12 September 2024

Senyum Lebih Berseri Dengan Berus Gigi Elektrik SmileFam

Senyum Lebih Berseri Dengan Berus Gigi Elektrik SmileFam

Benda pertama yang kita buat bila mandi adalah memberus gigi. 2 kali sehari, pagi dan malam, inilah rutin yang sama Syu buat tiap kali mandi. Kalau tak gosok gigi, rasa macam tak selesa sangat-sangat.


Kebetulan, ternampak di Tiktok tentang kebaikan berus gigi elektrik. Teruslah Syu ni buat research berus gigi mana yang terbaik untuk Syu beli. Alah membeli menang memakai, gitu.


Bukan apa, kesihatan mulut ni merupakan aspek penting dalam kehidupan harian kita. Walaupun berus gigi konvensional berfungsi dengan baik, kemajuan teknologi dalam bidang kebersihan mulut kini memberikan kita pilihan yang lebih canggih. 

Berus Gigi Elektrik


Jadi, Syu mencuba inovasi terbaru berus gigi elektrik dari SmileFam. Berus gigi omni pembersihan yang pertama di Singapura. Dah alang-alang nak membeli, biar beli yang mahal terus. Boleh pakai lama, betul tak?

SmileFam ni menggabungkan teknologi terkini untuk memperbaiki rutin penjagaan mulut harian kita dan direka untuk memberikan pembersihan menyeluruh dalam masa yang lebih singkat.


SmileFam direka berdasarkan konsep ini, dengan reka bentuk berbilang sudut yang membolehkan setiap gigi dibersihkan dari atas, bawah, hadapan, dan belakang. Ini memastikan kebersihan yang maksimum dan lebih efisien, membantu mengurangkan masa memberus sambil memberikan hasil yang lebih baik.

Kenapa Pilih SmileFam?


Ada beberapa sebab Syu pilih SmileFam sebagai berus gigi elektrik pertama Syu. Awal-awal guna Syu risau juga, boleh ke berus gigi elektronik ni bersihkan gigi Syu? Selamat ke tak ya. Macam-macamah Syu fikir. 

Tapi bila sekali guna, ni antara sebab kenapa pilih SmileFam:

1. Mesra Gusi


Memang lembut dan tak sakit langsung. Berus gigi elektrik ni salah satu kelebihannya, semestinya mesra gusi. First time, Syu guna rasa smooth dan tak sakit langsung gusi ni. Bangun tidur terus gosok, lagipun berus ni tak bising langsung ya.

Tak percaya? Korang cuba pula.

Berus Gigi Elektrik

2. Reka Bentuk 360 Darjah

Reka bentuk unik SmileFam membolehkan bulu berus mencapai setiap permukaan gigi. Dengan kepala berus yang boleh dipusingkan, ia membersihkan bukan sahaja gigi tetapi juga gusi dan bahagian sukar dicapai seperti antara gigi. 

Secara tak langsung, boleh mengurangkan pembentukan plak dan karang gigi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut seperti gingivitis. Memang best pakai.


3. Pembersihan yang Sekata

Kepala berus yang kecil memang membantu untuk mencapai bahagian bawah gusi dan celah gigi dengan lebih mudah. Dengan pergerakan ulangan yang sekata, ia dapat membersihkan gigi secara efektif tanpa perlu menekan terlalu kuat. 

Sebenarnya, menyikat dengan kuat dan kasar boleh merosakkan enamel gigi serta menyebabkan masalah gusi. Oleh itu, berus dengan lembut menggunakan kepala berus kecil adalah lebih baik untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi.


4 . Pembersihan dalam Masa 30 Saat

Salah satu kelebihan terbesar SmileFam adalah keupayaannya untuk memberikan pembersihan menyeluruh dalam masa hanya 30 saat. 


Berus gigi elektrik ini direka untuk membersihkan semua bahagian mulut serentak, yang bermakna masa yang dihabiskan untuk memberus gigi dapat dikurangkan dengan ketara. Ini amat berguna untuk individu yang sibuk dan memerlukan rutin penjagaan mulut yang lebih cepat tetapi tetap efektif.

Berus Gigi Elektrik

Manfaat Berus Gigi Elektrik untuk Kesihatan Mulut


Penggunaan SmileFam bukan sahaja memberikan kemudahan dalam penjagaan mulut harian, tetapi juga membantu meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan. Berikut adalah beberapa manfaat utama SmileFam:


1. Mengurangkan Risiko Penyakit Gusi


Pembersihan menyeluruh yang diberikan oleh SmileFam membantu menghilangkan plak dan karang gigi dengan lebih berkesan, yang merupakan punca utama penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis. 


Dengan penggunaan SmileFam secara konsisten, risiko = untuk mengalami masalah gusi dapat dikurangkan dengan ketara.


2. Menjaga Kebersihan Gigi dengan Lebih Baik


Berus gigi tradisional mungkin tidak mampu mencapai semua bahagian gigi, terutamanya di kawasan yang sukar dijangkau seperti di antara gigi dan di sepanjang garis gusi.

SmileFam direka untuk menangani masalah ini dengan teknologi 360 darjahnya, memastikan setiap gigi dibersihkan sepenuhnya.


3. Mengurangkan Bau Mulut


Bau mulut sering disebabkan oleh sisa makanan dan plak yang terkumpul di antara gigi. Dengan pembersihan yang menyeluruh dan berkesan.

SmileFam membantu mengurangkan bau mulut dan memberikan nafas yang lebih segar sepanjang hari.


4. Meningkatkan Kesihatan Gusi


Teknologi ultrasonik SmileFam membantu mengurut gusi dengan lembut semasa proses pembersihan, meningkatkan aliran darah ke kawasan tersebut dan membantu menjaga kesihatan gusi. Ini amat berguna bagi mereka yang mempunyai gusi sensitif atau mudah berdarah.


Mengapa SmileFam Adalah Pilihan Terbaik?

SmileFam menawarkan penyelesaian yang lengkap dan menyeluruh untuk penjagaan mulut. Dengan teknologi canggih dan reka bentuk ergonomik, berus gigi ini memberikan pembersihan yang lebih baik dalam masa yang lebih singkat. 


Ini menjadikannya pilihan terbaik bagi sesiapa yang mengutamakan kesihatan mulut mereka tetapi memerlukan alat yang mudah digunakan dan efisien.


Selain itu, SmileFam juga direka untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Ia mesra pengguna, dengan reka bentuk yang selesa dipegang dan mudah digunakan. 


Kesimpulan

SmileFam, berus gigi omni pembersihan yang pertama di Singapura, adalah satu inovasi dalam penjagaan mulut yang tidak boleh diendahkan. 


Dengan teknologi 360 darjah, motor ultrasonik, dan mod pembersihan automatik, SmileFam memberikan pembersihan yang lebih menyeluruh dan efisien berbanding berus gigi tradisional. 


Dalam masa hanya 30 saat, gigi dan gusi korang akan dibersihkan dengan sempurna, membantu mengurangkan risiko penyakit mulut dan memberikan  keyakinan dengan senyuman yang lebih bersih dan sihat.


Lets say kalau korang mencari berus gigi elektrik, Syu sangatlah cadangkan untuk menggunakan, SmileFam dan ini adalah pilihan yang terbaik. Dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan mulut dan kemudahan penggunaan, SmileFam akan membantu korang menjaga kebersihan mulut dengan cara yang lebih berkesan dan mudah.

11 September 2024

Makan Ais Kepal Ban Pecah Tanjung Piandang

Makan Ais Kepal Ban Pecah Tanjung Piandang

Minggu lepas, Syu balik kampung di Kuala Kurau Perak. Banyak juga draft nak siapkan, lama kan dah tak menulis. Artikel 2-3 hari ni mungkin yang santai-santai sahaja, bukan SEO entry.

Kampung suami Syu ni memang sangat dekat dengan Pantai Ban Pecah. Kalau naik motor tu, tak sampai 10 minit pun. Betul-betul dekat dengan rumah mertua. Nak jadikan cerita, masa balik kampung tu, Luth tak sihat 3 hari, hari ke empat barulah dia sihat sikit.

Kesian pulak, asyik berkurung dalam rumah. Itu yang bawa Luth jalan-jalan ke Pantai Ban Pecah. Luth ni pantang sihat dan nampak laut, mulalah dia nak mandi laut. Luth ni jenis pula suka pergi kawasan dalam, gigi-gigi air dia tak nak mandi.

Ais Kepal Ban Pecah


Kebetulan pula, kawasan situ memang dalam, tak berani nak lepas dia sorang mandi situ. Kang tak pasal jadi kes lain pula, kan? Lagi pun, kami berdua tak mandi, kalau mandi bolehlah kami berdua pantau. Itu yang kena marah dengan abahnya, terus merajuk tak nak mandi.

Kami sampai pun dah jam 6.20 petang, lepas nampak je Van Ais Kepal Ban Pecah, tak lengah terus Syu beratur. Dahlah, kena beratur panjang ye. Sebenarnya, ais kepal ni dah lama viral, masa hari Raya ada je Syu beli. Cuma baru kali ni, nak menulis dalam blog.


Ais Kepal Ban Pecah


Gambar atas ni menu Ais Kepal Ban Pecah, ada lebih dari 10 jenis. Rambang mata nak pilih tau. Durian ais kepal pun ada, cuma Syu tak pilihlah menu tersebut. Takut tak kena selera dah jadi 1 pembaziran.

Masa yang diambil utk siapkan menu Syu ni around 20 minit, sebelum ni sampai 40 minit ya nak siapkan. Punyalah ramai, untung masa Syu datang ni orang dalam 10 orang je yang beratur.

Syu nak pesan siap-siap, siapa yang boleh tunggu, silakan tunggu. Kalau tak boleh tunggu, jangan beratur. Banyak lagi makanan lain yang boleh korang cuba. Cuma yang ramainya di Ais Kepal ni sahaja.

Ais Kepal Ban Pecah


Actually, Ais Kepal ni makanan yang berasaskan air kisar yang dicampur dengan pelbagai perisa seperti buah-buahan segar, coklat, green tea dan lain-lain. Macam ABC tapi yang ni, aisnya dikepal dan dimasukkan ke dalam bekas, lalu dituangkan dengan perisa dan dihiasi dengan buah-buahan segar.

Syu ingat lagi time PKP, bukan main viral lagi Ais Kepal Milo. Sana sini dok bercerita dengan menu ni. Cuma sekarang, dah beredarnya waktu, jadi ais kepal ni divariasikan lagi dengan pilihan-pilihan perisa yang sedap dan menarik. 

Kami mencuba Mango Mix Strawberry RM11 dan Grape RM10. Sebelum ni dah rasa flavour lain, jadi kali ni kami cuba flavour yang lain pula. Nak tengok juga, sama tak rasa macam sebelum ni. 


Ais Kepal Ban Pecah

Bagi Syu harga tu setimpal dengan ais kepal yang kami dapat. Buah-buahan dalam ais kepal tu semuanya segar-segar. Tak ada yang lembik atau masam, memang nampak ada sorang pekerja potong terus buah-buahan yang elok untuk dihiasi pada ais kepal.

Semua ais kepal akan dapat 1 scope aiskrim, padanlah dengan harga. Buah pun banyak, sedap dan rangup pula tu. Sedaplah, boleh repeat flavour lain bila balik kampung nanti. 

Cuma tulah, bila dah viral ni, jadi lemah nak beratur. Tiber! Untuk yang jenis sabar, boleh tunggu dan beratur, kalau jenis tak sabar tu, jangan beli ya. Dah alang-alang berjalan ke Ban Pecah, jangan lupa singgah di Ais Kepal Ban Pecah ya.



Ais Kepal Ban Pecah 
📍Pantai Ban Pecah 34350 Kuala Kurau Perak 
Waktu Operasi : 4pm - 7.30pm Rabu & Khamis Cuti










2 September 2024

Lirik Lagu Bunga Kemboja - Iman Troye (Official Music Video)

Lirik Lagu Bunga Kemboja - Iman Troye (Official Music Video)





Sinar mencari memancar 
Terkena pipiku 
Waktu berlalu begitu saja 
Malam nanti rindu.. 

Jangkrik berdendang 
Lagunya bergema kesayuan 
Menusuk senyum malam.. 
huu.. 

Inikah rasanya bila kita di lamun cinta 
Mula-mula sekadar teman biasa 
Lama-lama tertawan juga.. 

Sejauh mana kan kita terbawa arus cinta aaa 
Terlarut-larut hati merindu 
Tiada yang tahu.. 

Ting tang ting tang ting tang ting 
Setinggi-tinggi bintang langit rindu 
Ting tang ting tang ting 
Tiada yang tahu.. 
Tiada yang tahu.. 

Kau petik Bunga Kemboja
 Di beri padaku 
Ku sematkan di telinga 
Sehingga layu.. 

Jangkrik berdendang 
Lagunya bergema kesayuan 
Menusuk senyum malam.. 
huu.. 

Inikah rasanya bila kita di lamun cinta 
Mula-mula sekadar teman biasa 
Lama-lama tertawan juga.. 

Sejauh mana kan kita terbawa arus cinta aaa 
Terlarut-larut hati merindu 
Tiada yang tahu.. 
Tiada yang tahu 

Bunga Kemboja semat di telinga 
Lambang aku sudah punya satu cinta 
Bunga Kemboja semat di telinga 
Lambang aku sudah kepunyaan dia 
Kepunyaan dia 

Inikah rasanya bila kita di lamun cinta 
Mula-mula sekadar teman biasa 
Lama-lama tertawan juga.. 

Sejauh mana kita terbawa arus cinta aaa 
Terlarut-larut hati merindu Tiada yang tahu.. 
Tiada yang tahu.. 

Ting tang ting tang ting tang ting 
Setinggi-tinggi bintang langit rindu 
Ting tang ting tang ting 
Tiada yang tahu.. 
Tiada yang tahu..

1 September 2024

Daun Kesum: Khasiat, Nama Saintifik, dan Kandungan Nutrisi

Daun Kesum: Khasiat, Nama Saintifik, dan Kandungan Nutrisi

Daun kesum, yang dikenali dengan nama saintifik Polygonum minus, adalah sejenis herba yang sering digunakan dalam masakan tradisional Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.


Daun ini mempunyai aroma yang unik dan rasa yang sedikit pedas serta asam, menjadikannya bahan penting dalam pelbagai hidangan seperti laksa, asam pedas, dan ulam-ulaman. Selain kegunaannya dalam masakan, daun kesum juga dikenali kerana khasiat kesihatannya yang luas. 


Artikel ini akan membincangkan secara mendalam tentang nama saintifik, manfaat kesihatan, dan kandungan nutrisi pada daun ini.


daun kesum

Nama Saintifik dan Pengenalan Botani

Nama saintifik daun ini adalah Polygonum minus dari keluarga Polygonaceae. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama tempatan seperti daun laksa dan daun rau ram di Vietnam. 


Tumbuhan ini tumbuh subur di kawasan yang lembap dan beriklim tropika, dan ia boleh dikenali melalui daunnya yang panjang dan runcing, serta baunya yang wangi dan menyegarkan. 


Daun ini biasanya tumbuh di sepanjang tebing sungai, parit, atau kawasan yang lembap, dan ia mudah dibiakkan sama ada melalui biji benih atau keratan batang.


Manfaat Kesihatan Daun Kesum

Daun ini telah digunakan secara tradisional dalam perubatan herba untuk merawat pelbagai penyakit. Antara manfaat kesihatan yang telah dikaji dan disahkan oleh penyelidikan moden termasuk:

1. Antioksidan yang Kuat

Daun kesum mengandungi pelbagai sebatian antioksidan, seperti flavonoid dan polifenol, yang berfungsi untuk melindungi tubuh daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Antioksidan ini membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan penuaan pramatang.

2. Antibakteria dan Antifungus

Kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak daun ini mempunyai sifat antibakteria dan antifungus yang kuat. Sifat ini menjadikan daun ini berguna dalam mencegah dan merawat jangkitan bakteria dan kulat, serta mempercepatkan penyembuhan luka.

3. Menurunkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Daun ini juga dipercayai membantu dalam menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. 

Ini adalah kerana kandungan antioksidan dan serat dalam daun ini yang boleh membantu dalam mengurangkan tahap lipid darah, sekali gus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

4. Membantu Penghadaman

Daun kesum juga digunakan secara tradisional untuk merangsang sistem penghadaman. Ia dipercayai dapat membantu melegakan masalah seperti kembung perut, cirit-birit, dan gangguan pencernaan.
 

Kandungan minyak pati dalam daun ini yang memberikan rasa pedas dan asamnya juga membantu merangsang pengeluaran enzim pencernaan.

5. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Kandungan antioksidan dalam daun ini juga bermanfaat untuk kulit. Ia membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit, mengurangkan kedutan, dan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan berseri.

daun kesum

Kandungan Nutrisi Daun Kesum


Selain daripada manfaat kesihatannya, daun ini juga kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang menyumbang kepada kesihatan keseluruhan. Antara kandungan nutrisi yang terdapat dalam daun ini termasuk:

1. Vitamin A

Vitamin A dalam daun ini adalah penting untuk kesihatan mata, kulit, dan sistem imun. Vitamin ini membantu dalam menjaga penglihatan yang baik, terutama dalam keadaan cahaya yang rendah, dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pendedahan kepada sinaran ultraviolet.


2. Vitamin C

Daun kesum juga mengandungi vitamin C, yang berfungsi sebagai antioksidan semulajadi dan penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen adalah protein yang membantu dalam penyembuhan luka dan mengekalkan keanjalan kulit.


3. Zat Besi

Zat besi adalah mineral penting yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Ini membantu dalam pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh, yang sangat penting untuk mengekalkan tahap tenaga dan mengelakkan anemia.


4. Serat

Kandungan serat dalam daun ini membantu dalam penghadaman yang sihat dan mengekalkan kesihatan usus. Serat juga membantu dalam menurunkan kadar kolesterol dan mengawal kadar gula dalam darah, menjadikannya berguna untuk pesakit diabetes.


5. Kalsium

Kalsium adalah mineral yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Kandungan kalsium dalam daun ini membantu menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis, terutama dalam kalangan wanita yang berusia.


Cara Menggunakan Daun Kesum


Daun kesum boleh digunakan dalam pelbagai cara dalam diet harian anda. Ia boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dicampur dalam salad, ditambahkan ke dalam masakan seperti laksa, atau digunakan dalam rempah-ratus untuk memberi aroma dan rasa yang unik kepada hidangan. 


Daun Kesum


Berikut adalah beberapa cara mudah untuk memasukkan daun ini ke dalam masakan:

Sebagai Ulam: Daun ini boleh dimakan mentah sebagai ulam bersama nasi dan sambal belacan. Ia memberikan rasa yang segar dan sedikit pedas, menjadikan hidangan ulam lebih menarik.

Dalam Masakan Berkuah: Daun ini sering digunakan dalam masakan berkuah seperti laksa dan asam pedas untuk memberikan rasa asam yang unik dan meningkatkan selera makan.

Sebagai Hiasan: Daun ini juga boleh digunakan sebagai hiasan dalam hidangan untuk menambah elemen estetika dan aroma yang menyegarkan.


Kesimpulan


Daun kesum ini, dengan nama saintifiknya Polygonum minus, adalah herba yang bukan sahaja menambah rasa pada masakan tetapi juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. 


Dengan kandungan nutrisi yang kaya dan sifat antioksidan, antibakteria, dan anti-inflamasi, daun ini adalah satu anugerah alam yang patut dimanfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan harian kita. 


Dengan menggunakan daun ini dalam masakan, kita bukan sahaja dapat menikmati hidangan yang lebih lazat, tetapi juga menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.



 Surah Ar Rahman Ayat 1-4 Doa Untuk Anak Jadi Hebat

Surah Ar Rahman Ayat 1-4 Doa Untuk Anak Jadi Hebat

Surah Ar Rahman untuk buat anak jadi lebih hebat. Dalam Islam, doa adalah salah satu amalan yang sangat dianjurkan untuk dilakukan oleh setiap Muslim. Doa merupakan cara untuk berkomunikasi dengan Allah SWT, memohon rahmat, petunjuk, perlindungan, dan keberkahan. 


Bagi orang tua, doa untuk anak-anak mereka adalah suatu kewajipan dan bentuk kasih sayang yang mendalam. Melalui doa, orang tua dapat memohon kepada Allah SWT agar anak-anak mereka diberikan kebaikan, keselamatan, dan petunjuk dalam kehidupan.



Surah Ar Rahman


Jadi, hari ni Syu nak kongsikan satu amalan yang bagus untuk diamalkan lagi-lagi buat ibu bapa yang ada anak. Syu kongsikan kelebihan ayat 1-4 surah Ar Rahman, Syu jadikan surah ini sebagai doa untuk anak Syu. 


Doa seorang ibu ini sangat mujarab dan tiada hijabnya. Maka teruskan memdoa yang baik-baik untuk anak. 

Surah Ar Rahman Ayat 1-4

Sebelum ni, Syu pernah satu ceramah untuk bacakan Surah Ar-Rahman ayat 1-4, letakkan tangan di ubun-ubun anak dan tiupkan selepas membacanya. Syu jadikan amalan sehinggalah satu hari tu, Luth pun pandai membaca surah Ar-Rahman ayat 1-4 ni.

I am so speechlesss!!

Surah Ar-Rahman adalah surah yang ke-55 dalam Al-Quran, terdiri daripada 78 ayat. Ia adalah surah Makkiyah, yang bermaksud surah ini diturunkan di Makkah sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. 


Surah ini dikenali dengan nama "Ar-Rahman" yang bermaksud "Yang Maha Pemurah," salah satu nama Allah SWT. Surah Ar-Rahman menekankan kebesaran dan kasih sayang Allah serta nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada manusia dan jin.

 

Salah satu ciri khas surah ini ialah pengulangan ayat "فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" yang bermaksud "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" 


Ayat ini diulang sebanyak 31 kali, mengingatkan manusia dan jin tentang nikmat-nikmat yang tidak terhitung jumlahnya yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Surah Ar Rahman


Maksud Ar Rahman Ayat 1-4


Berikut adalah maksud ayat 1 hingga 4 dari Surah Ar Rahman dalam bahasa Melayu: 

Ayat 1: Ar Rahmaan 
Maksud: Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Ayat 2: Allamal qur'an 
Maksud: Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran 

Ayat 3: Kholakol insaan 
Maksud: Dia lah yang telah menciptakan manusia. 

Ayat 4: Allamahul bayaan 
Maksud: Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Ayat-ayat ini menggambarkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah yang telah memberikan ajaran Al-Quran kepada manusia. Allah juga telah menciptakan manusia dan memberinya kemampuan berbicara.

Kelebihan Surah Ar Rahman


1. Menggambarkan Sifat Kelembutan Allah

Surah Ar-Rahman dimulai dengan kata "Ar-Rahman" (Yang Maha Pemurah),  menggambarkan sifat kelembutan, pemurah, dan kasih Allah terhadap ciptaan-Nya. 

Jadi, untuk ayat pertama ini menekankan bahawa betapa besarnya kasih sayang dan rahmat Allah.  Allah SWT menunjukkan belas kasih-Nya yang tak terbatas kepada semua makhluk, memberikan mereka rezeki, rahmat, dan bimbingan serta mengajarkan kita untuk menghargai dan merenungkan nikmat-Nya yang melimpah. 


2. Pentingnya Ilmu dan Pembelajaran

Ayat kedua, "عَلَّمَ الْقُرْآنَ" (Allamal Qur'an), menekankan bahawa pentingnya ilmu dan pembelajaran. Allah SWT telah menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai sumber pengetahuan dan panduan dalam hidup. 

Al-Quran adalah kitab yang penuh dengan hikmah dan ajaran yang membawa manusia kepada jalan yang lurus. Ini mengingatkan kita akan pentingnya mencari ilmu, mempelajari ajaran Al-Quran, dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.


3. Kisah Penciptaan Manusia

Ayat ketiga, "خَلَقَ الْإِنسَانَ" (Khalaqal Insan), mengingatkan kita tentang penciptaan manusia oleh Allah. Ayat ini menunjukkan hubungan khusus antara Allah dan manusia serta tanggung jawab kita sebagai makhluk-Nya. 

Manusia diciptakan dengan tujuan tertentu, untuk menyembah Allah dan menjalankan amanah-Nya di bumi. Ini mengajarkan kita untuk selalu ingat akan asal usul kita dan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi.


4. Pemberian Bahasa dan Kemampuan Berbicara

Ayat keempat, "عَلَّمَهُ الْبَيَانَ" (Allamahul Bayan), menyoroti pemberian Allah kepada manusia, yaitu bahasa dan kemampuan berbicara. 

Bahasa adalah alat penting yang memampukan kita untuk berkomunikasi, menyampaikan pikiran, dan memahami satu sama lain. Kemampuan berbicara adalah salah satu nikmat besar yang diberikan Allah kepada manusia.

Cara Amalkan Surah Ini


Potongan ayat ni boleh kita amalkan untuk ikhtiar anak-anak kecil kita agar petah dan pandai bercakap. Bagi anak-anak yang ada masalah speech delay, ibu bapa bolehlah amalkan potongan surah Ar Rahman ini.  

Jadikan amalan harian, setiap malam sebelum anak tidur dan setiap pagi semasa anak bangun tidur. Bacakan di hadapan anak 3 kali dan hembuskan ke ubun-ubun kepala anak. Ibu boleh juga tiupkan ke tapak tangan dan sapukan ke kepala dan dada anak.

Lepas ayat ke 4 terus baca, "Ya Allah jadikanlah (NAMA ANAK) anak yang soleh/solehah, berjaya dunia akhirat dan ditakdirkan dengan takdir yang baik-baik dan dikurniakan kesihatan tubuh badan.Ya Hafiz, Ya Muhaimin, Allah yang Maha Menjaga, Allah yang Maha Mengawasi, aku serahkan anakku untuk dijaga dan diawasi olehMu. Amin"

Untuk ikhtiar anak-anak sebelum turun ke sekolah, potongan surah ini juga boleh dibacakan kepada mereka agar Allah SWT kurniakan kepintaran dan kebijaksanaan semasa mereka menuntut ilmu.

Kesimpulan


Dari Surah Ar-Rahman ayat 1-4 ini sebenarnya mengajak kita untuk menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran dan menghargai nikmat serta kasih sayang Allah dalam penciptaan manusia dan alam semesta.

Ayat-ayat ini mengajarkan bahwa Allah adalah Maha Pemurah yang memberikan kemampuan berbicara kepada manusia serta mengatur alam semesta dengan penuh hikmah. 

Semoga kehidupan kita sehari-hari sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan dari Allah SWT, berkat amalan-amalan yang kita lakukan bersandarkan pada kitab Al-Quran. Aamiin Ya Mujib. 

Semoga perkongsian mengenai Surah Ar-Rahman ayat 1-4 ini dapat memberikan manfaat kepada ramai orang.

31 Ogos 2024

Selamat Hari Merdeka 31 Ogos 2024

Selamat Hari Merdeka 31 Ogos 2024

Selamat Hari Merdeka yang ke 67 untuk semua rakyat Malaysia. Apa plan korang semua? Malam tadi lepas sahaja isyak, kami terus ke Dataran Monumen untuk menyambut ambang merdeka. Alhamdullilah, rezeki rumah dekat dengan bandar Mersing.


Kami datang awal supaya dapat tempat di hadapan pentas. Hari tu, terlepas nak tengok persembahan Zamani Slam. Jadi, malam ni kena lah tengok persembahan Tomok dan Muna Shahira. Ramai betul orang, sampai berhimpit kami di dataran.


Lagi pun, memang nak bagi Luth tengok bunga api. Setahun sekali je dapat tengok, malam tahun baru memang tak ada bunga api, nak tengok kena tunggu malam merdeka.


Selamat Hari Merdeka


Abah Luth kebetulan cuti umum, kami pergilah tiga beranak. Memang tak beli makanan, sebab kami dah siap makan dari rumah. Lagi pun, harga makanan dengan situ, mahal yang amat!


Sangat meriah tau malam tadi,, kami balik jam 1 pagi. Jenuh balik lewat tapi untungnya rumah dekat tak sampai 5 minit dah sampai rumah. 


Pagi ni pula, siap-siap kemas barang terus berkelah di Pantai Air Papan. Jam 8.30 pagi kami dah bergerak dari rumah, pusing mencari tempat. MashaAllah penuh dan berlapis dengan kereta. Terpaksalah kami mencari port dekat-dekat dengan gunung.


Selamat Hari Merdeka


Dah setting semua, terus cepat-cepat bakar ayam. Risau ayam busuk aje kalau dibiar lama. Sambil menunggu adik beradik sampai, Syu dengan suami mandi manda dulu. Sebelum matahari terpacak, baik kita mandi dulu.


Cuti umum macam ni, memang penuh orang sampailah petang. Jam 3 petang tadi balik, itu pun disebabkan hujan, kalau tak hujan, memang jam 5-6 petang baru kami balik. 

Selamat Hari Merdeka


Bukan apa, dah alang-alang cuti umum. Kita gunakan sebaiknya. Hehehehe.


Apa-apa pun, Syu nak ucapkan Selamat Hari Merdeka untuk semua rakyat Malaysia!

29 Ogos 2024

Scaling Gigi Klinik Kerajaan Elak Gigi Berkarat

Scaling Gigi Klinik Kerajaan Elak Gigi Berkarat

Scaling gigi ni Syu terakhir kali buat pada tahun lepas, hampir setahun juga. Hari ni, berkesempatan untuk buat scaling dan bawa Abah untuk cabut gigi dia. Abah dah menahan sakit gigi hampir 3 hari, jadi Syu bawa abah pergi sekali.


Nak pergi klinik swasta pun beratus ringgit juga, jadi bila ada kemudahan di klinik kerajaan, baik kita gunakan dengan baik. Lagi pun, di kawasan Syu ni memang tak ramai orang. 30 minit dah siap untuk settle masalah gigi kami dua beranak ni.


Lepas siap mengeteh semua, terus ajak abah pergi Klinik Pergigian Mersing. Syu buat temujanji online melalui MySejahtera, rupanya bila Syu sampai klinik, mereka kata dah tak perlu nak buat temujanji online, walk in pun boleh.


Scaling Gigi Klinik Kerajaan


Pendaftaran Syu cuma bayar RM1 sahaja, Abah dikecualikan sebab sudah warga emas. Untuk bayaran, kena pakai kad bank, tapi kad bank pula problem tak boleh nak touch dan guna password. Syu bayar je cash RM1.


Tak panas punggung, no giliran kami berdua pun dipanggil, eh cepat rupanya! Doktor check gigi, semuanya okay cuma next time kena datang untuk tampal gigi. Scaling  ni pun tak sampai 15 minit pun eh dah settle semua dah.

Apa Itu Scaling Gigi

Scaling gigi adalah prosedur penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Ia membantu menghilangkan plak dan karang gigi yang boleh menyebabkan pelbagai masalah gigi dan gusi. Plak adalah lapisan melekit yang terbentuk pada gigi dan jika tidak dibersihkan ia akan mengeras dan menjadi karang gigi.

Karang gigi ini tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut seperti gingivitis dan periodontitis. Itu yang kita disarankan untuk membuat scaling gigi.

Proses Scaling

Scaling biasanya dilakukan menggunakan alat ultrasonik yang mengeluarkan getaran untuk memecahkan karang gigi, diikuti dengan penggunaan alat tangan untuk membersihkan sisa-sisa yang tertinggal. 

Proses ini juga melibatkan penggilapan gigi untuk menghilangkan kotoran dan membuat permukaan gigi lebih licin, yang membantu mencegah pembentukan plak baru.

Bila Perlu Scaling Gigi?

Walaupun kekerapan scaling bergantung kepada keadaan kesihatan mulut individu, disarankan untuk melakukan scaling sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan. Bagi mereka yang mempunyai masalah gusi atau penumpukan karang yang berlebihan, scaling mungkin diperlukan lebih kerap.

Scaling Gigi Klinik Kerajaan

Kelebihan Menggilap Gigi

Berikut adalah ringkasan tentang kelebihan scaling, risiko yang mungkin timbul, serta pengalaman yang mungkin dirasai semasa prosedur:

1. Mencegah Penyakit Gusi 

Scaling gigi membantu mencegah pembentukan karang gigi yang boleh menyebabkan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis, yang merupakan penyebab utama keguguran gigi pada orang dewasa.

2. Menghilangkan Noda dan Mencerahkan Senyuman 

Prosedur ini juga dapat menghilangkan noda pada gigi akibat pengambilan makanan, minuman tertentu, atau penggunaan tembakau, yang dapat memperbaiki penampilan dan meningkatkan keyakinan diri.

3. Mengurangkan Bau Mulut 

Scaling gigi membersihkan bakteria dan sisa makanan yang terperangkap, yang merupakan punca utama bau mulut, sekali gus membantu anda mendapatkan nafas yang lebih segar.

Risiko Menggilap Gigi


Walaupun scaling gigi umumnya aman, ada beberapa risiko kecil yang mungkin berlaku:

  • Gusi Berdarah: Gusi mungkin berdarah sedikit semasa atau selepas prosedur.
  • Bengkak pada Gusi: Beberapa individu mungkin mengalami pembengkakan pada gusi setelah scaling.
  • Kelembutan atau Pedih pada Gusi: Sensitiviti pada gusi atau gigi mungkin dirasai sejurus selepas scaling, namun ia biasanya bersifat sementara.


Scaling: Sakit atau Tidak?

Alhamdullilah, setakat ni tak ada rasa sakit sangat. Nyilu tu ya sebab alat tu terkena di kawasan gusi. Memang nyuli, tapi lepas tu gigi rasa bersih sangat. Mungkin ada sesetengah yang rasa sakit, tapi bagi Syu tak sakit langsung. 

Kalau rasa sakit, terus je bagi tahu doktor. Nanti doktor berhenti, mungkin mereka akan menggunakan teknik yang berbeza untuk mengurangkan rasa sakit tu. Apa yang pasti, kekal tenang dan bernafas dengan betul bagi membantu proses scaling berjalan dengan lancar.


Harga Scaling Gigi  Klinik Kerajaan


Di klinik kerajaan, harga untuk scaling  adalah sangat berpatutan. Kos untuk prosedur ini hanya RM2, ditambah dengan yuran pendaftaran sebanyak RM1. Syu cuma bayar RM2 untuk Scaling Gigi dan pendaftaran RM1, manakala Abah, pendaftaran tidak dikenakan bayaran cuma cabut gigi sahaja dikenakan sebanyak RM1.

Ini menjadikan scaling  di klinik kerajaan sebagai pilihan yang sangat terjangkau, terutama bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pergigian tanpa membebankan kewangan mereka. Kerajaan menanggung sebahagian besar kos perubatan, menjadikan perkhidmatan ini mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.


Scaling Gigi Klinik Kerajaan

Harga Scaling Gigi di Klinik Swasta


Harga scaling di klinik swasta lebih tinggi berbanding di klinik kerajaan dan boleh berbeza-beza berdasarkan beberapa faktor seperti lokasi klinik dan keadaan gigi pesakit. Berikut adalah julat harga scaling  di beberapa lokasi.

Harga scaling  di Kuala Lumpur biasanya berkisar antara RM80 hingga RM200. Beberapa klinik swasta terkenal di kawasan ini termasuk, Klinik Pergigian Drsmile, Klinik Pergigian Fauziah dan Klinik Pergigian Happy Dental
  
Klinik-klinik ini menawarkan perkhidmatan berkualiti dengan harga yang kompetitif, bergantung kepada keperluan individu pesakit. Di Selangor, harga scaling berkisar antara RM85 hingga RM200. 
  
Walaupun harga di klinik swasta mungkin lebih tinggi, pesakit sering kali memilihnya kerana fleksibiliti waktu janji temu, pendekatan peribadi, dan persekitaran yang lebih selesa.


Kesimpulan

Scaling gigi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Selain mencegah penyakit gusi, ia juga membantu memastikan gigi korang sentiasa bersih, sihat, dan kuat. 

Dengan melakukan scaling secara berkala, korang boleh menikmati senyuman yang lebih cerah dan mengurangkan risiko masalah kesihatan mulut di masa hadapan.




21 Ogos 2024

Lirik Lagu Gala Bunga Matahari - Sal Priadi (Official Music Video)

Lirik Lagu Gala Bunga Matahari - Sal Priadi (Official Music Video)

Gala Bunga Matahari

Mungkinkah
Mungkinkah
Mungkinkah

Kau mampir hari ini
Bila tidak mirip kau
Jadilah bunga matahari
Yang tiba-tiba mekar ditaman
Meski bicara dengan bahasa tumbuhan

Ceritakan padaku
Bagaimana tempat tinggalmu yang baru
Adakah sungai-sungai itu benar-benar
Dilantasi dengan air susu
Juga badanmu tak sakit-sakit lagi
Kau dan orang-orang disana muda lagi
Semua pertanyaan temukan jawaban 
Hati yang gembira sering kau tertawa
Benarkan orang bilang
Ia suka bercanda

Mungkinkah
Mungkinkah
Mungkinkah

Kau mampir hari ini
Bila tidak mirip kau
Jadilah bunga matahari
Yang tiba-tiba mekar ditaman
Meski bicara dengan bahasa tumbuhan

Kanku ceritakan padamu
Bagaimana hidupku tanpamu

Kangennya masih ada di setiap waktu
Kadang aku menangis bila aku perlu
Tapi aku sekarang sudah lebih lucu
Jadilah menyenangkan seperti katamu
Jalani hidup dengan penuh suka cita
Dan percaya kau ada di hatiku
Selamanya
ohhhhhhhh

Mungkinkah
Mungkinkah
Mungkinkah

Kau mampir hari ini
Bila tidak mirip kau
Jadilah bunga matahari

Mungkinkah
Mungkinkah
Mungkinkah

Kau mampir hari ini
Bila tidak sekarang
Janji kita pastikan bertemu lagi






Bunga Raya Simbol Nasional dan Keindahan yang Menawan

Bunga Raya Simbol Nasional dan Keindahan yang Menawan

Bunga raya, atau dikenali sebagai "hibiscus" dalam bahasa Inggeris, adalah salah satu bunga yang paling terkenal dan dihargai di Malaysia serta banyak negara lain di dunia. 

Di Malaysia, hibiscus memiliki tempat yang istimewa kerana ia diiktiraf sebagai bunga kebangsaan. Bunga ini bukan sahaja menjadi lambang negara, tetapi juga melambangkan kecantikan, ketahanan, dan keindahan alam semula jadi. 

Dalam artikel ini, kita akan menyelami dunia hibiscus, meneroka sejarahnya, jenis-jenisnya, simbolisme, serta cara menanam dan menjaga bunga ini. 


Artikel ini akan memberikan pembaca pemahaman yang lebih mendalam mengenai kepentingan dan keunikan hibiscus, serta bagaimana ia boleh dijadikan sebahagian daripada kehidupan harian kita.


Bunga Raya


Sejarah dan Asal Usul Bunga Raya


Hibiscus berasal dari kawasan tropika dan subtropika, terutamanya di Asia dan kepulauan Pasifik. Sejarah menunjukkan bahawa bunga ini telah lama digunakan dalam perubatan tradisional, makanan, dan juga sebagai tanaman hiasan. 

Di Malaysia, hibiscus dipilih sebagai bunga kebangsaan pada tahun 1960 oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Keputusan ini dibuat berdasarkan keindahan, mudahnya ditanam, dan simbolisme yang kuat yang dibawa oleh bunga raya.

Baca ini: Bunga Lily

Pemilihan hibiscus sebagai bunga kebangsaan Malaysia juga berkaitan dengan lima kelopaknya, yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan kesopanan serta kesusilaan. Warna merah terang hibiscus pula melambangkan keberanian dan perpaduan rakyat Malaysia.

Jenis-jenis Hibiscus

Hibiscus terdiri daripada lebih daripada 200 spesies yang tersebar di seluruh dunia. Setiap spesies mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi warna, bentuk, dan saiz. Berikut adalah beberapa jenis hibiscus yang paling popular:

1. Hibiscus rosa-sinensis

Ini adalah spesies hibiscus yang paling dikenali dan sering digunakan sebagai tanaman hiasan di taman-taman dan di tepi jalan. Bunga ini biasanya berwarna merah terang, tetapi terdapat juga varieti lain yang berwarna putih, kuning, merah jambu, dan oren. Kelopaknya yang besar dan berbentuk trompet menjadikannya sangat menarik dan menonjol di antara tumbuhan lain.

2. Hibiscus syriacus

Juga dikenali sebagai "Rose of Sharon," hibiscus ini berasal dari Asia Timur dan mempunyai bunga yang lebih kecil berbanding Hibiscus rosa-sinensis. Warna bunga ini biasanya lebih lembut seperti putih, merah jambu, dan ungu. Hibiscus syriacus sering digunakan dalam gubahan bunga kerana keindahan dan ketahanannya.

3. Hibiscus mutabilis

Spesies ini dikenali dengan kemampuannya untuk berubah warna sepanjang hari. Hibiscus mutabilis akan mekar dalam warna putih pada waktu pagi dan bertukar menjadi merah jambu atau merah pada waktu petang. Keunikan ini menjadikannya sangat popular di kalangan penggemar bunga dan ahli botani.

4. Hibiscus sabdariffa

Spesies ini terkenal dengan nama "roselle" dan sering digunakan dalam industri makanan dan minuman. Kelopak hibiscus sabdariffa dikeringkan dan digunakan untuk membuat teh herba yang dikenali sebagai teh roselle, yang mempunyai rasa masam dan menyegarkan. Bunga ini juga digunakan dalam pembuatan jem dan jeli.

5. Hibiscus tiliaceus

Juga dikenali sebagai "Sea Hibiscus," bunga ini tumbuh di kawasan pantai dan mempunyai bunga kuning terang dengan pusat merah. Bunga ini sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit kulit.

Bunga Raya


Simbolisme Hibiscus


Hibiscus bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga kaya dengan makna simbolik. Dalam pelbagai budaya dan tradisi, hibiscus membawa pelbagai maksud yang mendalam:

Di Malaysia, bunga raya melambangkan keberanian dan perpaduan rakyat. Warna merahnya yang terang dianggap sebagai lambang kekuatan, semangat, dan komitmen rakyat Malaysia terhadap negara.

Baca ini juga: Bunga Matahari

Dalam budaya Hawai, hibiscus sering dipakai oleh wanita sebagai hiasan rambut, melambangkan kecantikan dan kelembutan. Wanita yang memakai hibiscus di telinga kanan menunjukkan bahawa mereka sedang mencari pasangan, manakala jika dipakai di telinga kiri, ia bermakna mereka sudah berpasangan.

Hibiscus juga sering dikaitkan dengan kesuburan dan kehidupan. Dalam beberapa budaya, bunga ini diberikan kepada pasangan yang baru berkahwin sebagai lambang harapan untuk kesuburan dan kebahagiaan dalam perkahwinan.

Dalam budaya Mesir Purba, hibiscus sering digunakan dalam upacara pengebumian sebagai simbol kehidupan abadi dan penghormatan kepada orang yang telah meninggal dunia.

Cara Menanam dan Menjaga Bunga Raya

Menanam hibiscus adalah satu aktiviti yang mudah dan memberi kepuasan, terutamanya apabila bunga ini mula mekar dan menghiasi taman anda dengan warna-warna yang terang dan menarik. Berikut adalah panduan asas untuk menanam dan menjaga hibiscus:

1. Memilih Tapak Penanaman

Bunga raya memerlukan cahaya matahari penuh untuk tumbuh dengan baik. Pastikan tapak penanaman mempunyai saliran yang baik kerana hibiscus tidak suka tanah yang terlalu lembap. Tanah yang sedikit berasid hingga neutral adalah yang paling sesuai untuk penanaman hibiscus.

2. Menanam 

Bunga raya boleh ditanam menggunakan biji benih, keratan batang, atau anak pokok. Jika menggunakan biji benih, rendam biji dalam air suam selama 24 jam sebelum menanam untuk mempercepatkan proses percambahan. 


Tanam biji atau anak pokok di dalam lubang yang cukup dalam dan pastikan jarak antara tanaman adalah sekitar 30 hingga 60 cm untuk memberi ruang kepada akar berkembang.

3. Menyiram

Hibiscus memerlukan air yang mencukupi, terutamanya semasa musim panas. Pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah. Elakkan menyiram pada waktu petang kerana kelembapan yang berlebihan pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit.

4. Baja

Gunakan baja yang kaya dengan nitrogen, fosforus, dan kalium untuk menggalakkan pertumbuhan bunga. Baja organik seperti kompos atau baja kuda juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah. Berikan baja setiap dua hingga tiga minggu semasa musim pertumbuhan.

5. Pemangkasan

Pemangkasan adalah penting untuk mengekalkan bentuk dan menggalakkan pertumbuhan bunga yang sihat. Potong ranting-ranting yang mati atau berpenyakit, dan pangkas ranting yang tumbuh terlalu panjang untuk menjaga bentuk tanaman.

6. Mengawal Penyakit dan Perosak

Hibiscus boleh terdedah kepada beberapa penyakit seperti cendawan dan reput akar. Untuk mengelakkan penyakit, pastikan tanaman mendapat pengudaraan yang baik dan elakkan kelembapan berlebihan. Perosak seperti kutu daun dan kumbang hibiscus boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga atau dengan mencuci daun dengan air sabun.

Kegunaan dalam Kehidupan Seharian

Selain daripada kecantikan dan simbolismenya, hibiscus juga mempunyai pelbagai kegunaan praktikal dalam kehidupan seharian. Berikut adalah beberapa kegunaan hibiscus:

1. Hiasan

Bunga raya sering digunakan sebagai tanaman hiasan di taman-taman, di tepi jalan, dan di sekitar rumah. Keindahan bunga ini, terutama sekali dalam pelbagai warna yang menarik, menjadikannya pilihan utama untuk menghiasi kawasan persekitaran.

Bunga Raya



2. Makanan dan Minuman

Hibiscus sabdariffa, atau roselle, digunakan secara meluas dalam pembuatan teh herba, jem, dan jeli. Teh roselle yang masam dan menyegarkan bukan sahaja enak diminum, tetapi juga kaya dengan antioksidan dan vitamin C, yang baik untuk kesihatan.

3. Perubatan Tradisional

Dalam perubatan tradisional, hibiscus digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, demam, dan masalah kulit. Teh hibiscus juga dikatakan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan hati.

4. Kosmetik

Ekstrak hibiscus sering digunakan dalam produk kosmetik seperti syampu, perapi, dan krim muka. Kandungan antioksidan dan vitamin dalam hibiscus membantu melembapkan kulit, memperbaiki rambut rosak, dan mencegah penuaan.

Kesimpulan

Hibiscus bukan sahaja merupakan bunga kebangsaan Malaysia yang penuh dengan simbolisme, tetapi juga sebuah bunga yang mempunyai pelbagai kegunaan praktikal dalam kehidupan seharian. 

Dari sejarahnya yang panjang hingga kepada pelbagai jenis dan simbolismenya, hibiscus telah menjadi sebahagian penting dalam budaya dan