Kali ni, nak bawak korang semua makan di Lima Grill Cafe di Kamunting Taiping. Aku pergi kedai makan ni pun sebab suami yang ajak. Dia ternampak review kat tiktok, katanya kedai makan ni sedap.
Masa tu, baru je habis review di Lotuss Taiping, teruslah kami singgah ke Lima Grill cafe ni. Selama ni asyik review kawasan Johor kan, ni dah balik kampung kita tulis pulak artikel makan di kawasan kampung suami.
Baca ini: Genyit Taman Anggerik
Artikel ni bukan paid review ya. Kebetulan, masa tu dah tak tahu nak pegi mana dan kami terus je pegi makan kat kedai ni.
Port Western Best di Kamunting
Untuk kali ini, aku nak kongsikan pengalaman aku makan di sebuah restoran yang terletak dibawah Cikgu Fuad Catering & Service di Kamunting Perak.
Lima Grill Cafe ni port makan western yang paling best dan juga sedap. Beroperasi dari jam 11 pagi - 11 malam dan tutup pada hari isnin. Waktu kami datang, memang ada 1-2 pelanggan sahaja, mungkin belum peak hours masa tu.
Restoran ni mendapat 4.8 points di Google review, tak percaya? Pergi tengok sendiri.
Baca ini juga: Desa Permata Ikan Bakar Langkawi
Menu Yang Dicuba
Walaupun kedai ni western, waktu kami datang kami tak cuba langsung menu western sebabnya tertarik dengan menu Ayam Gepuk Berasap (RM13.90). Kami berdua ni pantang tengok menu pedas, lagi-lagi berkaitan dengan makanan indonesia style.
Ayam Gepuk Berasap kat sini, unik sikit sebab dihidangkan dengan kuah kacang. Macam pelikkan? Aku memang tak sentuh langsung kuah kacang tu, dia jadi macam tak kena bila cicah dengan ayam goreng. Tetapi, ayamnya memang sedap, rangup dan terlerai terus dari tulang.
Menu ni boleh lah kalau nak layan makan, bagi kami biasa aje menunya. Lagi sedap menu di Genyit. Sambal ayam gepuk pedas tapi rasa kosong. Macam tercari-cari sesuatu yang missing. Bila sambal tak sedap, auto ayam gepuk ni jadi tak sedap. Ha gitu! So far, okay je kalau nak makan cuma tak kena dengan selera kami.
Untuk Luth, kami ambil menu kanak-kanak iaitu Mac & Cheese (RM7.90). Pastanya sedap dan kena dengan tekak Luth. Kemain dia kata, "Sedap Ibu". Bagus juga Lima Grill Cafe ni sediakan menu untuk kanak-kanak, walaupun tak banyak tapi memudahkan kami yang ada anak kecil ni.
Mungkin sebab kami dah jumpa yang paling sedap agaknya. Walaupun kedai ni western, kami memang tak rasa langsung menu yang berkaitan dengan western. Korang boleh je cuba menu western disini. Buka setakat western je tau, menu goreng-goreng pun ada.
Bagi kami, harga makanan okay sahaja. Nak kata mahal, tak sangat. Minuman kami amik Teh O Ais (RM2.50). Di sini juga ada menyediakan Combo Lunch dari jam 11 pagi - 4 petang dan combonya lumayan berpatutan harganya.
Akhir Kata
Secara keseluruhan, kami rasa biasa-biasa sahaja makanannya. Mungkin kena perbaiki lagi kesedapan sesuatu menu. Alhamdullilah, servis memang laju, duduk tak lama mana, makanan dah sampai dah.
Mungkin next time kami datang, kami nak cuba pula menu western. So review ni berdasarkan selera kami, mungkin ada yang pernah datang dan berkata sedap. Itu pilihan dan selera masing-masing. Apa-apa pun kami nak datang lagi, nak pekena Lamb Chop pula.
Lima Grill Cafe, Kamunting Taiping
Alamat: 13, Lorong Kenanga, Kampung Jana Sambungan, 34600 Kamunting,
Perak
No telefon: 01126519279
So dia dalam kategori so so, tapi masih boleh makan. Tak ada X factor lah kiranya. Rare gila ayam gepuk dengan sambal kacang. Kita kalau dah makan kat tempat sedap akan rasa perbezaannya.
ردحذفPaling taiping boleh lah cuba nanti... Byk gak kedai2 baru tak cuba lg dekat taiping.. Hihihi
ردحذفSekarang ni memang selalu ulang alik ke Taiping boleh la cuba singgah kat sini nanti. Saya follow sini.
ردحذفSebenarnya sambal kacang itu bukan sesuatu yg rare kalo di Indonesia. Ada beberapa kuliner sini yg memang suka pakai sambal kacang. Tapi tergantung dari sedap tidaknya. Kalo memang sambal kacangnya tak sedap, tak pedas pula, pastilah failed.
ردحذفSaya setuju, menu ayam gepuk atau apalah itu, tergantung sangat dr sambal. Sambal sedap, sedaplah dia 😄. Begitu juga kebalikannya 😁
makanan nampak sedap servis cepat itu bagus tp kualiti makanan kene jaga gak, kalau kureng sdp org pun mls nk try
ردحذفHaaa..Kena Cuba western food la..maybe itu kelebihannya kot..yang lain biasa aje..hehe..
ردحذف