Ikan cencaru sumbat ni boleh dimasak dengan cara bakar atau goreng. Semalam,
suami teringin nak makan cencaru sumbat bakar. Adik buatkan sambal sumbat dan
kami berdua uruskan bahagian membakar.
Biasanya, ikan cencaru ni aku suka belah tengah dan goreng. Itulah menu
terakhir yang mak masak untuk aku tahun lepas. Ikan cencaru ni memang aku tak
suka kalau goreng tak garing. Lagi pun, isinya tebal dan manis.
Jadi, menu iftar pertama tahun ini ialah Ikan Cencaru Sumbat. Nak mudah,
korang boleh je bakar dengan menggunakan pemanggang ajaib. Tapi disebabkan
kerajinan, kami bakar je menggunakan arang. Lagi sedap rasanya.
Menu ni korang boleh je cicah dengan kicap lada atau pun makan dengan
cencalok. Sedap juga rasanya. Boleh je nak cicah dengan pencicah yang kena
dengan selera korang.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat
Kali ni, aku nak share pula resepi menu iftar pertama. Menu ni tak adalah
susah mana, senang je. Cencaru sumbat ni sambalnya kena masak terlebih dahulu.
Bukan apa, nanti bila menggoreng dikhuatiri sambal tersebut tak cukup masak
dan menyebabkan sakit perut.
Pastikan kena masak sambal tersebut sebelum sumbat ke dalam ikan cencaru. Ikan
cencaru pula kena belah tengah tau.
Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan cencaru saiz sederhana
- 1 1/2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 tangkai cili merah besar
- 4-5 biji cili api - lebihkan jika suka pedas
- Sedikit belacan
- Serbuk cukup rasa secukupnya
- Asam jawa secukupnya
- 1 sudu gula
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan di dalam pengisar kecuali asam jawa dan ikan cencaru.
Masukkan sedikit sahaja air supaya blender boleh mengisar. Kisar kasar dan
jika nak lagi sedap boleh ditumbuk dengan lesung batu.
2. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan kisar tadi seketika supanya
sambal sedikit masak.
3. Bila sambal dah sempurna, padamkan api dan sumbat ke dalam ikan.
4. Sediakan pemanggang ajaib dan bakar seperti biasa. Pastikan sentiasa
membalikkan ikan supaya ikan masak dengan sempurna.
5. Angkat dan nikmati ikan cencaru sumbat dengan air asam, cencaru, kicap lada
atau sebagainya.
Tips Ketika Goreng
Aku sediakan juga tips ketika nak menggoreng ikan cencaru sumbat ni, tipsnya
ialah:
1. Minyak bagi banyak biar ikan seekor itu berenang dalam minyak. Jangan
banyak kali kalih-kalih. Boleh balut ikan dengan daun kunyit ikat menggunakan
benang.
2. Bakar dulu menggunakan oven. Kemudian balut dengan daun pisang atau daun
pandan. Bila ikan dah masak, baru buka balutan daun dan goreng di dalam minyak
sekejap sahaja.
3. Tumis sambal sehingga masak sebelum sumbat di dalam ikan.
4. Selepas sumbat sambal sapu telur putih dan goreng. Dengan cara ini sambal
tak akan terkeluar.
Akhir Kata
Selamat mencuba membuat ikan cencaru sumbat bakar. Cara memasak ikan tu,
terserah mengikut selera masing-masing. Kalau aku, lebih suka jika ianya
dibakar. Barulah rasa manisnya isi ikan cencaru tersebut.
lama betul tak buat ikan caru gini...
BalasPadamAntara menu yang popular di bulan puasa. Bakar atau goreng, dua dua sedap. Tak ada masalah kalau goreng garing sebab kulit dia tebal sikit kan.
BalasPadamOk ada idea dah nak masak untuk berbuka di rumah mySIL weekend ni.
BalasPadamMenu ini banyak juga di kampung saya di Sibolga. Tapi beda nama saja kak. Kalo di Sibolga disebut panggang geleng. Tapi bedanya kalo di Sibolga semua tulang dan daging ikan di kerok habis, tulang dibuang. Dagingnya nanti dicampur dengan bumbu dan kentang sampai lumat. Baru dimasukkan kembali ke dalam badan ikan yg sudah tinggal kulit tapi masih ada kepala yaa. Jadi disumbat kembali. Seolah badannya balik semula 😄. Tapi dah tak ada tulang. Baru digoreng.
BalasPadam