Sebut sahaja makanan Thailand mesti kita terbayangkan Tom Yam yang menyengat
dan Som Tam yang lazat. Tapi, korang tahu tak ada 1 restoran Thai yang best di
Johor iaitu Kampung Carabao Puteri Harbour. Syu sendiri pun baru tahu
mereka dah buka 1 lagi cawangan di Puteri Harbour.
Rupanya cawangan kedua ni sudah beroperasi selama 7 bulan. Lokasinya yang
sangat strategik memang mampu menarik ramai pelanggan yang akan hadir. Tempat
ni dah lah famous dengan marina yang indah dan menawarkan pemandangan yang
memukau. Sambil makan tu, bolehlah layan sunset. Best kan?
Kampung Carabao Puteri Harbour
Dari luar pun dah nampak logo besar Kampung Carabao, Syu pun sempatlah
bergambar di monumen restoran ni. Cantik kan? Rupanya, mereka dah tukar
sedikit dekorasi kedai ni, Syu nampak kedai ni lebih kemas, selesa dan yang
pastinya sedap untuk mata memandang.
Syu duduk di bahagian luar sebabnya nak layan sunset, kalau duduk di bahagian
dalam memang tak nampaklah. Masa kami sampai tu, pelanggan tidak ramai lagi
tapi menjelang maghrib, baru Syu perasan meja hampir penuh ya. Terkejut juga.
Bermakna, memang ramai yang suka makan sambil layan sunset. Hehehehe.
Kampung Carabao Puteri Harbour Menu
Bercerita tentang makanan pula, kami memilih makanan yang direcommend oleh
manager Kampung Carabao Puteri Harbour. Tak sampai 15 minit, makanan mula
dihidang. Laju juga servis mereka atau mungkin masa kami hadir tak ramai
pelanggan.
Kami memilih beberapa menu yang menarik. Kami memilih untuk mencuba 3 ikan
siakap yang dimasak dengan masakan yang berbeza. Ikan siakap ni bergantung
pada berat ye, bukan pada kuantiti ikan.
Dari kiri atas,
Ikan Siakap Crispy Salad Fish Thai Style (RM59.00), di
bawah pula, Fried Fish Soya Sauce dan di kanan, Ikan Siakap Fried Fish
Mango.
Syu paling suka dengan Fried Fish Mango (RM59.00). Ikannya di goreng
dengan crispy. Dibawahnya diletakkan sos yang masam manis dan di atasnya ada
Kerabu Mangga yang sangat sedap untuk diratah. Syu paling recommend untuk
mencuba menu ni.
Mungkin kalau ada yang membawa anak kecil, boleh cuba
Ikan Siakap Fried Fish Soya Sauce (RM59.00). Menu ni tidak
pedas dan sangat sesuai untuk anak kecil.Memang sedap kalau nak ratah dan
sambil hirup kuah.
Selain ikan siakap, kami juga mencuba menu
Japan Tokushima Fresh Osyter 2XL (RM88.00) sebesar tu.
Syu tak makan, husband yang tolong makankan sebab Syu ngeri makan yang sebesar
tapak tangan. Nak makan Osyter ni jangan makan gitu je, ko letaklah
accessories yang mereka sediakan. Barulah sedap.
Kalau korang nak jimat, Syu rekemen untuk korang cuba
Carabao Seafood Mix Platter (RM98.00). Dalam 1box besar ni, korang
akan dapat udang, ketam, lala dan jagung. May be next time, kalau Syu datang,
syu nak cuba yang ni pula. Makin bertiga ni, confirm boleh habis tau.
Sambil tu, korang boleh cuba Thai Prawn Cake (RM26.90) dan Coconut Seafood
Otak-Otak (RM28.90). Dua ni yang paling Syu suka ialah Otak-Otak tu. Korang
boleh makan dengan nasi atau nak ratah macam tu pun sedap. Dalam tu penuh
dengan rasa yang mewah. Cubalah try sekali.
Dah nama pergi kedai Thai, macam tak logik kalau tak cuba Tonyam kan? Menu ni
paling wajib korang kena cuba bila datang Kampung Carabao Puteri Harbour.
Sedap kalau nak ratah sambil hirup kuah tomyam ni, tapi Syu lebih prefer untuk
korang cuba menu lain. Sebabnya kalau Tomyam, kita dah selalu sangat makan
kan.
Selain menu-menu di atas, korang juga boleh cuba Curry Leaf Prawn (RM27.90)
dan Butter Prawn (RM27.90). Kalau Syu, lebih suka Butter Prawn sebabnya rasa
menu dia lemak-lemak berkrim gitu. Pulak tu udang tengah fresh lagilah sedap
nak makan.
Macam Som Tam (RM21.90) dan Thai Mango Salad(RM19.80) tu korang boleh makan
dengan nasi atau nak buat ratah pun sedap. Syu lebih prefer makan Kerabu
Mangga tu, sedap dan rasa crunchy! Then, jangan lupa juga untuk mencuba Fried
Omellete Thai Style (RM15.90). Awalnya, macam cendawan tapi telur rupanya.
Last but not least, korang boleh cuba Lala Carabao Style (RM25.80). Menu ni
sedap dan kena dengan tekak Syu. Syu lagi suka ratah gitu je dari makan dengan
nasi. May be kalau datang lagi, Syu nak makan lagi lala ni.
Untuk Fried Sotong (RM21.50) dan Thai Style Crispy Kangkong (RM19.90) ni
rasanya biasa sahaja. Nothing special but if you wanna try, yes you can try
it!
Harga Menu di Restoran Ini
Syu pasti akan ada yang tertanya-tanya tentang harga di Kampung Carabao Puteri
Harbour. Adakah harganya mahal? Anda boleh lihat sendiri harga-harga bagi
setiap makanan yang disediakan di Kampung Carabao Puteri Harbour. Bagi Syu
harganya agak lumayan ehem ehem, tapi sesekali nak makan boleh lah datang ke
sini.
Kalau tiap minggu, botaklah kepala. Lagi pun, yang dah familiar dengan Puteri
Harbour ni, mesti korang tahulah harga restoran belah sana. Kita sendiri pun
tak boleh nak assume semua murah may be bahan mentah yang digunakan mahal,
ataupun sewa disana harganya not bad.
Yang boleh Syu katakan, if sesekali nak makan sini boleh datang. Tapi If you
have you're own budget, you can ask them or manager mereka. Don't be shy k!
Kesimpulan
Untuk itu, Syu sememangnya sangat berpuas hati bilamana dapat makan di Kampung
Carabao Puteri Harbour, sebuah restoran yang cantik dan unik yang dikelilingi
dengan pemandangan marina yang cantik. Suasana makan pula yang tenang ditambah
lagi dengan makanan itu sendiri yang cukup sedap dan sempurna.
Mungkin, Syu akan kembali semula nak mencuba menu yang Syu suka. Hehehehe.
Sekiranya korang ke Puteri harbour, jangan lupa singgah dan cuba makanan
Thailand Autentik di Kampung Carabao.
KAMPUNG CARABAO PUTERI HARBOUR
Alamat: LG09, Lower Ground Floor, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor
Waktu Operasi; Setiap hari 12pm - 11pm
Boleh layari laman web mereka:
3 Comments
cantik restoran nya
Penuh meja tu. meriah betul. Penuh perut nak makan semua tu. hihi
Saya nih memang penyuka Thai foods kak. Jadi dah pasti kalo resto Thailand selalu menarik untuk dicoba 😍😍😍.
Betuuul tuh, Krn Tomyam dah sering makan, biasanya saya malah pengen coba menu lain, yg tak biasa. Ikan goreng dengan kerabu mangga tuh memang terliur dibuat 🤣🤤🤤🤤
Sila tinggalkan comment korang disini!