Rasanya dah lama dah tak menaip kat blog ni. Ada pun 1-2 artikel sahaja sebulan. Biasanya sebulan tu boleh dapat 15 artikel. Manusia kan. Ada masa bosan dengan satu kerja yang sama. Jadi, nak kena buatlah kerja lain, macam upgrade skill.
Mungkin ada yang tercari kenapa tak update blog?
Aku sendiri akui, aku penat dengan algorithm Google dan Adsense aku yang makin merundum. Dalam masa beberapa bulan ni, memang tak update pun sangat. Dia macam "arghh lantaklah nk jadi apa dengan blog".
Sepanjang 2 tahun aku tak kerja ni, tahun pertama tak kerja Adsense yang banyak membantu. 2 bulan sekali mesti cashout, sekarang ni dah nak 8 bulan dah still 13usd, hahahahah jenuh nak tunggu 100usd tu.
Lepas tu, 2 tahun ni juga memang banyak job Content Creator, tiap tiap bulan tu boleh dapat dalam 1-2 ribu. Ada satu bulan dalam tahun ni, gaji content creator tu cecah 6 ribu sebulan. Jadi aku akhirnya end up dengan kerja content creator.
Rata-rata job blogger semuanya unpaid. Ni pengakuan dari diri sendiri yang dah 14 tahun dengan blogger dan 1 tahun dengan buffet Ramadhan area Johor. Tak dinafikan, job blogger hampir kesemuanya non-paid. Mungkin yang dah biasa tu, okaylah kan.
For me, cukup 1 tahun itu sahaja dan dah tak nak buat job yang tidak berbayar. Penat dan letih nak hadap. Yang rumah dekat dengan bando JB okaylah, yang bekerja tu okaylah lagi nak pergi. Macam aku ni 2 tahun berhenti kerja, mostly yang cover event blogger semuanya menggunakan duit hasil sebagai influencerrrrrrrrrr tu ha.
Dia macam ni makcik, influencer dengan content creator tu beza ya. Blogger, influencer dan content creator adalah satu skop yang berbeza. Blogger ni lebih kepada memerah otak untuk menulis dan berkongsi pengalaman kita sendiri di website kita.
Content creator pula, seorang yang berkecimpung dengan pembuatan video dan memberikan awareness untuk orang diluar sana tentang sesuatu produk. Senang kata, lebih kurang je dengan blogger cuma cara penyampainnya tu berbeza.
Saya akui juga makcik! Saya masih lagi blogger yang sama macam dulu. Cuma mood saya nak menulis ni kadang macam ombak.
Kalau ombak tu tenang je, memang rajin menulis. Kalau ombak tu, kuat sangat itu yang punca asyik nak melepet kat tilam sambil scroll socmed.
Apa pun, dua pekerjaan ni aku suka buat dan pastinya bulan depan nak rajin menulis. Doa-doa kanlah ye. Rugi juga setahun bayar RM50 tapi tak bagi hasil pula blog ni.
Arghhh tiba sangat!
Sekarang ramai jadi CC sebab lebih lumayan pendapatan dan lebih mudah nak dapat idea content. Jadi blogger pun ok je. Mana2 yang boleh tambah income kita pulun 😬
ردحذفSaya menulis di blog jika ada masa. Itu pun entah apa-apa yang dikongsi hihihiii.... Asalkan ada paparan, dan tujuan untuk suka-suka saja.
ردحذف