19 Ogos 2024

Memang Sibuk Dengan Job Review Dan Affiliate TikTok

Memang blog ni nampak terabai dan jarang sangat nak update. Update tu pun hanyalah entri lama sahaja, nak menulis entri baru pun agak malas. Kiranya tahun ni, Alhamdullilah syukur, rezeki banyak datang melalui social media.


Sebulan tu kadang lebih dari gaji supervisor. Sebab tu, Syu memang sibuk dengan job review dan affiliate tiktok. Kita bukan orang senang, suami pula kerja biasa-biasa sahaja. Untuk hilangkan bosan dirumah ni, baiklah Syu tambah pendapatan dengan buat job online.


Tahun ni juga, Syu ambil paid review sahaja. Al maklum, semuanya berbayar wak. Eveything not free in this world, nak berak pun kena bayar. Internet pun kena beli, editing capcut dan canva tu semuanya berbayar. Blog ni pun berbayar domainnya.


Affiliate TikTok


Lagilah sekarang, domain makin naik. Sayang kalau tak buat duit dengan betul. Kita ni bukannya orang kaya yang boleh kesana sini dengan modalkan air liur. Dah duduk jauh dari bandar JB ni, memang kena berkira-kira semuanya.

Sebab tu, segala jenis buffet review hotel memang Syu tolak awal-awal. Memang win-win tapi ongkosnya agak expensive untuk kesana. Kalau ada press release tu, Syu up sahaja. Kalau tak ada, ya tak apa. Banyak lagi kerja nak buat.

Affiliate Tiktok pula, hari hari ada je duit komisen. Agak sayang kalau diabaikan begitu sahaja. Sehari RM20 siapa nak bagi? Kalau 30 hari dah berapa dah duit. Sebab tu, Syu kata semuanya kena berkira-kira. Ambil je mana-mana peluang yang boleh menghasilkan duit.

Mungkin ada surirumah yang tak kisah dengan duit, itu hal dialah. Ku tak nak kisah dengan hal orang lain. Sekarang, selagi kita boleh hasilkan duit, baik hasilkan. Kalau dah melebih sangat, Syu block je semua. Tak sakit kepala nak fikir.

Orang kalau tak biasa hidup susah, janganlah sembang pernah susah! Sebab tu pepatah inggeris mengatakan "Put yourself in someone's shoes" Rasa kesusahan orang tu macam mana. Orang yang sembang macam gini, memang Syu bagi red flag terus.

Affiliate TikTok

Bila ada yang cakap kenapa tak accept ke non-paid review dan kena travelling Mersing ke bandar Johor?

Kecik besar kecik besar je Syu pandang orang begini. Entahlah dia duduk planet mana. Hahaha. Mungkin petrol tu pakai isi dengan air agaknya. Waze sendirilah berapa jauhnya perjalanan Syu kalau event tu non paid.

Client yang dah biasa deal job review, dia akan faham dengan rate yang Syu bagi. Kalau RM50 tu, tak apalah tak pegi. Hehehehe

Maaflah ya, sekarang lebih pentingkan duit dari perasaan orang. Kadang orang ni bukan nak faham perasaan kita, kadang dalam 1 group tu, dikutuk-kutuknya kita. Depan baik, belakang walluhalam.

Sebab tu sekarang, lagi baik fokus dengan buat job review dan affiliate sahaja. Kalau ko rasa Syu hamak duit, Yes! Saya hamak duit, sebab ko bukannya boleh bagi aku duit dan menghasilkan duit. Hahahaha. Makcik, zaman sekarang tak ada duit tak makan, kalau ada kawan baik atau pun geng sebulu, belum tentu dia tahu kita makan atau kita tak ada duit.

Apa-apa pun, sekarang ni teruskan membuat duit dan abaikan sahaja makcik pakcik bawang. Ayuhlah mencari rezeki!


9 ulasan:

  1. Zaman sekarang semua perlukan duit. Cie pun buat part time biz walaupun dah ada gaji tetap kerja tetap nak jugak tambah side income.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...moga terus dimurahkan rezeki...aamiin

    BalasPadam
  3. masih ada ke unpaid review zaman ni skrg dgn affiliate shopee and tiktok skrg ni? kena pulak travel adehh ~ focus je side hustle sis. fighting!

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih ada lagi yang unpaid, penah jumpa 1 video RM10 sahaja..

      Padam
  4. Sy edit video guna capcut edit video aktiviti kanak kanak

    BalasPadam
  5. Setujuuuu kak syu 👍👍👍. Hari gini, siapa yg tak butuh duit kan 😅. Jadi kalo nak cakap sesuatu yg dia tak paham, better tak usah kita layan. Tunggu sampai dia merasakan yg sama 🤭.

    Lebih baik kita fokus dengan diri sendiri, dan target yg nak dicapai.

    BalasPadam
  6. Semoga dimurahkan rezeki selalu buat syu... sy baru bermula dgn tiktok ... belum lgi plan nak fokus buat konten dgn tiktok... Walaupun income tak mcm dulu dan hidup skrg lgi struggle.. nak fokus dgn diri sendiri ja skrg... masi menulis blog mcm dulu walaupun income dah ciput huhu... Apapun buat yg struggle semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki yg melimpah ruah...

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!