Pengarah: Jang Jae Hyun
Penulis Skrip: Jang Jae Hyun
Pelakon: Kim Go-Eun, Lee Do-Hyun, Choi Min Sik, Yoo Hae-Jin, Hong Seo-Jun. Jeong Jin-Ki
Genre: Horror / Misteri / Thriller
Jumlah Episod: 2 jam 14 Minit
Dah lama juga Syu tak review filem, jadi hari ni Syu nak review sebuah filem dari Korea iaitu Exhuma. Syu sendiri pun baru sahaja tonton filem ni padahal filem ni dah keluar lama dah.
Sinopsis Exhuma
Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga kaya-raya yang menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat. Keluarga ini telah diganggu dengan kuasa mistik yang sangat jahat, sekiranya dibiarkan ianya akan memberikan ancaman bahaya kepada bayi mereka.
Kemudian, Keluarga Park meminta bantuan sepasang bomoh muda terkenal dari Korea iaitu, Hwa-rim (Kim Go-eun) dan Bong-gil (Lee Do-hyun). Mereka dijanjikan upah yang besar jika berjaya menghentikan ancaman misteri itu.
Hwa-rim dan Bong-gil ini pun memulakan ritual untuk mencari sebab akan kuasa jahat tersebut. Mereka mendapat petunjuk bahawa ancaman tersebut datang dari roh nenek moyang keluarga Park.
Keluarga Park itu diganggu oleh roh nenek moyang mereka sendiri, yang dikenali sebagai Perompak Kubur. Hwa-rim dan Bong-gil kemudiannya meminta bantuan ahli feng shui, Sang-deok (Choi Min-sik), bersama seorang penggali kubur, Yeong-geun (Yoo Hai-jin) bersama-sama melakukan tugas ini.
Namun, mereka terkejut apabila mendapati kubur nenek moyang keluarga tersebut sangat mencurigakan. Ia dikubur di kawasan pergunungan yang terkutuk dan sangat merbahaya jika digali dan ditelusuri lebih jauh.
Apabila diteliti dan disiasat, memang benar ada sesuatu yang tak kena yang mengganggu keluarga ini. Pada awalnya, mereka mensyaki keluarga ini menyimpan rahsia besar, tetapi sebenarnya sebaliknya.
Kalau korang nak tahu apa yang mereka berempat jumpa, korang kena tengok cerita ini!
Ulasan Tentang Filem Ini
Sumpah, Syu rasa sangat puas dengan cerita ini. Cerita ini memang tidak ada "cheap AF jump scare" yang buat orang terjerit-jerit seperti orang sakit jiwa. Sebenarnya, filem ini ditaburkan dengan penceritaan yang sangat bagus dan memukau sekali!
Filem ini juga cuma bermodalkan dan bertemakan unsur seram, misteri, thriller, dan supernatural tetapi mampu membuat kita terduduk untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang isi cerita yang sebenarnya.
Syu boleh katakan ini adalah cerita seram yang menjadi kegemaran Syu untuk tahun 2024! Pengarah seram dari negara seberang seperti Joko Anwar dan Timo Tjahjanto memuji filem ini, dan Timo sendiri rasa amat “cemburu” katanya beliau tak dapat “kebebasan” untuk membikin filem sehebat "EXHUMA" ini.
Betapa hebatnya impak isi cerita "EXHUMA" ini kepada mereka. Dan jujur pada Syu, "EXHUMA" memang lain daripada yang lain. Sangat best!
Nanti Syu nak tengok lagi, sebabnya Syu tak puas dengan kesempurnaan cerita ini. Lakonan dari Kim Go-Eun sebagai bomoh, Lee Do-Hyun sebagai pembantu bomoh, gandingan mereka sangat natural dan sangat berchemistry. Ditambah pula dengan lakonan veteran Choi Min-Sik sebagai ahli Feng Shui dan Yoo Hai-Jin sebagai pembantu ahli Feng Shui yang sememangnya tidak dapat diragukan lagi!
Kesimpulan
Sekali lagi Syu betul-betul terkesima dengan sinematografi dan skor muzik cerita ini yang membuat Syu meremang ketika menonton filem ni. Hopefully, filem ini akan dapat pencalonan di anugerah Amerika pada tahun depan!
Dan diingatkan cerita ini agak "slow burn", jadi tak sesuai untuk yang menunggu hantu sepanjang masa!
Akhir sekali, rating peribadi untuk cerita ini adalah 10/10! Kudos kepada pengarah, penulis, dan anggota kru yang menjayakan filem ini! Tahniah!
Belum selesai2 saya nonton film ini 🤣🤣🤣. Ntahlah kenapa. Tiap nonton, bertahan 10 menit, lalu buka film lain. Nantilah nak selesaikan 😄
BalasPadam