Kali ni nak bawak korang makan Mee Sizzling di Gerai Pak Habib Sri Lalang,
Mersing. Ini kali kedua Syu makan di kedai ini, ada yang kata kedai ni sedap.
Jadi, aku pun singgah untuk mencuba menu yang ada disini.
Jika korang berada di Mersing, Johor, dan mencari tempat makan yang
sedap Gerai Pak Habib di Sri Lalang adalah destinasi yang tidak boleh
dilepaskan. Dikenali oleh penduduk tempatan dan pelancong sebagai salah satu
gerai makanan yang paling autentik dan memuaskan.
Baca ini: Lima Grill Cafe
Lokasi Dan Waktu Operasi
Gerai Pak Habib Sri Lalang menawarkan pelbagai hidangan yang pasti membuatkan korang
berselera. Lokasinya yang strategik iaitu betul-betul di tepi jalan yang
menjadi laluan orang ke Pantai Air Papan menjadikan gerai ini mendapat
sambutan yang menggalakkan.
Beroperasi dari jam 10.30 pagi sehingga 5 petang, pelanggan yang hadir ke sini
boleh menikmati menu tidak kira masa, termasuklah waktu bersarapan, makan
tengahari, dan juga minum petang.
Suasana di gerai ini cukup sederhana tetapi sangat selesa, dengan meja-meja
yang disusun rapi dan persekitaran yang bersih. Ini menjadikan Gerai Pak Habib Sri Lalang
tempat yang sesuai untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Baca ini juga:
Pantai Air Papan
Oh ya, artikel ini bukan paid review dan ianya hanyalah berdasarkan pengalaman
Syu yang nak makan di kedai ini.
Menu Yang Dicuba
Gerai Pak Habib Sri Lalang terkenal dengan menu yang pelbagai, menawarkan pelbagai jenis
masakan yang kaya dengan rasa dan aroma. Antara hidangan yang menjadi
kegemaran ramai ialah mee sizzling, nasi ayam penyet, mee kari, roti kacang
dan pelbagai jenis yang disediakan segar setiap hari.
Of course bila datang ke Gerai Pak Habib Sri Lalang wajib mencuba menu Mee Sizzling (RM9)!
Sebagai mee sizzling, menu ini sememangnya Syu sangat suka. Pertamanya, Syu
sukakan kuahnya yang tidak terlalu pekat dan kental. Biasanya, kalau mee
sizzling semuanya kuah jenis pekat. Syu tak suka!
Syu lagi sukanya tak beberapa pekat, sebabnya senang nak gaul dengan mee.
Disini, mee sizzling dah termasuk dengan telur dan tiada wang tambahan yang
diperlukan.
Selain itu, kami juga mencuba Bihun Sup Skiru (RM7.50), Roti Kukus Sang Kaya
(RM4.50), Teh Ais (RM3). Untuk Bihun Sup Skiru, Syu rasa tiada apa yang
special. Kuahnya pun sedap sahaja.
Di sini juga terdapat beberapa menu lain yang anda boleh cuba. Contohnya macam
anda datang ramai-ramai, takkan semua akan makan mee sizzling je kan? Ada juga
menu lain seperti Nasi Sizzling, Nasi Ayam Penyet, Laksa Penang, Roti Bakar,
Roti Tampal Sarding Leleh dan sebagainya.
Sebagai peminat Teh Ais, rasanya Syu sangat rekemen untuk korang cuba. Cuma
kalau yang jenis tak suka manis-manis, this is not for you! Boleh cuba
Strawberry Sparkling tu, Syu lupa harganya berapa RM segelas.
Bila datang sini, takkan tak cuba Roti Kukus Sang Kaya (RM4.50)! Syu paling
suka dengan kuahnya, rasa pandan yang segar serta roti kukus dan enak dimakan
semasa panas. Mabeleesssss. Trylah cuba nanti menu yang ada di Gerai Pak Habib Sri Lalang.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Syu sangat sarankan untuk korang datang ke Gerai Pak Habib Sri Lalang Mersing. Ada banyak menu menarik yang anda boleh cuba. Selain itu, ruangan tempat makannya juga sangat selesa.Gerai Pak Habib Sri Lalang
Alamat: Jalan Sheikh Hassan, Kampung Seri Lalang, 86800 Mersing, Johor
Waktu Operasi; Sabtu - Khamis 11am - 5pm, Jumaat Cuti
wah teh ais makan bee hun sup tuh nampak sedap. aduh lapar pulak saya
ردحذفBihun sup tu nampak sedap la dan air sparkling strawberry tu pun nampak sedap.
ردحذفSedapnya semua. Lama tak singgah Mersing, asyik lalu je.
ردحذفNampak sedapnyer
ردحذفSelamat menjamu selera
Catat dulu. Semoga tahun depan saya bisa ke JB. Memang lah Johor nih terkenal dengan banyak kuliner sedap yaa 👍👍
ردحذفWah...tergoda dengan teh tarik tu. Lama dah teringin nak samai Mersing ni tapi tak kesampaian lagi. Mungkin satu hari nanti, bolehlah singgah kat gerai ni.
ردحذفWah, memang terliur betul baca review Syu ni! Mee Sizzling kat Gerai Pak Habib Sri Lalang nampak macam menu wajib cuba kalau ke Mersing. Suka Syu cerita pasal kuah yang tak terlalu pekat, memang best bila senang nak gaul dengan mee. Roti Kukus Sang Kaya pun nampak menggoda, dengan rasa pandan yang fresh, confirm puas hati kan. Nampak macam tempat makan yang simple tapi penuh dengan hidangan sedap. Terima kasih Syu sebab share, nanti kalau ke Mersing mesti singgah sini!
ردحذف