20 Februari 2025

Kali Kedua Dapat Job Konten 4 Angka

Alhamdulillah ala kulli hal.

Bila ada client approach sambil kata "18 Jan ni free tak?" Mestilah Syu ni seronok, lepastu Syu akan tanya terus ada payment ke? Buat masa sekarang, memang utamakan payment sahaja. Kalau client yang dah kenal lama dan dia kata tak ada payment, Syu layankan juga.

Terus client bagi harga "RMxxxx ni okay tak?" Gila tak okay, 4 angka kot! Syu accept je, lagi pun Syu kat Johor dan job tersebut dekat Genting Highlands. Bila ditolak tambah bahagi darab, masih lagi ada untungnya. Syu pun setuju.

Konten 4 Angka


Ini kali kedua tau, kali pertama adalah job Isuzu DMax Xtrrain dekat Semenyih. Nanti Syu ceritakan juga. Syu pun apa lagi terus call suami kata free ke 18 Jan ni. Dah alang-alang Luth cuti sekolah terus boleh bawa Luth jalan-jalan.

Event ni under Farm Fresh dan Genting Awana Resorts, big brand kan? Syu ni IG pun tak sampai 10K masa tu, geram tau tiba tiba je IG turun dari 10.2K jadi 9800. Dekat 400 followers hilang, rupanya bukan Syu je, kawan-kawan influencer yang lain pun sama. Ada yang sampai turun 3K follower tau, tu disebabkan algorithm IG, terpaksalah akur.

Lagi pun, job ni memang nak kena ada Luth dan suami. Walaupun tak dapat bermalam tapi dah collab dengan big brand macam mereka ni, memang dah bersyukur sangat. Bukan apa, Syu nak pelbagaikan lagi video video konten, dengan cara ni chance untuk dapat job lain jadi tinggi.

Konten 4 Angka


Syu ni pun dah 3 tahun tak bekerja. Kalau Syu ni owner syarikat construction boleh petik jari goyang kaki kat rumah kan. Syu pun sedar, syu ni dilevel yang mana, jadi kena usaha extra to earn my own income.

Tapi, kalau ada client offer harga rendah walaupun RM100 Syu akan amik juga. Lagi lagi kalau konten tu senang. Nak tolak pun sayang, dibuatnya bulan tu tak ada job mana nak cari income kan?

Video untuk job ni pun dah post dah, kalau korang nak tengok pergi je kat IG syu yang dah Syu pinned kan tu. 

Konten 4 Angka

Syu harap lepas ni client lagi nampaklah effort dan nilai sebuah konten. Tak semua benda free, even internet pun kena bayar, capcut pun dari tak bayar sampailah bayar. Nak buat konten ni bukan semata-mata amik video dan upload. Semuanya ada proses.

Kalau masih tak nampak effort untuk buat konten tu, carilah content creator yang lain. Heheheh. Syu harap tahun ni lagi banyak job 4 angka, bukan apa azam tahun ni nak pulun habiskan duit PTPTN dan duit loan kereta. Lagi 1 tahun je loan kereta nak habis.

Lepas tu, dah bebas hutang.



Nota kaki: Tak semua kerja adalah free. Awak pun dah pandai pilih job berbayar ye? 

Sila tinggalkan comment korang disini!