Minggu lepas, Syu balik kampung di Kuala Kurau Perak. Banyak juga draft nak
siapkan, lama kan dah tak menulis. Artikel 2-3 hari ni mungkin yang
santai-santai sahaja, bukan SEO entry.
Kampung suami Syu ni memang sangat dekat dengan Pantai Ban Pecah. Kalau naik
motor tu, tak sampai 10 minit pun. Betul-betul dekat dengan rumah mertua. Nak
jadikan cerita, masa balik kampung tu, Luth tak sihat 3 hari, hari ke empat
barulah dia sihat sikit.
Kesian pulak, asyik berkurung dalam rumah. Itu yang bawa Luth jalan-jalan ke
Pantai Ban Pecah. Luth ni pantang sihat dan nampak laut, mulalah dia nak mandi
laut. Luth ni jenis pula suka pergi kawasan dalam, gigi-gigi air dia tak nak
mandi.
Kebetulan pula, kawasan situ memang dalam, tak berani nak lepas dia sorang
mandi situ. Kang tak pasal jadi kes lain pula, kan? Lagi pun, kami berdua tak
mandi, kalau mandi bolehlah kami berdua pantau. Itu yang kena marah dengan
abahnya, terus merajuk tak nak mandi.
Kami sampai pun dah jam 6.20 petang, lepas nampak je Van Ais Kepal Ban Pecah, tak lengah terus Syu beratur. Dahlah, kena beratur panjang ye. Sebenarnya, ais kepal ni dah lama viral, masa hari Raya ada je Syu beli. Cuma baru kali ni, nak menulis dalam blog.
Gambar atas ni menu Ais Kepal Ban Pecah, ada lebih dari 10 jenis. Rambang mata
nak pilih tau. Durian ais kepal pun ada, cuma Syu tak pilihlah menu tersebut.
Takut tak kena selera dah jadi 1 pembaziran.
Masa yang diambil utk siapkan menu Syu ni around 20 minit, sebelum ni sampai
40 minit ya nak siapkan. Punyalah ramai, untung masa Syu datang ni orang dalam
10 orang je yang beratur.
Syu nak pesan siap-siap, siapa yang boleh tunggu, silakan tunggu. Kalau tak boleh tunggu, jangan beratur. Banyak lagi makanan lain yang boleh korang cuba. Cuma yang ramainya di Ais Kepal ni sahaja.
Syu nak pesan siap-siap, siapa yang boleh tunggu, silakan tunggu. Kalau tak boleh tunggu, jangan beratur. Banyak lagi makanan lain yang boleh korang cuba. Cuma yang ramainya di Ais Kepal ni sahaja.
Actually, Ais Kepal ni makanan yang berasaskan air kisar yang dicampur dengan
pelbagai perisa seperti buah-buahan segar, coklat, green tea dan lain-lain.
Macam ABC tapi yang ni, aisnya dikepal dan dimasukkan ke dalam bekas, lalu
dituangkan dengan perisa dan dihiasi dengan buah-buahan segar.
Syu ingat lagi time PKP, bukan main viral lagi Ais Kepal Milo. Sana sini dok
bercerita dengan menu ni. Cuma sekarang, dah beredarnya waktu, jadi ais kepal
ni divariasikan lagi dengan pilihan-pilihan perisa yang sedap dan
menarik.
Kami mencuba Mango Mix Strawberry RM11 dan Grape RM10. Sebelum ni dah
rasa flavour lain, jadi kali ni kami cuba flavour yang lain pula. Nak tengok
juga, sama tak rasa macam sebelum ni.
Bagi Syu harga tu setimpal dengan ais kepal yang kami dapat. Buah-buahan dalam
ais kepal tu semuanya segar-segar. Tak ada yang lembik atau masam, memang
nampak ada sorang pekerja potong terus buah-buahan yang elok untuk dihiasi
pada ais kepal.
Semua ais kepal akan dapat 1 scope aiskrim, padanlah dengan harga. Buah pun
banyak, sedap dan rangup pula tu. Sedaplah, boleh repeat flavour lain bila
balik kampung nanti.
Cuma tulah, bila dah viral ni, jadi lemah nak beratur. Tiber! Untuk yang jenis sabar, boleh tunggu dan beratur, kalau jenis tak sabar tu, jangan beli ya. Dah alang-alang berjalan ke Ban Pecah, jangan lupa singgah di Ais Kepal Ban Pecah ya.
Cuma tulah, bila dah viral ni, jadi lemah nak beratur. Tiber! Untuk yang jenis sabar, boleh tunggu dan beratur, kalau jenis tak sabar tu, jangan beli ya. Dah alang-alang berjalan ke Ban Pecah, jangan lupa singgah di Ais Kepal Ban Pecah ya.
Ais Kepal Ban Pecah
📍Pantai Ban Pecah 34350 Kuala Kurau Perak
Waktu Operasi : 4pm - 7.30pm Rabu & Khamis Cuti
Biasa benda viral ni semua orang nak mencuba tu yang jadi ramai orang membeli.
BalasPadamAla-ala Mykori tak? huhuhu
BalasPadamNampak sedaaaap es kepal yg ini kak. Apalagi pakai buah ❤️😍😍😍. Saya ingat dulu es kepal Milo viral juga sampai jakarta 😄😄. Saya pun teringin nak coba. Untung dekat rumah ada yg jual. Yang penting dah pernah rasa kan ☺️👍
BalasPadam