29 Ogos 2024

Scaling Gigi Klinik Kerajaan Elak Gigi Berkarat

Scaling gigi ni Syu terakhir kali buat pada tahun lepas, hampir setahun juga. Hari ni, berkesempatan untuk buat scaling dan bawa Abah untuk cabut gigi dia. Abah dah menahan sakit gigi hampir 3 hari, jadi Syu bawa abah pergi sekali.


Nak pergi klinik swasta pun beratus ringgit juga, jadi bila ada kemudahan di klinik kerajaan, baik kita gunakan dengan baik. Lagi pun, di kawasan Syu ni memang tak ramai orang. 30 minit dah siap untuk settle masalah gigi kami dua beranak ni.


Lepas siap mengeteh semua, terus ajak abah pergi Klinik Pergigian Mersing. Syu buat temujanji online melalui MySejahtera, rupanya bila Syu sampai klinik, mereka kata dah tak perlu nak buat temujanji online, walk in pun boleh.


Scaling Gigi Klinik Kerajaan


Pendaftaran Syu cuma bayar RM1 sahaja, Abah dikecualikan sebab sudah warga emas. Untuk bayaran, kena pakai kad bank, tapi kad bank pula problem tak boleh nak touch dan guna password. Syu bayar je cash RM1.


Tak panas punggung, no giliran kami berdua pun dipanggil, eh cepat rupanya! Doktor check gigi, semuanya okay cuma next time kena datang untuk tampal gigi. Scaling  ni pun tak sampai 15 minit pun eh dah settle semua dah.

Apa Itu Scaling Gigi

Scaling gigi adalah prosedur penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Ia membantu menghilangkan plak dan karang gigi yang boleh menyebabkan pelbagai masalah gigi dan gusi. Plak adalah lapisan melekit yang terbentuk pada gigi dan jika tidak dibersihkan ia akan mengeras dan menjadi karang gigi.

Karang gigi ini tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut seperti gingivitis dan periodontitis. Itu yang kita disarankan untuk membuat scaling gigi.

Proses Scaling

Scaling biasanya dilakukan menggunakan alat ultrasonik yang mengeluarkan getaran untuk memecahkan karang gigi, diikuti dengan penggunaan alat tangan untuk membersihkan sisa-sisa yang tertinggal. 

Proses ini juga melibatkan penggilapan gigi untuk menghilangkan kotoran dan membuat permukaan gigi lebih licin, yang membantu mencegah pembentukan plak baru.

Bila Perlu Scaling Gigi?

Walaupun kekerapan scaling bergantung kepada keadaan kesihatan mulut individu, disarankan untuk melakukan scaling sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan. Bagi mereka yang mempunyai masalah gusi atau penumpukan karang yang berlebihan, scaling mungkin diperlukan lebih kerap.

Scaling Gigi Klinik Kerajaan

Kelebihan Menggilap Gigi

Berikut adalah ringkasan tentang kelebihan scaling, risiko yang mungkin timbul, serta pengalaman yang mungkin dirasai semasa prosedur:

1. Mencegah Penyakit Gusi 

Scaling gigi membantu mencegah pembentukan karang gigi yang boleh menyebabkan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis, yang merupakan penyebab utama keguguran gigi pada orang dewasa.

2. Menghilangkan Noda dan Mencerahkan Senyuman 

Prosedur ini juga dapat menghilangkan noda pada gigi akibat pengambilan makanan, minuman tertentu, atau penggunaan tembakau, yang dapat memperbaiki penampilan dan meningkatkan keyakinan diri.

3. Mengurangkan Bau Mulut 

Scaling gigi membersihkan bakteria dan sisa makanan yang terperangkap, yang merupakan punca utama bau mulut, sekali gus membantu anda mendapatkan nafas yang lebih segar.

Risiko Menggilap Gigi


Walaupun scaling gigi umumnya aman, ada beberapa risiko kecil yang mungkin berlaku:

  • Gusi Berdarah: Gusi mungkin berdarah sedikit semasa atau selepas prosedur.
  • Bengkak pada Gusi: Beberapa individu mungkin mengalami pembengkakan pada gusi setelah scaling.
  • Kelembutan atau Pedih pada Gusi: Sensitiviti pada gusi atau gigi mungkin dirasai sejurus selepas scaling, namun ia biasanya bersifat sementara.


Scaling: Sakit atau Tidak?

Alhamdullilah, setakat ni tak ada rasa sakit sangat. Nyilu tu ya sebab alat tu terkena di kawasan gusi. Memang nyuli, tapi lepas tu gigi rasa bersih sangat. Mungkin ada sesetengah yang rasa sakit, tapi bagi Syu tak sakit langsung. 

Kalau rasa sakit, terus je bagi tahu doktor. Nanti doktor berhenti, mungkin mereka akan menggunakan teknik yang berbeza untuk mengurangkan rasa sakit tu. Apa yang pasti, kekal tenang dan bernafas dengan betul bagi membantu proses scaling berjalan dengan lancar.


Harga Scaling Gigi  Klinik Kerajaan


Di klinik kerajaan, harga untuk scaling  adalah sangat berpatutan. Kos untuk prosedur ini hanya RM2, ditambah dengan yuran pendaftaran sebanyak RM1. Syu cuma bayar RM2 untuk Scaling Gigi dan pendaftaran RM1, manakala Abah, pendaftaran tidak dikenakan bayaran cuma cabut gigi sahaja dikenakan sebanyak RM1.

Ini menjadikan scaling  di klinik kerajaan sebagai pilihan yang sangat terjangkau, terutama bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pergigian tanpa membebankan kewangan mereka. Kerajaan menanggung sebahagian besar kos perubatan, menjadikan perkhidmatan ini mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.


Scaling Gigi Klinik Kerajaan

Harga Scaling Gigi di Klinik Swasta


Harga scaling di klinik swasta lebih tinggi berbanding di klinik kerajaan dan boleh berbeza-beza berdasarkan beberapa faktor seperti lokasi klinik dan keadaan gigi pesakit. Berikut adalah julat harga scaling  di beberapa lokasi.

Harga scaling  di Kuala Lumpur biasanya berkisar antara RM80 hingga RM200. Beberapa klinik swasta terkenal di kawasan ini termasuk, Klinik Pergigian Drsmile, Klinik Pergigian Fauziah dan Klinik Pergigian Happy Dental
  
Klinik-klinik ini menawarkan perkhidmatan berkualiti dengan harga yang kompetitif, bergantung kepada keperluan individu pesakit. Di Selangor, harga scaling berkisar antara RM85 hingga RM200. 
  
Walaupun harga di klinik swasta mungkin lebih tinggi, pesakit sering kali memilihnya kerana fleksibiliti waktu janji temu, pendekatan peribadi, dan persekitaran yang lebih selesa.


Kesimpulan

Scaling gigi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Selain mencegah penyakit gusi, ia juga membantu memastikan gigi korang sentiasa bersih, sihat, dan kuat. 

Dengan melakukan scaling secara berkala, korang boleh menikmati senyuman yang lebih cerah dan mengurangkan risiko masalah kesihatan mulut di masa hadapan.




4 ulasan:

  1. last ammi buat scaling tahun 2022 tak silap. tp beratus gak bayar. ntah bila nak nyinggah ke klinik gigi ntah..antara klinik yg paling ammi takut nak pergi

    BalasPadam
  2. Murah dan berbaloi sangat scaling di klinik kerajaan. Tapi itulah nak kena pergi waktu hari bekerja. Weekend memang tak dapatlah kan. Last scaling Mei haritu.

    BalasPadam
  3. Ya laah kalo rumah sakit pemerintah pastinya memang lebih murah. Kalo di sini, scaling dan cabut gigi atau beberapa perawatan gigi yg memakai kartu BPJS (kartu berobat yg iurannya dibayar tiap bulan oleh company / personal) biaya perawatan JD gratis. Tapiii susah memang nak daftar Krn penuh 🤣. Mau tak mau saya pakai insurance dari company kalo nak cepat . Tidak bayar selagi tidak melebihi limit.

    Dah lama pula tak scaling. JD teringin scaling juga. 😄

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!