Rasanya dah tiga kali repeat makan di restoran Genyit. Bila datang je Kempas mesti teringat makanan kat restoran Genyit.
Bila tekak kena dengan makanan mereka, terus datang tanpa fikir dua kali. Rupanya, Genyit ni area tempat kerja lama aku. Cuma tak perasan je, aku tahu pun setelah 2 tahun berhenti kerja.
Baca ini: Desa Permata Ikan Bakar Langkawi
Rugi eak tahu lambat. Kalau tahu awal, tiap minggu boleh datang. Sekarang ni
nak datang pun dah jauh dah. Bila betul-betul ada keperluan kat bandar JB,
barulah boleh datang ke Genyit.
Inilah port makan best dengan famil. Lepas makan confirm tersandar senak
perut. Sekali makan 4 hingga 5 orang dalam satu dulang dengan harga yang cukup
lumayan murah.
Buat korang yang tak tahu, Genyit ni kedai makan yang makanannya asli dari
Surabaya. Aku sendiri memang tak pernah sampai lagi ke Surabaya dan tak tahu
rasa makanan kat sana macam mana. Tapi mostly makanan Indonesia tak pernah tak
sedap, lagi-lagi Nasi Padang.
Waktu Operasi
Genyit ni beroperasi dari jam 12 tengahari hingga 9.30 malam dan hari selasa cuti ya! Aku pergi masa tu jam 1 petang, memang ramai sungguh pelanggan walaupun kami datang pada waktu bekerja.
Bila dah ramai pelanggan macam ni, tempat duduk pun agak terhad dan alhamdullilah, kami dapat juga tempat duduk yang muat untuk 3 orang di bahagian dalam. Mereka ni juga ada sediakan meja di bahagian luar tapi pada belah petang. Kang letak meja tengahari buta, panas pulak kan.
Menu di Restoran Genyit
Tanpa melengahkan masa, jom aku kongsikan menu yang ada di sini dan menu yang kami makan.
Menu yang aku makan tiap kali datang sini dah semestinya,
"Ayam Siram Cabe Burung".
Gambar di sebelah kiri di atas tu ye. Harganya RM14.90. Tengok gambar je dah
terliur dengan kesedapan menu ni.
Terliurrrrrrrrr!
Menu ni aku suka sebabnya ayamnya yang lembut dan kuah tu kaw-kaw pedas. Confirm jari korang panas bila lepas makan. Dalam pedas tu, berkali kali masuk dalam mulut dan teringat-ingat bila dah habis makan.
Memang sedap! Buat korang yang bukan kaki pedas, jangan makan. Confirm
air segelen takkan cukup. Korang kena rasa dulu baru tahu sedapnya level mana.
Ini bukan food review tau, ni memang aku datang makan kt sini.
Kalau tak sedap, aku takkan datang kali ketiga. Dan mungkin bulan puasa ni pun nak repeat lagi makan kt sini.
Suami dan anakku, Luth, mereka makan "Bawal Genyit" dengan harga RM17.90. Tiada dalam gambar ye menu yang suami makan. Di atas tu, menu makanan set dulang untuk makan 4-5 orang.
Korang boleh pilih sama ada nak makan, SOLO Genyit, Couple Genyit atau Family Genyit. Harga berbeza-beza mengikut saiz makanan ye. Kami tak makan pun set Family Genyit disebabkan aku repat makan ayam siram cabe burung.
Honestly, suami yang tak pernah pernah suka menu macam ni boleh ajak aku "Bila eak repeat Genyit?" So bermakna memang sedap dan kenalah dengan tekak dia.
Akhir Kata
Alamat: 11g, Jln Anggerik Emas 1, Taman Anggerik Emas, 81200 johor, Johor
No hp: 016-371 8186 (Pn Rita) & 016-761 6127 (En Aqim)
Waktu Operasi: Rabu - Isnin (12pm - 9.30pm) Selasa CUTI
Terliur langsuuuung lihatnya 😍😍. Apalagi kakak bilang pedas, makin mantaaap 👍👍
BalasPadamSaya pun baru sekali ke Surabaya, itu juga lewat saja, tak singgah 🤣. Krn memang jauuuh Surabaya ini dari jakarta. Naik mobil 10 jam 🤣, kalo lancar. Kalo macet, ntah lah berapa 😅
Tapi yg pasti makanan khas Surabaya selalunya pedas, mereka suka pedas. Makanya saya cocok tiap makan di restoran Surabaya yg ada di jakarta. Tak heran yg di Malaysia pun pedas juga
Ya! Saya sukakan makanan pedas, tapi setakat ini menu surabaya ni kena dan serasi dengan tekak saya.
PadamKita pun terliur tau tengok. Kalau sedap dan servis bagus memang kita akan repeat datang makan kan. Jauh pula nak ke Kempas. Kita utara Johor nak ke selatan Johor memang jarang sekali sebab jauh. Kot ada ke JB bolehlah cuba.
BalasPadamBetul tu, ni dah bulan puasa, dah booking awal untuk hujung bulan ni. Mengidam punya pasal. Nanti mai JB, boleh cuba.
PadamFuhhh nampak makanan lagi. Mesti kepedasan dia sama macam sambal ayam penyet ya. Sedap tapi kena try sikit dulu cilinya tu.....kalau ok boleh tambah lagi sambalnya.
BalasPadam