Artikel ini khas untuk korang yang tengah hadap orang yang tak suka dengan korang. Ye, Syu sendiri tengah hadap benda ni. Syu tahu ramai je yang tak suka diri ini, tapi ada aku kesah? Kadang orang yang berumur ni otaknya senteng, padahal dah beranak pinak dan dah bercucu agaknya. Itu pun masih lagi tak boleh nak berfikir dengan matang.
Sebagai sesama manusia, sudah sewajarnya jika manusia memerlukan orang lain untuk membantu dalam memenuhi keperluan sosial. Sama ada dengan cara berkomunikasi atau dengan menjalin hubungan sosial yang baik antara satu sama lain. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa di dunia ini, akan ada orang yang tidak menyukai kita. Setuju?
Walaupun kita mungkin telah berbuat baik selama ini, perkara tersebut masih boleh berlaku kerana adanya perbezaan sifat, pendapat, dan hal-hal lain. Kita sendiri sememangnya tidak dapat memaksa seseorang itu untuk menyukai kita.
Namun, kita juga tidak boleh terkesan dalam kekecewaan dan kesedihan kerana ada orang yang tidak menyukai kita. Jadi, dalam artikel ini, Syu ajar korang untuk hadap dengan manusia begini.
Cara Menghadapi Orang Yang Tidak Suka Kita
Perlu kita fahami bahawa di dunia ini pasti akan ada yang dinamakan haters. Tidak kira sebaik mana sifat dan perilaku kita, akan tetap ada orang yang tidak suka atau bahkan membenci kita. Mereka akan tetap hadir dan muncul di sekitar kita. Mungkin di persekitaran sekolah, rumah, media sosial, tempat kerja, dan sebagainya.
Haters memang sudah menjadi sebahagian yang tidak terpisahkan dalam masyarakat. Kita tidak boleh terus-menerus menghabiskan masa kita hanya untuk mendengar celoteh mereka yang sebenarnya tidak berguna. Jadi, agar kita dapat menghadapinya dengan tenang, berikut adalah cara untuk menghadapi orang yang tidak suka kita dengan elegan.
1. Abaikan sahaja
Ini adalah salah satu tindakan yang mungkin dapat membuat hidup kita lebih tenang. Apabila ada orang yang membenci kita, cara untuk menghadapinya adalah dengan mengabaikan orang tersebut. Tidak ada gunanya kita mendengar kata-kata mereka yang tidak akan pernah ada akhirnya.
Namanya juga orang benci, pasti akan selalu ada kesalahan kita yang mereka cari dan digunakan untuk merendahkan kita. Apa pun cara mereka gunakan, matlamatnya adalah untuk membuat kita merasa terpuruk dan tidak berguna. Jika kita terus menanggapi orang yang membenci kita, percayalah kita hanya akan mengalami sakit hati.
Mengabaikan seseorang yang membenci kita adalah salah satu cara yang cukup berkesan untuk membuat mereka berhenti menyebarkan kebencian. Daripada kita terbawa oleh tenaga negatif yang mereka bawa, lebih baik kita menghindar sahaja. Lebih baik lagi, kita sebarkan tenaga positif dan hal-hal yang bermanfaat kepada orang sekeliling kita.
2. Jangan berdendam dan membalas kebencian
Ucapan yang dilontarkan oleh seseorang yang membenci kita memang kadangkala sangat menyakitkan. Bahkan ada yang lebih tajam daripada mata pisau, begitu menyakitkan hingga kita merasa begitu sedih dan sering kali membuat hati menjadi semakin panas.
Mungkin hal tersebut membuat kita ingin mengutuk mereka dan marah-marah di hadapan mereka, atau bahkan berkelahi dengan mereka. Memang menyakitkan, tetapi walaupun begitu, kita harus tetap bertenang.
Jangan sekali-kali membalas perbuatan orang yang membenci kita dengan cara membenci mereka juga. Itu tidak akan menyelesaikan masalah. Malah sebaliknya, hal tersebut akan memperkeruhkan keadaan. Selain itu, elakkan untuk menyimpan rasa dendam.
3. Buktikan yang mereka itu salah
Cara terbaik seterusnya yang boleh kita gunakan adalah dengan membuktikan bahawa tuduhan para haters itu salah. Kita tidak perlu menjelaskan apa-apa, tetapi cubalah buktikan secara langsung melalui tindakan.
Buktikan bahawa apa yang dikatakan oleh haters itu salah. Misalnya, jika kita dituduh sebagai seorang yang angkuh, sombong, dan jahat, maka cara untuk menghadapinya adalah dengan bersikap baik, ramah, dan lain-lain. Tunjukkan kepada orang-orang bahawa kita adalah orang yang baik dan sopan.
Tidak perlu melakukan apa-apa. Cukup bersikap seperti biasa yang mencerminkan diri kita sendiri. Dengan begitu, nanti orang-orang akan dapat menilai siapa yang sebenarnya bersalah, adakah kita atau orang yang membenci kita? Jika diri kita memang baik, maka orang lain juga akan menganggapnya begitu.
4. Jika sudah melebih, lagi baik bertindak
Cara seterusnya, jika orang yang membenci kita sudah melampaui batas, maka kita boleh bertindak dengan tegas untuk menghentikan perkara-perkara yang merugikan. Contohnya, jika kita difitnah melakukan sesuatu yang sebenarnya tidak pernah kita lakukan, dan fitnah tersebut diulang berkali-kali sehingga mengganggu kehidupan harian kita.
Jika keadaan sudah sampai ke tahap itu, maka kita harus bertindak dengan tegas. Caranya boleh dengan meminta bantuan orang lain yang boleh membantu dan menolong kita dalam masalah tersebut.
Kadangkala, haters perlu ditindak dengan tegas supaya mereka tidak terus-menerus menjatuhkan maruah kita. Sekurang-kurangnya dengan cara tersebut, mereka akan lebih berhati-hati dan merasa takut jika ingin mengganggu kita.
5. Belajar untuk menjauhkan diri
Syu di fasa no 5 ni, cara menghadapi orang yang tidak suka kita adalah dengan menjauhi mereka. Perlu diingat bahawa menjauh bukan bermaksud mengelak atau tidak berani menyelesaikan masalah tersebut. Namun, kita hanya perlu memilih untuk tidak terlibat dengan orang-orang yang mempunyai tenaga negatif.
Tidak perlu merasa takut dengan mereka jika kita sudah yakin bahawa kita telah melakukan perkara yang betul dan tidak merugikan orang lain. Hidup di kalangan orang yang membenci kita tidak akan pernah mendatangkan manfaat. Malah, perkara itu hanya akan membuat kita selalu merasa sakit hati.
Sebab tu sekarang, Syu rasa dia tu dah red flag sangat, Syu jauhkan diri dari dia dan block je segala social media atau nombor whatsapp dia. Tak perlu nak semakkan kepala dengan orang yang tak suka kita ni.
6. Fokus dengan diri sendiri
Teruskan berjalan dan jangan berhenti. Orang yang tidak suka kita akan sentiasa ada dan ianya wujud. Apa yang boleh kita buat, fokus dengan diri sendiri. "Haters gonna be haters".
Lebih baik kita fokus pada diri sendiri sahaja. Fokus bekerja, belajar, beribadah, dan menggembirakan orang-orang yang menyayangi kita. Jangan sampai kita terfokus pada kata-kata orang yang membenci kita. Teruslah maju untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan damai.
Kesimpulan
Kesimpulannya, cara menghadapi orang yang tidak suka kita adalah dengan tetap tenang dan fokus pada diri sendiri. Jangan terpengaruh oleh kata-kata negatif atau tindakan mereka. Abaikan mereka jika perlu, dan buktikan dengan tindakan bahawa tuduhan mereka salah.
Sentiasa bersikap positif dan hindari perasaan dendam, kerana dendam hanya akan merosakkan diri sendiri. Jika keadaan memerlukan, bertindaklah dengan tegas untuk melindungi maruah dan kesejahteraan diri.
Akhir sekali, fokuslah pada perkara-perkara yang memberi manfaat kepada kehidupan kita dan orang-orang yang menyayangi kita, agar kita dapat hidup dengan lebih baik dan damai.
Agree. Walopun terkadang kenyataan nya susah dilakukan. Saya nih kagum dengan banyak artis atau orang terkenal lainnya yg punya banyak haters. Sanggub mereka menahan diri dari tulisan2 kebencian yg kdg ditulis di media sosial mereka.
BalasPadamKalo saya rasanya tak kuat 😅🤣.
Ketemu orang yg benci, dah laah block saja. Tak payah masukkan dlm circle kita