Bulan 5 yang lalu, Syu terkejut bila terbaca tentang kes rumah meletup akibat gas bocor. Kat rumah pun boleh berlakunya kemalangan. Lagilah, kita ni ibu rumah tangga, 24 jam dirumah memang takut bila kes macam tu berlaku.
Tugas kita ni sebagai ibu dan suri rumah, memanglah sangat terdedah dengan risiko kemalangan. Kadang, waktu nak ambil anak sekolah pun boleh excident. Kat rumah pula, tengah masak, terkena minyak panas. Risiko juga bila jadi suri rumah.
Cuma, Syu terfikir juga, suri rumah ni ada ke insurans yang boleh cover masalah kemalangan sewaktu buat kerja rumah? Bukan apa, dulu kalau di tempat kerja, kita ni dicover dengan PERKESO sekiranya terjadi kemalangan yang tak diingini.
Bila jadi suri rumah, ada ke insurans yang cover kita ni?
Jadi, pernah tak ibu ibu di luar sana, fikir apa yang Syu fikir?
Apa jua sekali pun pekerjaan, nyawa adalah penting dan safety first. Lepas tu, Syu googlelah info tentang insurans yang boleh cover masalah Syu tu. Rupanya!
Ada ya! Dibawah PERKESO rupanya, lah selama ni Syu tak tahu pun. 2 tahun jadi suri rumah, memang tak tahu apa-apa info yang berkaitan dengan PERKESO. Kalau dulu bekerja, memang Syu ambil berat, tapi sejak jadi orang rumah ni, malas nak kisah sangat.
Tapi sejak kes gas meletup tu, terus rasa macam 'Aku kena cover dengan insurans ni'. Jadi, meh sini Syu nak bagi tahu dengan korang tentang skim yang PERKESO perkenalkan untuk suri rumah.
Boleh teruskan membaca.
Apa Itu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah?
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) adalah satu inisiatif di bawah kendalian PERKESO yang dilancarkan untuk menyediakan perlindungan sosial kepada surirumah di Malaysia. Skim ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah.
Jadi, skim ini diperkenalkan untuk memastikan suri rumah perlindungan dengan sebarang bahaya, sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan semasa mereka menjalankan kerja - kerja rumah.
Bukan apa, statistik dah menunjukkan, ada sebahagian besar suri rumah tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan insurans. Jadi, mereka dan keluarga mereka ni mudah terdedah kepada risiko kewangan sekiranya berlakunya kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius atau ketidakupayaan.
Kiranya melalui SKSSR ni, suri rumah dapat memperolehi sokongan kewangan dalam bentuk pampasan dan faedah perubatan sekiranya mereka mengalami kecederaan akibat kemalangan di rumah.
Macam insurans gitulah, faham tak sampai sini? Jom teruskan membaca.
Siapa yang Layak untuk SKSSR?
Jadi, siapa je yang layak untuk SKSSR ni? Sudah semestinya, suri rumah. Suri rumah ini ialah seorang perempuan samada yang sudah berkahwin atau belum dan mengurus rumah tangga secara sepenuh masa atau separa masa.
Korang bekerja atau tidak bekerja, layak untuk memohon SKSSR ni.
Suri rumah ini termasuk seorang isteri, janda, balu yang berdaftar perkahwinannya di bawah undang -undang bertulis atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih, ia juga termasuk dengan ibu tunggal.
Jadi, ini syarat kelayakan untuk SKSSR:
1. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap.
2. Suri Rumah yang belum mencapai umur 55 tahun.
3. Suri Rumah yang melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan rumah tangga.
4. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu secara in-advance
Bentuk atau Bencana yang Dilindungi Dalam Skim
Mungkin ada yang ingat, duduk rumah sahaja dan menjadi surirumah tidak terlibat dengan kemalangan. Jadi ini bentuk atau bencana yang SKSSR PERKESO lindungi:
1. Kemalangan sewaktu tengah cuci tandas
2. Kemalangan sewaktu memasak (kena minyak panas,
terkena pisau)
3. Retak tulang terjatuh semasa sedang mop lantai
4. Kemalangan jalan raya sewaktu keluar membeli barang
dapur dan macam-macam lagi.
Bencana yang diatas ni yang dilindungi oleh SKSSR. Jika korang masih tak faham, boleh layari laman web PERKESO.
Cara Daftar SKSSR
Untuk suri rumah yang berminat mendaftar, bolehlayari langkah-langkah berikut:
a) Muat turun borang permohonan di pautan https://www.perkeso.gov.my/images/skssr/dokumen/BORANG_SR_1_-_PENDAFTARAN_SURI_RUMAH.pdf
Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul dan hantar borang permohonan ke Pejabat PERKESO yang berhampiran atau
b) Pendaftaran dan Pembayaran SKSSR menerusi portal suri.perkeso.gov.my
Sekiranya suri rumah dah daftar secara online, tak perlu ke pejabat PERKESO. Macam Syu, Syu buat je online. Mudahkan kerja dan semuanya dihujung jari sahaja. Jadi, lepas sahaja pembayaran di lakukan, korang akan mendapat notifikasi dari SKSSR melalui emel.
Apa Faedah Perubatan Surirumah Bakal Terima
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Faedah Pengurusan Mayat
- Kemudahan Pemulihan Jasmani
- Dialisis Pencen Penakat
- Elaun Keuzuran
Mengapa Skim Ini Penting
Bagus tak SKSSR ni? Semestinyalah bagus! Walaupun kita ni suri rumah, pihak kerajaan masih mengambil berat tentang nasib suri rumah. Sebab tu, SKSSR adalah satu langkah penting dalam mengiktiraf peranan suri rumah yang sering kali terlepas pandang.
Bukan apa, mereka inilah yang turut terdedah kepada pelbagai risiko kecederaan ketika menjalankan tugas harian mereka. Jadi, dengan adanya SKSSR, sedikit sebanyak suri rumah mempunyai jaringan keselamatan sosial yang boleh memberikan bantuan kewangan dan perubatan jika berlaku kecederaan.
Selain itu, skim ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang keselamatan di rumah. Dengan adanya perlindungan seperti ini, suri rumah mungkin akan lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja rumah, seperti menggunakan peralatan dapur atau membersihkan kawasan berbahaya di rumah.
Kesimpulan
Bagi Syu, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) adalah satu inisiatif yang sangat penting untuk melindungi golongan suri rumah di Malaysia. Dengan bayaran sumbangan yang rendah, suri rumah boleh menikmati perlindungan menyeluruh terhadap kemalangan dan kecederaan yang mungkin berlaku semasa mereka menjalankan tugas di rumah.
Lagi pun kan, skim ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan kepada suri rumah dan keluarga mereka, tetapi juga ia bagi pengiktirafan kepada peranan besar yang dimainkan oleh suri rumah dalam memastikan kesejahteraan rumah tangga.
Sekiranya korang seorang suri rumah atau mengenali seseorang yang berperanan sebagai suri rumah, pertimbangkan untuk mendaftar di bawah SKSSR. Perlindungan ini mungkin menjadi satu penyelamat pada masa hadapan.
Waah baguuuus 👍👍. Ada proteksinya utk ibu rumah tangga. Tapi tidak sama dengan insurance Krn ini dicover oleh goverment ya kak?
ردحذفSaya proteksi juga ada, tp hanya untuk perlindungan jiwa dan critical illness. Jadi kalo accident yg terjadi di rumah, tak dicover. Itupun insurance, bukan dr pemerintah 😅