Syu memilih untuk hantar Luth ke Tadika Pasti. Sebelum ni, Syu plan untuk hantar Luth ke Tadika Cina tapi hati berat sangat takut dia tak boleh nak bawa. Lama juga Syu fikir, tadika yang mana sesuai dengan Luth. Suami pula dia tak kisah tadika yang mana, sebabnya masih lagi mampu untuk bayar bulanan.
Entah macam mana, Syu terfikir, "seandainya aku mati, apa yang anak aku bantu untuk aku?". Nak melentur biarlah dari rebungnya, jadi dari kecik lagi kena didik betul-betul lagi lagi bab agama. Syu sendiri pun tak pasti agama aku ni kukuh atau tak, cumanya masih fasa membetulkan tiang agama.
Jadi, Syu pilih Tadika Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam). Dulu pun, Syu dengan adik memang sekolah Pasti cuma entah macam mana tadika ni menyepi seketika. Then, 6-7 tahun lepas barulah perasan ada sekolah Pasti.
Pengalaman Sendiri
Kenapa Pilih Tadika Pasti
Jadi ini sebab, kenapa Syu memilih Tadika PASTI untuk anak Syu:
1. Pendidikan Berteraskan Islam:
Tadika PASTI menekankan pendidikan yang berlandaskan nilai-nilai Islam. Anak-anak diajar doa-doa harian, surah-surah pendek, serta asas-asas solat. Ini membantu membentuk peribadi dan akhlak anak-anak sejak kecil.
2. Pendekatan Holistik:
Tadika PASTI bukan sahaja fokus kepada akademik tetapi juga perkembangan rohani, emosi, dan sosial anak-anak. Mereka diajar adab sopan, hormat-menghormati, dan kasih sayang sesama rakan. Aktiviti-aktiviti ini membantu anak-anak menjadi lebih berdikari dan yakin.
3. Guru yang Berdedikasi:
Guru-guru di Tadika PASTI sangat mesra, penyayang, dan berpengalaman dalam mengendalikan anak-anak kecil. Mereka memahami keperluan dan emosi anak-anak, memastikan setiap anak mendapat perhatian dan kasih sayang yang diperlukan.
4. Persekitaran Selamat dan Bersih:
Tadika PASTI sangat menitikberatkan kebersihan dan keselamatan. Anak-anak diajar tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Langkah-langkah keselamatan yang ketat diambil untuk memastikan anak-anak berada dalam persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pembelajaran.
2 Comments
alhamdulillah... sy pula yg sebak bla luth dah boleh baca alfatihah dgn terjemahan tu🥹🥹
Alhamdulilah....moga jadi anak yang soleh ya...
Sila tinggalkan comment korang disini!