Bulan lepas, sempatlah bercuti di Langkawi dan baru hari ni nak tulis entri. Kami masa tu dah buntu dan tak tahu nak makan malam kat mana. Cari kat Tiktok, rupanya ada ikan bakar. Tak lengah dari Cenang terus melaju ke pekan Kuah.
Jauh jugalah kalau naik moto, dalam 25 minit macam tu. Tapi kami okay je, dah nama bercuti jangan rasa penat pulak. Nanti rugilah bercuti, masa bercuti nilah kena betul-betul enjoy.
Kami makan malam di Desa Permata Ikan Bakar Langkawi, gerai no 5&6. Sebelah kedai ni pun kedai ikan bakar juga, cuma kami tak sempat nak mencuba kedai sebelahnya. Kami hanya mencuba kedai Desa Permata.
Masa kami masuk kedai, mata dah melilau ke arah susunan ikan yang dah siap dengan harga. Harga ikan ni dah termasuk dengan masak tau. Jadi lumayan murahlah juga. Ke aku ni jenis bantai je harga murah mahal?
Pelbagai jenis ikan ada seperti Ikan Siakap, Kerapu, Lolong, Talapia, Pari dan sebagainya. Selain itu, ada juga sotong, udang, ketam, kerang, lala dan lain-lain. Macam macam jenis haiwan laut ada.
Ulam-ulaman juga turut tersedia dengan mengikut harga yang ditetapkan. Petai 1 papan RM2, bendi 3 biji RM1 dan macam-macam lagi. Sedap juga pekena ulam-ulaman dengan ikan bakar.
Tetapi, jika korang nak makan makanan panas pun ada disediakan. Dah nama kedai Ikan Bakar, jadi menu ikan bakar lah kami cuba. Katanya sedap dan murah. Harga dah murah jadi mehlah kita order pulak.
Kami order makan untuk 3 orang, Luth ni kadang kami pesan lebih nasi. Luth suka makan nasi kosong, kadang ikut mood dia juga bila makan. So kami order:
- 3 nasi putih - RM6
- Kangkung masak belacan - RM5
- Ikan Siakap Bakar - RM35
- Petai Bakar - RM2
- 3 ekor Temenung goreng - RM9
- 1 Teh o Ais Limau - RM3
- 2 Teh o Ais - RM4
Waktu operasi: Selasa Tutup, Rabu-Ahad (3pm-12am)
Beras mahal, nasi putih pun naik harga sekarang.
ردحذفBerbaloi untuk makan 3 atau 4 orang tu.
ردحذف