temenung goreng - RM9
  • 1 Teh o Ais Limau - RM3
  • 2 Teh o Ais - RM4

Desa Permata Ikan Bakar Langkawi

Total kami makan untuk menu kat atas adalah RM64. So far makanan memang sedap dan kami menyesal betul tak datang dari hari pertama kami di Langkawi. Esoknya nak balik JB barulah pergi kedai ikan bakar ni. Menyesal tak sudah.

Menu Ikan Siakap Bakar Petai ni memang sedap dan rugi betul letak 1 papan, lain kali nak bantai 3 papan terus. Baru padu! So far kedai ikan bakar nilah my favourite sekali, confirm balik JB teringat-ingat.

Bagi aku, best makan kat sini sebab suasananya tu. Ramai dan meriah. Kawasan makan pun luas dan meja makan pun banyak. Kawasan parkir pun luas juga, senanglah nak park motor atau kereta. 

desa permata ikan bakar langkawi


Cuma kedai ni tersorok sikit ke dalam kawasan perumahan. Jadi lagi baik, kalau korang waze je terus. Insha-Allah akan jumpa kedai makan ni. So far, tempat makan di Langkawi ni aku suggest untuk korang datang.


Desa Permata Ikan Bakar Langkawi

Alamat: No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah
Waktu operasi: Selasa Tutup, Rabu-Ahad (3pm-12am)
No phone: 0195678369



23 فبراير 2024

Hotel Di Mersing Pilihan Penginapan Yang Memukau

Hotel Di Mersing Pilihan Penginapan Yang Memukau

Hotel di Mersing ni korang kena pandai pilih, sebabnya ada hotel yang jauh dari bandar dan ada juga yang dekat dengan kemudahan seperti kedai makan, jeti atau pengangkutan.


Apabila merancang percutian di Mersing, salah satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan adalah penginapan yang selesa dan sesuai. Mersing menawarkan pelbagai pilihan hotel yang sesuai untuk semua jenis pengembara, dari yang mencari kemewahan hingga yang mencari bajet yang mesra.

Baca ini juga: Hotels In Georgetown 

Dalam artikel ini, aku akan mengupas beberapa hotel terbaik di Mersing yang patut dipertimbangkan oleh para pelancong. Korang kena pilih mengikut bajet poket korang. So far, aku suka duduk di OYO sebabnya murah dan selesa.

Ini aku senaraikan beberapa hotel di Mersing yang boleh korang book sebelum datang ke Mersing.

1. Hotel Seri Malaysia Mersing 

Hotel Seri Malaysia Mersing adalah pilihan yang popular di kalangan pelancong yang mencari penginapan yang selesa dan berpatutan untuk menginap hotel di Mersing.

Terletak di pusat bandar Mersing, hotel ini menawarkan bilik-bilik yang luas dan selesa dengan kemudahan asas seperti televisyen, penghawa dingin, dan kemudahan membuat teh/kopi. 

Selain itu, hotel ini juga menawarkan perkhidmatan tambahan seperti kolam renang, restoran, dan tempat letak kereta. 

  • Alamat: Jln Ismail, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor (Hadapan Hospital Mersing)
  • No phone: 07-799 1876
hotel di mersing


2. OYO 702 D View

OYO 702 D View adalah pilihan lain yang baik untuk penginapan yang berpatutan di Mersing. 

Terletak dalam jarak berjalan kaki dari stesen bas Mersing, hotel ini menawarkan bilik-bilik yang bersih dan selesa dengan kemudahan asas seperti penyaman udara, televisyen, dan bilik mandi peribadi. 

Walaupun tidak mempunyai kemudahan-kemudahan mewah seperti hotel-hotel lain, OYO 89369 Seri Malaysia Hotel adalah pilihan yang bagus bagi mereka yang mencari penginapan yang mesra bajet. 

  • Alamat: No. 6 & 7, Jalan Jeti, Bandar Tepian Sungai, 86800 Mersing, Johor
  • No phone: 0388733710

3. Embassy Hotel Mersing 

Bagi mereka yang mencari penginapan yang lebih mewah, Embassy Hotel Mersing adalah pilihan yang sempurna untuk hotel di Mersing.

Terletak di pusat bandar Mersing, hotel ini menawarkan bilik-bilik yang luas dan dilengkapi dengan kemudahan moden seperti televisyen skrin rata, minibar, dan bilik mandi yang dilengkapi dengan kemudahan pancuran hujan. 

Selain itu, hotel ini juga menawarkan perkhidmatan tambahan seperti kolam renang, spa, dan restoran yang menawarkan hidangan tempatan dan antarabangsa. 

  • Alamat: Jln Ismail, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor
  • No Phone: 0147735231

Baca ini: Hotel Untuk Honeymoon

4. Sweet Hotel Mersing 

Sweet Hotel Mersing adalah hotel butik yang menawarkan penginapan yang unik dan menarik di Mersing. 

Terletak di kawasan yang tenang di pinggir bandar, hotel ini menawarkan bilik-bilik yang dilengkapi dengan dekorasi yang menarik dan kemudahan moden seperti televisyen skrin rata dan bilik mandi peribadi. 

Selain itu, hotel ini juga mempunyai kedai kopi yang menyajikan minuman segar dan pastri tempatan. 

  • Alamat: Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor
  • No phone: 077992228
hotel di mersing


5. Mersing Beach Resort 

Mersing Beach Resort adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari penginapan yang terletak berhampiran dengan pantai. 

Terletak hanya beberapa langkah dari pantai, resort ini menawarkan bilik-bilik yang selesa dengan kemudahan seperti balkoni peribadi dengan pemandangan laut, televisyen, dan bilik mandi peribadi. 

Selain itu, resort ini juga menawarkan pelbagai aktiviti seperti menyelam, snorkeling, dan berenang di kolam renang yang besar.

  • Alamat: Air Papan, 86800 Mersing, Johor
  • No phone: 077994545

6. D'Coconut Resort Mersing 

Selain itu, hotel di Mersing yang terakhir ialah D'Coconut Resort Mersing adalah destinasi yang popular di kalangan pengembara yang mencari penginapan yang tenang dan damai. 

Terletak di tepi pantai dengan pemandangan indah ke Laut China Selatan, resort ini menawarkan chalet-chalet yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kipas siling, bilik mandi peribadi, dan balkoni peribadi. 

Selain itu, resort ini juga menawarkan perkhidmatan tambahan seperti aktiviti laut dan restoran yang menyajikan hidangan laut segar. 

  • Alamat: Pulau Besar Mersing
  • No phone: 0342526686

Kesimpulan 

Dengan pelbagai pilihan hotel yang ditawarkan di Mersing, pengembara tidak akan kesulitan untuk mencari penginapan yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka. 

Sama ada mencari penginapan yang selesa dan berpatutan atau mencari pengalaman mewah yang eksklusif, terdapat sesuatu untuk semua orang di Mersing. 

Jadi, apabila merancang percutian anda seterusnya, pastikan untuk menyertakan salah satu daripada hotel-hotel ini dalam senarai anda dan nikmatilah pengalaman yang tidak terlupakan di Mersing. Semoga perkongsian tentang hotel di Mersing ini bermanfaat untuk korang semua.

8 فبراير 2024

Your Guide to The Best Budget Hotels in Georgetown, Penang

Your Guide to The Best Budget Hotels in Georgetown, Penang

Penang's Georgetown, a vibrant blend of history and modernity, is a must-visit destination for travelers on a budget. Fear not, fellow wanderers, because we've rounded up the best budget-friendly hotels in this charming city. Let's dive into the cozy comfort and affordability awaiting you in Georgetown.


1. Red Inn Court

Tucked in the heart of Georgetown, Red Inn Court is a budget traveler’s dream. With its colorful and welcoming atmosphere, this guesthouse offers clean and comfy rooms without burning a hole in your pocket. The helpful staff and central location make it a fantastic base for exploring the city’s cultural gems.

hotels in georgetown

2. Tune Hotel Georgetown

If you're all about getting the basics right without breaking the bank, Tune Hotel Georgetown is your go-to. The no-frills approach doesn't compromise on cleanliness and comfort. Plus, its strategic location means you're just a stone's throw away from Georgetown's iconic street art, lively markets, and delicious street food

3. Hutton Lodge

Nestled in a quiet corner, Hutton Lodge combines affordability with a touch of old-world charm. The heritage-style building and cozy rooms create a warm ambiance, and the friendly staff adds a personal touch to your stay. Stroll around and discover Georgetown's historical sites right from your doorstep.

4. Chulia Mansion

Chulia Mansion, located on the famous Chulia Street, is a budget haven with a touch of boutique flair. The rooftop terrace offers stunning views of the city, making it a great spot to unwind after a day of exploration. Clean and modern rooms ensure a comfortable stay, and the location is perfect for food enthusiasts.

5. Kimberley House

For those seeking simplicity without sacrificing comfort, Kimberley House fits the bill. The straightforward yet cozy rooms provide a peaceful retreat in the heart of Georgetown. The budget-friendly rates allow you to allocate your funds to exploring the city's rich cultural and culinary offerings.

hotels in georgetown

6. Ryokan Muntri Boutique Hostel

For those seeking a fusion of budget travel and cultural experience, Ryokan Muntri Boutique Hostel is the place to be. Set in a beautifully restored heritage building, this hostel offers dormitory-style accommodations with a cozy atmosphere. The communal spaces are perfect for mingling with fellow travelers, and the knowledgeable staff can guide you to Georgetown's hidden gems.

7. Old Penang Hotel - Trang Road

Nestled in the heart of Georgetown, Old Penang Hotel on Trang Road is a budget-friendly gem offering simplicity and convenience. The no-frills rooms are clean and comfortable, providing a fuss-free base for exploring the city's historical landmarks, vibrant street art, and delicious local cuisine. The central location allows you to soak in the energy of the city on a budget, making it one of the top choices for best budget hotel in Georgetown, Penang.

8. Reggae Penang Love Lane Hostel

If you're looking for a budget-friendly stay with a laid-back vibe, Reggae Penang Love Lane Hostel is the place to chill. Situated on the famous Love Lane, this hostel offers affordable dormitory-style accommodations. The colorful and lively atmosphere, coupled with the hostel's commitment to sustainability, makes it a favorite among budget-conscious travelers looking for a fun and eco-friendly stay.

In conclusion, Georgetown, Penang, has a plethora of budget-friendly accommodations that make exploring this vibrant city accessible to all. Whether you're drawn to the colorful charm of Red Inn Court or the simplicity of Kimberley House, rest assured that these affordable options in Georgetown will make your stay both pleasant and pocket-friendly. So, pack your bags, embark on a budget-friendly adventure, and soak in the rich culture of Georgetown without breaking the bank.