Selamat Hari Merdeka yang ke 67 untuk semua rakyat Malaysia. Apa plan korang semua? Malam tadi lepas sahaja isyak, kami terus ke Dataran Monumen untuk menyambut ambang merdeka. Alhamdullilah, rezeki rumah dekat dengan bandar Mersing.
Kami datang awal supaya dapat tempat di hadapan pentas. Hari tu, terlepas nak tengok persembahan Zamani Slam. Jadi, malam ni kena lah tengok persembahan Tomok dan Muna Shahira. Ramai betul orang, sampai berhimpit kami di dataran.
Lagi pun, memang nak bagi Luth tengok bunga api. Setahun sekali je dapat tengok, malam tahun baru memang tak ada bunga api, nak tengok kena tunggu malam merdeka.
Abah Luth kebetulan cuti umum, kami pergilah tiga beranak. Memang tak beli makanan, sebab kami dah siap makan dari rumah. Lagi pun, harga makanan dengan situ, mahal yang amat!
Sangat meriah tau malam tadi,, kami balik jam 1 pagi. Jenuh balik lewat tapi untungnya rumah dekat tak sampai 5 minit dah sampai rumah.
Pagi ni pula, siap-siap kemas barang terus berkelah di Pantai Air Papan. Jam 8.30 pagi kami dah bergerak dari rumah, pusing mencari tempat. MashaAllah penuh dan berlapis dengan kereta. Terpaksalah kami mencari port dekat-dekat dengan gunung.
Dah setting semua, terus cepat-cepat bakar ayam. Risau ayam busuk aje kalau dibiar lama. Sambil menunggu adik beradik sampai, Syu dengan suami mandi manda dulu. Sebelum matahari terpacak, baik kita mandi dulu.
Cuti umum macam ni, memang penuh orang sampailah petang. Jam 3 petang tadi balik, itu pun disebabkan hujan, kalau tak hujan, memang jam 5-6 petang baru kami balik.
Bukan apa, dah alang-alang cuti umum. Kita gunakan sebaiknya. Hehehehe.
Apa-apa pun, Syu nak ucapkan Selamat Hari Merdeka untuk semua rakyat Malaysia!
1 Comments
Uwaaah ramaaaai nyaaaa saat kemerdekaan kemarin ya kak 😍😍. Sampai ada panggung pertunjukan . Sayang saya lagi tak di Malaysia . Nanti kapan2 kesana lagi saat akhir Agustus lah, nak juga rasa kemeriahan di sana 😄
Sila tinggalkan comment korang disini!