22 Julai 2024

Menikmati Mee Sizzling Di Gerai Pak Habib Sri Lalang Mersing

Kali ni nak bawak korang makan Mee Sizzling di Gerai Pak Habib Sri Lalang, Mersing. Ini kali kedua Syu makan di kedai ini, ada yang kata kedai ni sedap. Jadi, aku pun singgah untuk mencuba  menu yang ada disini.

Jika korang berada di Mersing, Johor, dan mencari tempat makan yang sedap  Gerai Pak Habib di Sri Lalang adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Dikenali oleh penduduk tempatan dan pelancong sebagai salah satu gerai makanan yang paling autentik dan memuaskan.

Baca ini: Lima Grill Cafe

Lokasi Dan Waktu Operasi


Gerai Pak Habib Sri Lalang menawarkan pelbagai hidangan yang pasti membuatkan korang berselera. Lokasinya yang strategik iaitu betul-betul di tepi jalan yang menjadi laluan orang ke Pantai Air Papan menjadikan gerai ini mendapat sambutan yang menggalakkan. 

Beroperasi dari jam 10.30 pagi sehingga 5 petang, pelanggan yang hadir ke sini boleh menikmati menu tidak kira masa, termasuklah waktu bersarapan, makan tengahari, dan juga minum petang.

gerai pak habib sri lalang


Suasana di gerai ini cukup sederhana tetapi sangat selesa, dengan meja-meja yang disusun rapi dan persekitaran yang bersih. Ini menjadikan Gerai Pak Habib Sri Lalang tempat yang sesuai untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Baca ini juga: Pantai Air Papan 

Oh ya, artikel ini bukan paid review dan ianya hanyalah berdasarkan pengalaman Syu yang nak makan di kedai ini. 

Menu Yang Dicuba

Gerai Pak Habib Sri Lalang terkenal dengan menu yang pelbagai, menawarkan pelbagai jenis masakan  yang kaya dengan rasa dan aroma. Antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai ialah mee sizzling, nasi ayam penyet, mee kari, roti kacang dan pelbagai jenis yang disediakan segar setiap hari.

Gerai pak habib sri lalang

Of course bila datang ke Gerai Pak Habib Sri Lalang wajib mencuba menu Mee Sizzling (RM9)! Sebagai mee sizzling, menu ini sememangnya Syu sangat suka. Pertamanya, Syu sukakan kuahnya yang tidak terlalu pekat dan kental. Biasanya, kalau mee sizzling semuanya kuah jenis pekat. Syu tak suka!

Syu lagi sukanya tak beberapa pekat, sebabnya senang nak gaul dengan mee. Disini, mee sizzling dah termasuk dengan telur dan tiada wang tambahan yang diperlukan. 

Selain itu, kami juga mencuba Bihun Sup Skiru (RM7.50), Roti Kukus Sang Kaya (RM4.50), Teh Ais (RM3). Untuk Bihun Sup Skiru, Syu rasa tiada apa yang special. Kuahnya pun sedap sahaja. 

Gerai Pak Habib Sri Lalang


Di sini juga terdapat beberapa menu lain yang anda boleh cuba. Contohnya macam anda datang ramai-ramai, takkan semua akan makan mee sizzling je kan? Ada juga menu lain seperti Nasi Sizzling, Nasi Ayam Penyet, Laksa Penang, Roti Bakar, Roti Tampal Sarding Leleh dan sebagainya.

Sebagai peminat Teh Ais, rasanya Syu sangat rekemen untuk korang cuba. Cuma kalau yang jenis tak suka manis-manis, this is not for you! Boleh cuba Strawberry Sparkling tu, Syu lupa harganya berapa RM segelas.

Bila datang sini, takkan tak cuba Roti Kukus Sang Kaya (RM4.50)! Syu paling suka dengan kuahnya, rasa pandan yang segar serta roti kukus dan enak dimakan semasa panas. Mabeleesssss. Trylah cuba nanti menu yang ada di Gerai Pak Habib Sri Lalang.

Gerai Pak Habib Sri Lalang

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Syu sangat sarankan untuk korang datang ke Gerai Pak Habib Sri Lalang Mersing.  Ada banyak menu menarik yang anda boleh cuba. Selain itu, ruangan tempat makannya juga sangat selesa. 

Gerai Pak Habib Sri Lalang



Alamat: Jalan Sheikh Hassan, Kampung Seri Lalang, 86800 Mersing, Johor

Waktu Operasi; Sabtu - Khamis 11am - 5pm, Jumaat Cuti

7 ulasan:

  1. wah teh ais makan bee hun sup tuh nampak sedap. aduh lapar pulak saya

    BalasPadam
  2. Bihun sup tu nampak sedap la dan air sparkling strawberry tu pun nampak sedap.

    BalasPadam
  3. Sedapnya semua. Lama tak singgah Mersing, asyik lalu je.

    BalasPadam
  4. Nampak sedapnyer
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  5. Catat dulu. Semoga tahun depan saya bisa ke JB. Memang lah Johor nih terkenal dengan banyak kuliner sedap yaa 👍👍

    BalasPadam
  6. Wah...tergoda dengan teh tarik tu. Lama dah teringin nak samai Mersing ni tapi tak kesampaian lagi. Mungkin satu hari nanti, bolehlah singgah kat gerai ni.

    BalasPadam
  7. Wah, memang terliur betul baca review Syu ni! Mee Sizzling kat Gerai Pak Habib Sri Lalang nampak macam menu wajib cuba kalau ke Mersing. Suka Syu cerita pasal kuah yang tak terlalu pekat, memang best bila senang nak gaul dengan mee. Roti Kukus Sang Kaya pun nampak menggoda, dengan rasa pandan yang fresh, confirm puas hati kan. Nampak macam tempat makan yang simple tapi penuh dengan hidangan sedap. Terima kasih Syu sebab share, nanti kalau ke Mersing mesti singgah sini!

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!